
MCA dilihat terus komited dalam memupuk barisan pelapisnya apabila melantik dua pemimpin muda dalam pasukannya.
Roger Yapp, 31, dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Hubungan Etnik dan Agama parti MCA yang baharu. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda MCA Sabah serta Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Sabah.
Pengalamannya dalam perkhidmatan sosial diyakini dapat membantu beliau memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan nasional dan integrasi pelbagai budaya.
Manakala Ivan Tan, 45, seorang peguam yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam MCA.
Pelantikan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer itu dikira tepat berdasarkan pengalamannya sebagai Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Selangor semenjak 2023.
Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyerahkan surat pelantikan rasmi kepada dua pemimpin tersebut di Wisma MCA semalam.
Beliau yakin, kedua-duanya akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi serta menjayakan peranan dan tanggungjawab baharu yang diamanahkan oleh parti.
Penerangan MCA
24 April 2025