Saya menyokong penuh dan mengalu-alukan cadangan sahabat saya, Saudara Mohd Shafiq Fhadly, untuk mengembalikan serta memperkasa semula Saluran Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMMS).

Penubuhan BNCOMMS sebelum ini telah terbukti berkesan dalam menguruskan isu-isu semasa, menyampaikan suara rakyat serta memperjuangkan agenda Barisan Nasional secara tuntas dan berstrategik.

Keupayaan BNCOMMS dalam membina naratif yang tepat serta menangkis serangan politik perlu diteruskan dan diperkukuh, agar rakyat, khususnya para pengundi, tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan persepsi yang dimanipulasi oleh pihak lawan.

Seiring dengan cabaran komunikasi masa kini, pengaktifan semula BNCOMMS wajar ditambah baik melalui pendekatan lebih inklusif yang merangkumi tenaga daripada semua parti komponen BN. Pasukan ini harus terdiri daripada individu yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang komunikasi bagi membantu memperkukuh kekuatan BN di medan penerangan dan maklumat.

Neow Choo Seong
Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA
Ketua Penerangan Pemuda MCA
31 Julai 2025