Tommy Thomas, hentikan kenyataan rasis yang merosakkan perpaduan masyarakat majmuk
Masalah berulang : Ubah kerajaan Selangor  

Status Kewarganegaraan : Pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan bipartisan

Pada Rabu    21-09-2022 16:52:00

Wanita MCA menyokong penuh usul oleh Ahli Parlimen Pengerang daripada Barisan Nasional, YB Dato’ Seri Azalina Othman untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan automatik bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara.

Usul ini konsisten dengan pendirian MCA yang menyeru sokongan padu dari semua parti politik untuk menjayakan usaha membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan tersebut demi kepentingan rakyat Malaysia khususnya golongan wanita dan anak mereka . Sesungguhnya,kesaksamaan hak kewarganegaraan dan gender adalah isu sejagat ; sebarang diskriminasi berkaitan gender serta kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama dan harus ditangani secara kolektif oleh semua pihak.

Sesungguhnya, sejak dulu lagi, MCA telah mendesak agar perkataan “atau ibu” dimasukkan selepas perkataan “bapa”, atau “ibu dan bapa” dimasukkan dalam Klausa (1)(b) dan (1)(c) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Ini bagi mengelakkan berlakunya keraguan demi memastikan kedua-dua ibu atau bapa Malaysia mendapat hak sama rata dalam pemberian kewarganegaraan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Hak ibu warganegara Malaysia berpasangan asing untuk 'mewariskan' kewarganegaraan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara adalah isu yang dekat di hati Wanita MCA dan seluruh warga MCA. Kami memandang serius terhadap kebimbangan dan kekecewaan golongan ibu dan anak-anak Malaysia yang dinafikan status warganegara , akibat sistem perundangan yang digunapakai sejak zaman jajahan British ini. Disebabkan kelompongan yang ada ini, mereka terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam kehidupan harian.

Keputusan Mahkaman Rayuan telah menyatakan secara jelas bahawa hanya Parlimen sahaja yang boleh meminda Perlembagaan Persekutuan, bukannya mahkamah. Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar memberikan sokongan bipartisan yang padu untuk merealisasikan pindaan tersebut .
Jadikanlah pindaan Perlembagaan Persekutuan ini sebagai hadiah terbaik sempena Hari Malaysia kepada para ibu dan anak-anak mereka, yang telahpun dinafikan status kewarganegaraan Malaysia selama ini.

Wanita MCA percaya, sebaik sahaja pindaan tersebut diluluskan, semua agensi kerajaan terbabit seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan semua pejabat kedutaan Malaysia akan bertindak mengikut peruntukan lunas undang-undang dan segera memproseskan pendaftaraan anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia , tanpa sebarang halangan atau karenah birokrasi yang sengaja untuk menyusahkan rakyat.

Wanita MCA memuji initiatif murni 5 Ahli Parlimen yang diketuai YB Dato’ Seri Azalina Othman untuk mengusulkan RUU persendirian dalam perjuangan yang amat bermakna ini.

Datuk Heng Seai Kie
Ketua Wanita MCA Kebangsaan
21 September 2022

Berita Berkatian

Inspirasi perjuangan wanita masa kini

Wanita MCA harap 6 Resolusi Wanita BN dapat pertimbangan demi masa depan lebih baik buat Keluarga Malaysia

Status kewarganegaraan : Wanita MCA harap kemenangan buat para ibu yang sedang berjuang

Naikkan had umur perkahwinan kepada 18 : Wanita MCA desak KPWKM demi melindungi anak Malaysia

Wanita MCA gesa pertingkatkan perlindungan kanak-kanak