Jadikan kejayaan Susherrie Suki sebagai dorongan dan pembakar semangat untuk cipta sejarah
Masalah berulang : Ubah kerajaan Selangor  

Tommy Thomas, hentikan kenyataan rasis yang merosakkan perpaduan masyarakat majmuk

Pada Rabu    21-09-2022 11:20:00

Baru-baru ini, bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan beliau seorang rasis dan seolah-olah cuba mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sebelum ini, Thomas pernah dikatakan tidak suka pegawai atau kakitangan jabatan bertutur dalam Bahasa Kebangsaan ketika berbicara dengan beliau. Kemudian, Thomas sekali lagi mengeluarkan kenyataan rasis dengan mendakwa dua pentadbiran selepas Pakatan Harapan (PH) pada 2020 yang didominasi pemimpin Melayu sebagai kerajaan gagal.

Jika Thomas berkata 'kerajaan Melayu' ini gagal, adakah Thomas sebagai peguam negara ketika zaman kerajaan PH telah menjalankan tugas dan amanah dengan betul? Thomas sendiri dilihat sebagai seorang peguam yang tidak profesional dan rasis. Berapa banyak kes mahkamah melibatkan pemimpin DAP yang telah digugurkan oleh Thomas? Adakah ini maksud kejayaan bagi Thomas?

Ketika zaman PH, fitnah hutang RM1 trilion menjadi kenyataan. Ini dilapor Guan Eng sendiri yang mengatakan hutang pada 2019 telah meningkat sebanyak RM54.2 bilion kepada RM741 bilion, atau 75.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tidak cukup dengan menambah hutang, kerajaan PH juga telah menjual lebih RM30 bilion aset negara dalam tempoh 500 hari berkuasa. Adakah ini maksud kejayaan bagi Thomas?

Kenyataan Thomas bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan di antara kaum tetapi secara tidak langsung menafikan penglibatan kaum lain termasuk parti-parti Sabah dan Sarawak yang turut menjadi sebahagian barisan pentadbiran kerajaan.

Thomas tidak boleh menafikan keyakinan pelabur asing yang semakin meningkat terhadap negara sekarang ini berbanding dengan pentadbiran PH dahulu. Ia jelas membuktikan kejayaan kerajaan sekarang ini dimana PH tidak mampu mencapainya ketika diberi peluang untuk mentadbir negara, walaupun pada ketika itu negara belum dilanda pandemik COVID-19.

Lihat sahaja negeri Johor, selepas Barisan Nasional menang dengan majoriti besar, negeri itu telah mencatatkan pelaburan tertinggi bagi separuh tahun 2022, mengatasi pelaburan tahunan lain dengan rekod pelaburan sebanyak RM60.9 bilion iaitu peningkatan 822% berbanding tempoh sama tahun lepas! Bayangkan jika BN menang besar pada PRU15 kelak, pasti negara akan menjadi lebih stabil dan makmur!

Malaysia sudah mencapai kemerdekaan 65 tahun, malangnya, Thomas masih di takuk lama dengan memainkan isu perkauman. Kenyataan Thomas itu tidak dapat menutup kegagalan pentadbiran PH selama 22 bulan. Thomas tidak perlu putar belit cerita untuk mengaburi mata rakyat. Jika Thomas berkata kerajaan selepas PH itu adalah gagal, apakah kejayaan yang telah dicapai oleh PH selama memerintah negara?

Seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keharmonian kaum perlu menolak individu yang cuba memainkan isu perkauman sehingga boleh membangkitkan kemarahan serta memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini. Individu seperti ini tidak patut berada dalam pentadbiran negara kerana dilihat tidak ikhlas untuk membangunkan negara tetapi hanya bertindak atas kepentingan diri dan politik semata-mata.

Cally Ting Zhao Song
Pengerusi Biro Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA
20 September 2022

- MCA Online

Berita Berkatian

Jadikan kejayaan Susherrie Suki sebagai dorongan dan pembakar semangat untuk cipta sejarah

Lima keluarga mangsa ribut terima bantuan

Masalah berulang : Ubah kerajaan Selangor

Tingkat kesedaran perubahan iklim, teroka ekonomi hijau

Malaysia serius tangani kes penipuan dan pemerdagangan manusia