Kenyataan Media Jurucakap MCA, Saw Yee Fung (22 Sept 2022)
Sementara pembangkang mempolitikkan isu penurunan nilai Ringgit ; MCA pula mengemukakan 3 cadangan konstruktif
Pihak pembangkang telah berulang kali memainkan isu penurunan nilai Ringgit, dan menggunakannya untuk memfitnah kerajaan hari ini kononnya sebuah kerajaan gagal. Susulan itu, MCA berpendapat ada keperluan untuk menjelas dan membetulkan kekeliruan ini.
Kekeliruan 1: Penurunan nilai Ringgit adalah isu kekal. Hakikatnya, penurunan nilai mata wang sesebuah negara adalah isu global dan krisis ini juga dihadapi negara lain.
Peningkatan nilai dolar Amerika Syarikat adalah disebabkan permintaan yang tinggi. Memandangkan ekonomi sedunia sedang mengalami kelembapan, dan wujudnya konflik geo-politik (Perang Rusia-Ukraine), dan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menaikkan kadar faedah bagi menangani tekanan inflasi, wujudnya fenomena penghindaran risiko di mana modal mengalir keluar dengan ketara dari negara membangun. Oleh itu, jelas dilihat bahawa ketidaktentuan pasaran adalah antara punca utama disebalik penurunan nilai Ringgit, dan bukannya masalah “struktur”. Isu ini juga pernah berlaku beberapa kali sebelum ini setiap kali keyakinan dalam ekonomi global terjejas.
Kekeliruan 2: Kerajaan gagal tangani inflasi.
Memandangkan Lim Guan Eng merupakan seorang bekas Menteri Kewangan, ia amat mengejutkan apabila beliau tidak tahu mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebagai dasar kawalan ekonomi yang dimanfaatkan negara kita selama ini. Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan kadar OPR adalah langkah berjaga-jaga untuk mengawal inflasi daripada terus melonjak. Tambahan lagi, keputusan peningkatan kadar OPR oleh Bank Negara juga bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya, tetapi telah mengambil kira faktor luaran dan domestik, dan bukannya kerana kerajaan gagal mengawal inflasi. Selain itu, Guan Eng juga seakan enggan mengakui bahawa inflasi tersebut diklasifikasikan sebagai inflasi import. Dengan kata lain, ia adalah inflasi yang berlaku disebabkan nilai dolar Amerika Syarikat semakin kukuh dan perkara ini berada di luar kawalan kerajaan. Adakah Guan Eng ingin mencadangkan Malaysia untuk menghasilkan mata wang Amerika Syarikat?
Susulan itu, MCA ingin memberi tiga cadangan kepada kerajaan untuk menangani cabaran ini. Oleh kerana nilai dollar Amerika Syarikat yang semakin kukuh akan membawa kepada peningkatan harga barangan import, ia secara langsung menambahkan beban rakyat.
Pertama: Kerajaan digesa memberi subsidi kepada pengimport bahan keperluan bagi menangani inflasi, khususnya pengimport makanan
Menurut statistik, makanan Malaysia yang diimport mencecah nilai RM50 bilion setiap tahun. Lebih daripada 80 peratus gandum yang diimport datang dari Australia, pada masa ini merupakan situasi kadar inflasi yang paling tinggi dalam sejarah juga disebabkan konflik geo politik antara Rusia dengan Ukraine. Demi mengurangkan kebergantungan negara kepada makanan import, kerajaan digesa memasukkan sektor pertanian sebagai tonggak utama kepada pelan pembangunan negara dan berusaha untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk bergiat dalam sektor ini.
Kedua, kerajaan digesa menyediakan potongan cukai/ pengecualian cukai kepada syarikat teknologi untuk meningkatkan pelaburan
Malaysia harus meningkatkan standard kita, dan bukan sekadar berpuas hati dengan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) untuk menubuhkan kilang di negara kita. Sebaliknya, kita harus berusaha menarik lebih banyak syarikat berteknologi canggih dan berkemahiran tinggi untuk melabur di Malaysia, sepertimana yang dibuat oleh Singapura. Selain daripada menyediakan manfaat cukai, kerajaan juga harus menyediakan perlindungan harta intelek kepada syarikat tersebut. Langkah ini dijangka dapat menyediakan jaringan keselamatan kepada syarikat-syarikat tersebut dan secara langsung meningkatkan daya saing Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) negara.
Ketiga, kerajaan digesa meningkatkan keyakinan dan reputasi negara untuk menarik masuk pelaburan
Kerajaan telah pun merangkakan banyak dasar dan perancangan ekonomi seperti Pelan Hala Tuju Teknologi Hijau Malaysia 2017 – 2030 (Green Technology Master Plan Malaysia 2017-2030), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan lain-lain lagi. Namun begitu, kemajuan program-program itu terbantut atau terpaksa dihentikan. Ketidakstabilan politik juga telah menyumbang kepada ketidakyakinan pelabur asing terhadap negara kita. Oleh itu, sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh amat diperlukan untuk menerajui ekonomi disebalik perubahan antarabangsa yang dinamik.
Semasa zaman Pakatan Harapan, urus tadbir mereka telah gagal. Keputusan mereka untuk membatalkan projek-projek mega telah menyebabkan negara kita mengalami kerugian dari segi bayaran pampasan lebih RM2 bilion. Demi meraih manfaat politik, mereka terus memainkan isu kononnya negara kita berdepan risiko bankrap, dan fitnah mereka ini telah menyebabkan pelabur asing dan domestik semakin hilang keyakinan di dalam negara kita.
Malah, hari ini Guan Eng masih mempermainkan isu kononnya kerajaan hari ini tidak cekap, walaupun cabaran hari ini disebabkan ketidaktentuan global yang juga menjejaskan negara-negara lain. Walaupun benar bahawa nilai Ringgit telah menurun berbanding dolar Amerika sebanyak 9 peratus, namun kita harus ingat bahawa nilai Ringgit juga meningkat berbanding mata wang negara utama yang lain. Contohnya, MYR/GBP (+8%), MYR/EUD (+4%), MYR/JPY100 (+12%), MYR/CNY (+1%), MYR/THB100 (+1%), dan MYR/PHP100 (+3%). Adakah Guan Eng ingin membuat pengakuan bahawa dirinya lebih arif dalam bidang ekonomi berbanding pemimpin negara-negara seperti China dan United Kingdom? Malaysia sebagai sebuah negara yang berorientasikan eksport dalam rantau ini dapat meraih manfaat daripada penurunan nilai Ringgit. Impak positif daripada ini adalah eksport negara akan menjadi lebih berdaya saing. Namun begitu, kami juga sedar bahawa ia akan memberi cabaran besar kepada pengimport negara. Kami memahami dan prihatin terhadap cabaran yang dihadapi oleh semua industri. Oleh itu, kami akan mencadangkan pelbagai dasar yang dapat memanfaatkan rakyat dalam Bajet 2023 ini.
Jadual 1: Nilai mata wang (Ringgit Vs Negara lain) 3/1/22 - 19/9/22
Mata wang
|
3/1/2022
|
19-Sep-22
|
Perubahan (%)
|
USD
|
4.17
|
4.55
|
9%
|
GBP
|
5.64
|
5.17
|
-8%
|
EUR
|
4.73
|
4.54
|
-4%
|
JPY100
|
3.62
|
3.17
|
-12%
|
CHF
|
4.57
|
4.70
|
3%
|
AUD
|
3.03
|
3.04
|
0%
|
CAD
|
3.29
|
3.42
|
4%
|
SGD
|
3.09
|
3.23
|
4%
|
HKD100
|
53.50
|
57.97
|
8%
|
THB100
|
12.49
|
12.31
|
-1%
|
PHP100
|
8.18
|
7.93
|
-3%
|
TWD100
|
15.11
|
14.47
|
-4%
|
KRW100
|
0.35
|
0.33
|
-7%
|
IDR100
|
0.03
|
0.03
|
4%
|
SAR100
|
111.17
|
121.07
|
9%
|
SDR
|
5.84
|
5.89
|
1%
|
CNY
|
0.66
|
0.65
|
-1%
|
BND
|
3.09
|
3.23
|
4%
|
Sumber: Bank Negara Malaysia
-MCA online-