5 cadangan MCA pulihkan Langkawi
Tingkatkan kekuatan, pertahan kesederhanaan  

Terus dampingi masyarakat, hidang fakta dan lawan fitnah

Pada Selasa    14-11-2023 16:56:00

Ketua Penerangan Pemuda MCA yang baharu dilantik bagi penggal 2023-2028, Neow Choo Seong komited untuk melakukan transformasi terhadap imej parti sebagai usaha menangkis anggapan orang ramai bahawa MCA sudah terlalu lama berada di 'zon selesa'.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA berkata, masyarakat di luar sana sering melihat MCA seolah-olah tidak mempunyai inisiatif atau pelaksanaan baharu terhadap parti, dan mengakui bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar kepada beliau setelah memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda MCA.

"Saya nak bantu parti untuk transform balik imej kita (MCA), bagaimana kita nak mendampingi rakyat, memberi penerangan berdasarkan fakta dan bukan fitnah kepada orang ramai mengenai isu-isu politik dan kepentingan rakyat serta negara.

"Tanpa ada penerangan yang betul dan tepat, kita akan terkebelakang dan mudah ditelan oleh fitnah dan mainan politik yang telah dilakukan oleh pihak lawan sejak sekian lama, kita tidak mempunyai kepakaran 'counter-narratives' ," katanya dalam siri podcast Studio Tingkat 10 baru-baru ini.

Tambahnya, beliau akan menggunakan jawatan yang digalasnya kini sebagai ruang untuk membantu MCA bagi memperkukuhkan parti daripada aspek penerangan.

"MCA mempunyai objektif, dasar yang sangat baik bukan sahaja untuk komuniti Cina tetapi dalam proses pembentukan rakyat dan bangsa Malaysia. Kita tumpu kepada komuniti Cina tapi tidak bererti kita yang berasaskan kaum Cina ini tidak boleh terlibat sama pembinaan negara bangsa.

"Kita perlu bergerak seiring peredaran masa, buat penambahbaikan, apa yang kurang, kita tambah baik. Usaha transfomasi imej MCA itu sendiri mampu menarik minat lebih ramai orang muda terhadap perjuangan politik demi masa depan kita semua bukan sahaja untuk komuniti Cina," katanya.

Dalam masa yang sama Neow turut memberi fokus untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar dan perjuangan MCA menerusi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris selain menumpukan kepada bahasa Cina semata-mata.

"Saya yakin apabila orang nampak penerangan, penglibatan, kenyataan, maklum balas (dalam pelbagai bahasa) mereka akan faham. Kalau kita hanya tumpu pada satu medium atau bahasa sahaja mungkin orang lain pun tak faham , sebab itu apabila wujudnya krisis atau timbul isu-isu berbangkit, MCA sering menjadi sasaran serangan pihak lawan dengan pelbagai fitnah dan persepsi negatif yang tidak tepat," katanya.

NEOW CHOO SEONG
KETUA PENERANGAN PEMUDA MCA
14 NOV 2023

- PENERANGAN MCA

Berita Berkatian

Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Biro dan Pasukan Khas MCA

Majlis Berbuka Puasa 2023 anjuran Biro Penerangan MCA

Biro Penerangan MCA anjur Majlis Buka Puasa bersama pengamal media

Perhimpunan Agung MCA akan undi pindaan sistem pemilihan pemimpin pusat