Latihan pengendalian bot antara Pasukan Elit CRSM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan
’Lawak’ biadap Jocelyn dikecam, harap jadi iktibar  

Johor perlu hampir 2,800 staf kesihatan – Menteri Besar

Pada Selasa    23-05-2023 10:05:00

Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan kesihatan melibatkan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kekurangan hampir 2,800 staf kesihatan melibatkan penjawatan doktor dan jururawat.

“Adalah menjadi harapan saya agar pihak KKM dapat mempertimbangkan supaya jawatan ini diisi dengan kadar segera bagi menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat di Negeri Johor.

“Saya juga meminta pihak KKM melihat kaedah yang lebih tuntas bagi mengurangkan kesesakan di hospital-hospital di Negeri Johor, khususnya di HSA dan HSI,” tulisnya di Facebook rasminya.

Terdahulu, Onn Hafiz bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon mengadakan pertemuan bersama Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Norazman Ayub, semalam.

Beliau turut menitipkan doa agar segala usaha ini mendapat kebekatan Allah serta membuahkan hasil demi kesejahteraan Bangsa Johor.

#MediaDigitalJohor

Berita Berkatian

Klinik Kesihatan Mahmoodiah lanjut waktu operasi bermula Ahad ini

Mohon kerajaan persekutuan bantu atasi kekurangan kakitangan kesihatan

Syor tawar skim ganjaran menarik, elak doktor hijrah Singapura

Johor cadang tawar skim ganjaran lebih menarik atasi kekurangan doktor, jururawat

Pasukan pengurusan KKM akan tinjau keadaan HSA & HSI