MOT benarkan pandu kenderaan barangan 'decontrolled' guna lesen memandu kelas D
Chua Jui Meng sentiasa prihatin kesihatan rakyat - Wee Ka Siong  

Pelihara keharmonian, elakkan perpecahan yang merugikan rakyat

Pada Selasa    20-09-2022 16:35:00

20 September 2022

Kenyataan media Ketua Wanita MCA Sabah, Datuk Dr. Pamela Yong

Pelihara keharmonian, elakkan perpecahan yang merugikan rakyat

Saya mengenali Prof Wong Chin Huat sebagai seorang pemikir yang banyak melontarkan idea-idea bernas yang memberi manfaat kepada masyarakat serta negara. Saya sering mengikuti perbincangan yang disertai beliau terutamanya dalam usaha membina Malaysia yang lebih baik.

Namun, saya sedikit kecewa dan agak terkejut apabila membaca tulisan beliau yang seolah-olah cuba menyemai kebencian dan mengundang perpecahan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Bagi saya, kenyataan beliau yang mendakwa ramai rakyat Sabah dan Sarawak mahu kedua-dua negeri itu “ditendang keluar” dari Malaysia adalah kenyataan yang keterlaluan, lebih-lebih lagi kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia ke-59 pada 16 September lalu.

Benar, Chin Huat sebagai penganalisis politik sememangnya bebas serta berhak untuk bersuara dan melontarkan pandangannya. Namun, beliau tidak mempunyai locus standi atau sepatutnya mewakili kami rakyat Sabah dan Sarawak.

Lebih baik sekiranya beliau menyokong hujahnya dengan apa-apa kaji selidik terperinci yang dilakukan oleh beliau sendiri mahupun agensi lain yang berwibawa, sebagaimana lazim beliau lakukan ketika berhujah atau mengeluarkan kenyataan.

Perlembagaan Persekutuan kita mendukung kebebasan bersuara, tetapi janganlah sampai boleh mengganggu-gugat keharmonian masyarakat mahupun kestabilan negara. Tiada keperluan untuk sesiapa pun menyalakan api kebencian dan perpecahan kerana ia tidak akan menguntungkan masyarakat.

-MCA online-

Berita Berkatian

Hari Malaysia: Pemilihan Melaka imbau peristiwa bersejarah negara

Terima kasih kerana mempertahankan kedaulatan Sabah

MCA Batu Sapi berdepan penggantungan selepas ketuanya letak jawatan

Pemimpin dan akar umbi MCA Sabah tetap bersatu, Batu Sapi di bawah seliaan MCA negeri

Bersungguh pertahan kedaulatan negara, jadikan kesilapan lalu sebagai iktibar