2004
Memandangkan bahawa kebanyakan ahli-ahli Parti telah berumur tua, Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan mengambil lebih ahli-ahli yang muda. Pada 11 Januari, Presiden telah melancarkan kempen pengambilan ahli-ahli menarik belia-belia Cina, terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi. Kempen tersevbut berjaya menarik lebih daripada 2,500 ahli-ahli profesional yang berumur antara 18-30 tahun.
Pada 1 Februari, MCA bersama-sama dengan Huazong, ACCCIM, Persatuan 7 Puak-puak Utama Malaysia, dan beberapa persatuan-persatuan Cina telah menganjurkan sebuah majlis makan di Pusat Pameran The Mines untuk mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad atas sumbangan beliau.
Semasa kepimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, Malaysia telah melancarkan Dasar Pandang Timur, dan membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju di bawah projek Wawasan 2020 dan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia), serta mengatasi banyak cabaran.
Pada 3 Februari, Jawatankuasa Pusat telah mengadakan sebuah majlis makan Tahun Baru Cina untuk veteran-veteran Parti. Antara ahli-ahli veteran yang hadir adalah Tan Sri Lee San Choon, Tan Koon Swan, Dato' Kam Woon Wah, Tan Sri Chong Hon Nyan, Tan Sri Lee Kim Sai, Datin Paduka Rosemary Chong, Dato' Loh Fook Yen dan Dato' Neo Yee Pan.
Dalam ucapannya, Presiden mengatakan bahawa pencapaian MCA disebabkan oleh sumbangan-sumbangan ahli veteran.
Pilihan Raya Umum Ke-11
Parlimen dibubarkan pada 4 Mac, dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 13 Mac sebagai hari penamaan calon dan 21 Mac sebagai hari mengundi.
Ibu Pejabat MCA telah keras berusaha untuk keras untuk menghadapi PRU Ke-11. Sejak 3 Mei 2003, Biro Latihan Kader telah menganjurkan 12 bengkel latihan dengan sesi khas yang menekankan pelan strategic bagi kempen pilihanraya. Latihan sokongan dan penyelerasan juga diadakan untuk ahli-ahli kader di semua negeri.
Ketua Pengarah Pentadbiran Ibu Pejabat MCA, Dato’ Wong See Wah, telah melancarkan bilik gerakan pusat yang sentiasa berhubungan dengan bilik gerakan peringkat Negeri dan Bahagian. Bilik gerakan tersebut bertanggungjawab mengumpul maklumat, memantau dan membekalkan bahan-bahan publisiti dan sokongan logistik. Sidang akhbar juga diadakan secara rutin untuk mengelakkan pihak pembangkang boleh memutarbelitkan fakta.
Proses persempadanan semula telah meningkatkan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk MCA bertanding daripada 35 kepada 40 kerusi Parlimen, dan kerusi DUN dari 77 kepada 99.
Setelah kempen sengit, BN telah memenangi PRU Ke-11 dengan mencapai majoriti kerusi 4/5, dan berjaya memenangi 90% daripada 219 kerusi Parlimen yang ditandingi, iaitu 197 kerusi Parlimen dan 452 kerusi DUN daripada 504.
MCA pula memenangi 31 daripada 40 kerusi Parlimen dan 76 daripada 90 kerusi DUN yang ditanding. Ini lebih baik daripada keputusan PRU Ke-10 di mana MCA telah memenangi 28 kerusi Parlimen dan 68 kerusi DUN.
MCA telah bertemu dengan DAP di banyak kawasan yang mempunyai majoriti masyarakat Cina. DAP sebagai parti pembangkang mempunyai hubungan dengan PAS. Oleh itu, DAP secara langsung atau tidak langsung sedang membantu PAS mendapat sokongan dan menubuhkan sebuah negara Islam yang akan melaksanakan undang0undang syariah. Ini yang menyebabkan masyarakat Cina menolak PAS di dua PRU pada 1999 dan 2004. Walaupun begitu, DAP masih memainkan sentimen masyarakat Cina di Parlimen dengan mengkritik dasr-dasar kerajaan. Oleh itu, MCA ada menghadapi beberapa cabaran.
Akan tetapi, MCA masih berjaya memenangi 31 daripada 40 kerusi Parlimen, dan 76 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi, walaupun undi MCA terjatuh sedikit di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Peratus kejayaan 82.31% ini meneruskan pencapaian tinggi yang dimenangi pada PRU Ke-10.
Kabinet Baharu - MCA mendapat 16 jawatan
Selepas pencapaian BN yang cemerlang, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Kabinet baru pada 27 Julai 2004. MCA telah diberi 4 jawatan Menteri, 8 Timbalan Menteri, 4 Setiausaha Parlimen. Ini merupakan jumlah jawatan tertinggi dalam sejarah Parti.
Barisan Kabinet MCA sepertimana yang dicadangkan oleh Presiden telah diterima oleh Perdana Menteri, dan terdiri daripada pemimpin-pemimpin MCA yang berpengalaman, serta muka-muka baru dari Pemuda dan Wanita.
Pelantikan Baru di Ibu Pejabat MCA
Pada 13 April, Jawatankuasa Pusat MCA telah melantik 2 Naib Presiden baharu; Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Dato’ Fu Ah Kiow. Mereka menggantikan Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Chan Kong Choy yang telah menjadi Presiden dan TImbalan Presiden masing-masing.
Jawatankuasa Pusat juga telah meluluskan sebuah rombakan kecil di Ibu Pejabat dan peringkat Pentadbiran. Ketua MCA Terengganu Dato' Lau ’in Pin telah dilantik sebagai Bendahari Agung bagi menggantikan Tan Sri Willian Chek Lin Kwai yang telah bersara. Perlantikan-perlantikan lain adalah: Dato’ Hon Choon Kim (Timbalan Setiausaha Agung), Dato’ Ir Donald Lim Siang Chai (Timbalan Bendahari Agung), Sdr Yew Teong Look (Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan).
Tiga perlantikan yang baru ke Jawatankuasa Pusat adalah Ahli Parlimen Lumut Dato’ Kong Cho Ha, Timbalan Ketua Pemuda MCA Sdr Hoo Seong Chang, dan ADUN Malim Nawar Dato’ Lee Chee Leong.
Di bawah kepimpinan Presiden, Jawatankuasa Pusat telah bekerjasama melaksanakan agenda-agenda politik yang berikut:
Penyusunan Semula Lembaga Disiplin
Jawatankuasa Pusat telah memberi kuasa kepada Majlis Presiden untuk merombak Lembaga Disiplin Parti. Timbalan Presiden Dato’ Seri Chan Kong Choy telah dilantik untuk mengetuai Lembaga tersebut. Ahli-ahli panel Lembaga yang lain adalah Naib Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Datuk Wira Dr Fong Chan Onn, Ketua Pemuda Datuk Ong Tee Kear dan Ketua Wanita Dato’ Dr Ng Yen Yen. Jawatankuasa Pusat telah merakamkan penghargaan mereka terhadap sumbangan ahli-ahli Lembaga Disiplin yang lepas.
Penerbitan “Tatakelakuan Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri MCA”
Sebuah senarai tatakelakuan untuk ahli-ahli Parti semasa pemilihan parti dan pilihan raya umum telah dibuat.
Pada 11 Mei, Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan bahawa semua wakil rakyat MCA dikehendaki mematuhi tatakelakuan tersebut. Kesemua 107 wakil rakyat MCA telah dinasihati untuk menjagakan diri dan tidak menjatuhkan imej Parti. Mereka dikehendaki mengamalkan sikap amanah, berdisiplin dan menegakkan maruah Parti. Selain itu, mereka juga dikehendaki menghantar laporan suku tahunan kepada MCA dan BN mengenai aktiviti, perkhidmatan dan tindakan yang dilakukan dalam kawasan masing-masing.
Penstrukturan Semula Institut Kajian Dasar dan Analisis Strategik (INSAP)
MCA telah menubuhkan INSAP pada pertengahan tahun 80an sebagai badan pemikir untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan memberi nasihat mengenai keadaan politik semasa, isu ekonomik dan sisial yang akan dikemukakan kepada kepimpinan Parti untuk rujukan dan pelaksanaan. Pada 2004, INSAP telah dibangunkan semula.
Pemindaan Perlembagaan Parti
Pada 21 November, sebuah Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) telah diadakan untuk memperbaiki sistem pemilihan Parti, memastikan bahawa perwakilan Parti diwakili dengan secukupnya, dan menangani masalah ketidakseimbangan antara Bahagian-bahagian yang mempunyai keahlian besar dengan yang mempunyai keahlian yang kecil.
Mesyuarat tersebut dihadiri 1,700 perwakilan, dan lebih daripada 99% telah menyokong pemindaan-pemindaan tersebut. Setiausaha Agung Tan Sri Ting Chew Peh telah mencadangkan beberapa pemindaan kepada Perkara 12.4.
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pelajar-pelajar Cina
Pada 16 Julai, Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting mengumumkan bahawa 362 pelajar Cina yang mencapai keputusan baik dalam SPM akan diberi biasiswa JPA. Ini merupakan hasil usaha MCA dalam Kabinet yang telah menggesa kerajaan untuk bersikap terbuka dan adil, dan memberi biasiswa berdasarkan meritokrasi.
Yayasan Chang Ming Thien beroperasi sepenuhnya
Pada 25 Julai, Lembaga Pemegang Amanah mengumumkan bahawa Yayasan Chang Ming Thien telah mula beroperasi. Sebanyak RM3juta telah diperuntukkan sebagai pinjaman tanpa faedah kepada para pelajar yang memerlukannya, tanpa mengira kaum, supaya mereka boleh melanjutkan pendidikan mereka di Malaysia ataupun di luar negara.
Pemindaan kepada “Tatakelakuan untuk ahli-ahli MCA”
Pada 15 Februari, Lembaga Disiplin telah membuat beberapa pemindaan kepada “Tatakelakuan ahli-ahli MCA” untuk menangani kelemahan yang sedia ada. Majlis Presiden telah membincang, dan menerima cadangan-cadangan pemindaan dan membuat keputusan untuk melaksanakannya.
Tatakelakuan tersebut mengandungi 14 peruntukan yang menerangkan dengan jelas tingkah laku dan sikap yang harus dimiliki setiap ahli MCA.
Memupuk pembelajaran sepanjang hayat
Pada 31 Julai, MCA telah mengadakan sesi perbincangan dengan badan-badan pendidikan Cina mengenai pembelajaran sepanjang hayat. Mesyuarat tersebut bersetuju menubuhkan sebuah sekretariat dan 5 jawatankuasa kecil untuk mejalankan kerja-kerja persedian sebelum pelancaran kempen tersebut. Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting juga telah bertemu dengan para sarjana pendidikan, pertubuhan-pertubuhan Cina dan golongan belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah melancarkan Kempen Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan penekanan terhadap pembangunan peribadi. Pemimpin-pemimpin masyarakat Cina telah bersama-sama dengan MCA dalam mengambil bahagian dalam kempen tersebut.
Program-program pembelajaran sepanjang hayat menawarkan pelbagai aktiviti, sama ada pengajian biasa, kursus pendek ataupun hobi baru yang mampu mengubahkan pengalaman hidup kepada pengetahuan dan kemahiran.
Pusat Sumber Informasi, Komunikasi dan Teknologi MCA
Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan penubuhan Biro Teknologi Baru dan Inovasi di bawah kepimpinan Dato’ Kong Cho Ha. Ia bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan teknologi informasi dalam kehidupan harian mereka serta menawarkan sebuah pusat ICT sehenti untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam bidang ICT.
Pada Januari 2005, Pusat Sumber Informasi, Komunikasi dan Teknologi (MIRC) telah ditubuhkan di Wisma MCA untuk membantu SME menjadi lebih kompetitif melalui penggunaan ICT. MIRC juga menyediakan informasi penyelidikan dan pembangunan, pengurusan produk dan pengetahuan pemasaran. Ia dilancarkan dengan rasminya pada 7 April 2005.
2005
Pelan Induk Kampung-kampung Baru
Dari tahun 2000 hingga 2005, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukkan RM326 juta untuk pembangunan kampung-kampung baru.
Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting, selaku Menteri tersebut, telah mendapat persetujuan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memperuntukkan sebuah dana khas bagi merunding dengan pakar-pakar megnenai menaik taraf infrastruktur, penggunaan tanah dengan sepenuhnya, pembangunan pertanian kampung-kampung baru.
Pelan Induk Kampung-kampung Baru mencadang mengenalpastikan keunikan setiap kampung-kampung baru untuk dibangunkan, tetapi pada masa sama memelihara kawasan warisan dan tarikan pelancong.
Pelan tersebut juga mencadangkan pinjaman perumahan, pembangunan infrastruktur dan dasar-dasar kerajaan lain yang boleh membantu kampung-kampung baru.
Penubuhan Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM)
Pada 4 Januari, Majlis Presiden telah mengumumkan penubuhan CRSM selepas kemusnahan yang disebabkan bencana tsunami pada 26 Disember 2004. Tujuannya adalah untuk mengggerakkan sukarelawan untuk memberi bantuan perkhidmatan pada masa kecemasan dan di kawasan bencana. Setiausaha Parlimen Sdri Chew Mei Fun telah dilantik untuk mengetuai jawatankuasa tersebut. CRSM telah mula beroperasi pada 23 April.
Pemilihan Parti
Pada 27 Februari, Jawatankuasa Pemandu Pemilihan Parti telah mengadakan taklimat khas untuk menjelaskan undang-undang pemilihan Parti dan tatalekaluan ahli-ahli kepada semua Pngerusi MCA, Pemuda dan Wanita di peringkat Negeri, Bahagian dan Cawangan. Ini dapat memastikan pemilihan parti dijalankan secara telus, dan adil mengikut prinsip demokrasi.
Pada 20 Ogos, jumlah kedatangan di Mesyuarat Agung Tahunan telah mencecah 99.49%. Ini membuktikan mandat yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Pusat. Dato’ Seri Ong Ka Ting dan Dato’ Seri Chan Kong Choy telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden masing-masing, manakala Tan Sri Liow Tiong Lai dan Dato’ Dr Ng Yen Yen telah menjadi Ketua Pemuda dan Wanita masing-masing.
Dalam ucapannya, Ka Ting mengatakan bahawa amalan ‘bersih’ dan ‘tekun’ adalah penting untuk mewujudkan budaya politik sihat dalam MCA. Ini selari dengan ucapan beliau semasa sambutan ulang tahun MCA ke-56 mengenai konsep kejujuran dan keadilan, bersih dan menolak rasuah semasa menjalankan tugas, serta teguh dan boleh dipercayai.
Garis Panduan Am untuk Jawatan Kerajaan
Pada 4 Oktober, Majlis Presiden telah meluluskan garis panduan am untuk ahli-ahli MCA yang memegang jawatan kerajaan, yang termasuk had tempoh penggal pemegang jawatan di semua peringkat.
| Jawatan | Had Tempoh Penggal |
| Menteri | 2 Pilihanraya Umum, atau 10 tahun |
| Exco Negeri | 2 Pilihanraya Negeri |
| Senator | 1 penggal |
| Ahli Majlis Daerah | 10 tahun |
| Ahli Majlis Bandar | 8 tahun |
Had tempoh penggal ini membolehkan proses pembaharuan kepimpinan Parti berjalan secara lancar, dan pada masa sama membenarkan ahli-ahli MCA menyumbangkan usaha dan kreativiti mereka selama 8 hingga 10 tahun sebelum memberi laluan kepada ahli-ahli lain yang berupaya. Hanya melalui cara ini MCA boleh berkhidmat dengan tahap penuh.
Pemimpin-pemimpin MCA yang telah dicadangkan oleh Parti untuk memegang jawatan kerajaan adalah wakil Parti dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan Malaysia. Merekalah yang akan membimbing MCA untuk bergerak ke hadapan. Oleh itu, pemimpin-pemimpin MCA dikehendaki menjadi teladan budaya politik sihat melalui tingkah laku sendiri, Mereka harus menolak amalan rasuah dan menghormati undang-undang, memiliki sikap jujur dan bertanggungjawab, dan mempunyai hubungan rapat dengan rakyat, dan mampu mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai dasar-dasar kerajaan. Mereka juga harus mengutamakan rakyat dan tidak sombong.
2006
Pembangunan & Pelaksanaan Platform 9-Poin MCA
Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting telah membawa MCA ke era baru. Demi melaksanakan pentadbiran bersih dan tekun, beliau telah menggubal Platform 9-Poin yang membentangkan asas hala tuju politik Parti. Ia merupakan hasil dari rundingan kolektif yang mendalam, dan mengambil kira pendapat dan cadangan yang diberi oleh wakil-wakil masyarakat.
Platform 9-Poin MCA adalah:
- Budaya politik yang sihat
- Kempen pembelajaran sepanjang hayat
- Penjanaan semula pendidikan
- Pendidikan Bahasa Cina
- Ekonomi yang berdaya saing
- Pembangunan dan promosi kebudayaan
- Pembangunan kampung-kampung baru
- Masyarakat penyayang
- Rakyat Malaysia
Pada 6 Januari, Jawatankuasa Pusat telah menerima pakai Platform 9-Poin MCA yang menentukan hala tuju jangka masa panjang Parti.
9PPP meliputi sebuah spectrum yang luas. Bagi memastikan pelaksanaan 9PPP yang efektif, 2 buah jawatankuasa penyelerasan telah ditubuhkan, yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden untuk memastikan pelaksanaan yang progresif.
Pada 18 Julai, Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan peruntukan dana untuk semua Bahagian dan Cawangan MCA untuk menggalakkan 9PPP dan meningkatkan pengaruh MCA.
Pengajaran Matematik dan Sains di SJKC (Formula 6-2, 3-2)
Bagi memastikan kepentingan pendidikan Cina terjamin, MCA telah berusaha menyelesaikan masalah pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di SJKC dari Darjah 4 hingga Darjah 6. Perundingan dalam saluran BN telah diadakan bersama-sama dengan Menteri Pendidikan Dato’ Seri Hishamuddin Hussein. Hasil daripada rundingan tersebut, formula 6-2, 3-2 telah diguna pakai dimana Matematik diajar dalam Bahasa Cina untuk 6 waktu dan Bahasa Inggeris untuk 2 waktu. Bagi pelajaran Sains, 3 waktu menggunakan Bahasa Cina dan 2 waktu untuk Bahasa Inggeris.
Pendirian MCA adalah ia lebih pelajar-pelajar sekolah rendah lebih senang menggunakan mahasa ibunda untuk membelajari Sains dan Matematik, manakala pelajar-pelajar sekolah mengenah boleh membelajari Sains dan Matematik dalan Bahasa Inggeris sahaja untuk menjadikan negara dan masyarakat lebih kompetitif.
Penubuhan Sekolah Politik MCA
Pada 22 Januari, Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting telah merasmikan pembukaan Sekolah Politik MCA.
MCA tidak boleh memberi tumpuan terhadap pengambilan ahli-ahli secara besar-besaran, tetapi juga harus memastikan kualiti dan kemampuan ahli-ahlinya dan bakal pemimpinnya. Oleh itu, penubuhan Sekolah Politik bertujuan memupuk minda politik dan budaya sihat, dan meningkatkan kemampuan dan keberkesanan ahli-ahli dan para pemimpin di semua peringkat.
Sekolah Politik juga mengadakan kursus-kursus yang dibuka kepada pihak awam untuk membolehkan mereka mengetahui pendirian Parti.
Majlis Peringatan Tun Tan Cheng Lock
Pada 9 Jun, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan bahawa 13 Disember setiap tahun akan diperingati sebagai Hari Tun Tan Cheng Lock sebagai tanda penghormatan kepada sumbangan mendiang sebagai salah seorang pengasas negara.
Pada 15 Disember, sebuah rombongan pemimpin-pemimpin MCA bersama-sama dengan wakil-wakil persatuan-persatuan Cina, dan diketuai oleh Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting, telah mengadakan upacara peringatan tersebut di rumah mendiang di Kampung Musai, Melaka. Dalam ucapannya, Ka Ting telah menggambarkan mendiang Tun Tan Cheng Lock sebagai “Bapa Politik Masyarakat Cina” kerana tanpa usaha mendiang, masyarakat Cina akan kehilangan peluang menjadi warganegara Malaysia.
Mendiang akan selalu diingati oleh MCA atas sumbangannya untuk memastikan hak-hak sivil bagi masyarakat Cina, serta usaha-usahanya untuk memupuk keharmonian dan perpaduan.
E-MCA
Ibu Pejabat MCA telah menyahut seruan Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting semasa Sambutan Ulangtahun MCA Ke-57 untuk menjadikan MCA celik computer dalam 3 tahun, dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk melaksanakan hasrat E-MCA. Dengan bantuan MIRC, Ibu Pejabat telah berjaya mencapai sasarannya untuk melaksanakan pentadbiran berkomputer sepenuhnya dalam 1 tahun. Ibu Pejabat juga telah menaiktaraf laman web Parti dengan memaparkan wajah baharu. Ia diharapkan bahawa semua MCA Negeri dan Bahagian akan mengikut menggunakan program E-MCA yang sama kerana sistem perhubungan elektronik akan membolehkan hubungan lebih baik antara satu sama lain.
Sistem Kawalan Perbelanjaan Ibu Pejabat MCA
Bagi memastikan keberkesanan peruntukan dana untuk Bahagian-bahagian MCA, Ibu Pejabat telah melancarkan sistem kawalan perbelanjaan dan jawatankuasa pengurusan yang dipengerusi oleh Setiausaha Agung. Ahli-ahli jawatankuasa termasuk Bendahari Agung, Setiausaha Organisasi Kebangsaan, dan Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat sebagai setiausaha.
Kelab-kelab Belia
Pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-53, Resolusi 2.1 telah diluluskan yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai MCA untuk bekerjasama mengukuhkan kuasa politik mayarakat Cina. Resolusi tersebut bertujuan mengalakkan penyertaan belia Cina dalam MCA serta menyediakan sebuah platform untuk menyuarakan pendapat.
Pemuda MCA juga telah menubuhkan sebuah Kategori Bawah 35 tahun untuk membolehkan lebih sokongan dan kreativiti dalam Parti dengan tujuan menarik lebih ramai lagi belia untuk menyertai MCA.
2007
Kabinet telah mengikut cadangan MCA bahawa kenaikan pangkat kakitangan university-universiti awam (IPTA) dibuat berdasarkan merit. Ini membolehkan 4 orang bukan Bumiputera dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
2008
Pilihan Raya Umum Ke-12
Pada 13 Februari, Parlimen telah dibubarkan, dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 24 Februari sebagai hari penamaan calon dan 8 Mac sebagai hari mengundi.
MCA telah diperuntukkan 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN untuk bertanding.
Para pemimpin Parti telah berharap bahawa mereka dapat memenangi sokongan rakyat melalui perkhidmatan yang diberi dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, budaya dan lain-lain lagi seperti pembinaan sekolah-sekolah rendah Cina, pengembangan dan penempatan semula sekolah-sekolah tersebut, pembangunan kampung-kampung baru dan pertanian, dan bantuan memperolehi pajakan tanah untuk para petani Cina di Perak, serta menjaga kepentingan masyarakat Cina. Walaupun pemimpin-pemimpin Parti telah menyebarkan sumbangan mereka di surat khabar dan tv, dan melalui kempen dan lawatan, tetapi usaha-usaha tersebut gagal mengatasi rasa tidak puas hati masyarakat Cina terhadap BN.
Ini disebabkan pakatan pembangkang yang telah mengamalkan propaganda populis. Pakatan Rakyat telah menyalahgunakan teknologi seperti SMS, telefon bimbit dan internet untuk menuduh BN memainkan “politik perkauman” dengan tujuan menghasut sentimen rakyat terhadap BN.Ini semua telah membawa kepada “tsunami politik 308”.
Pada keseluruhannya, PRU Ke-12 adalah pilihan raya yang paling teruk bagi BN. MCA hanta memenangi 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi DUN; kurang daripada 50% kerusi yang dimenangi pada PRU ke-11. Kongress India Malaysia (MIC) pula hanya memenangi 3 kerusi Parlimen daripada 9 yang ditandingi. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) telah merekodkan prestasi yang lebih teruk dengan hanya 2 kerusi Parlimen daripada 7 yang ditandingi.
BN hanya mampu memenangi PRU dengan 78 kerusi Parlimen UMNO serta kerusi-kerusi yang dimenangi parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak, tetapi telah kehilangan majoriti 2/3 dalam Parlimen.
Bagi kerusi-kerusi DUN, BN telah gagal memenangi semula Kelantan yang disandang PAS sejak 1986, dan juga telah kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada Pakatan Rakyat.
Presiden Dato’ Sri Ong Ka Ting menanggung tanggungjawab
Dalam tempoh 3 hari selepas keputusan PRU 12 diumumkan, Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting telah mengeluarkan kenyataan awam bahawa beliau tidak akan menyertai Kabinet dan akan menanggung tanggungjawab atas kekalahan MCA. Keputusan ini dibuat berdasarkan prinsip kebertanggungjawaban dan mencerminkan bahawa jawatan Presiden bukan hanya untuk kuasa dan pangkat.
Dato’ Seri Ong Ka Ting mjuga mengatakan bahawa beliau akan terus melaksanakan tanggungawab yang diamanahkannya sebagai Presiden MCA dan menerajui Parti pada masa kritikal ini. Beliau menekankan bahawa beliau akan membuat kajian mendalam keputusan PRU dan membuat penyelerasan yang sesuai supaya MCA mampu menghadapai keadaan politik baru supaya boleh teruskan peranannya dalam bidang politik.
Jemaah Kabinet baru
Pada 18 Mac, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan Jemaah Kabinet baru. MCA telah diberi 4 Menteri dan 6 Timbalan Menteri, lalu menjaminkan bahawa Parti memiliki perwakilan yang secukupnya untuk menyuarakan hasrat dan menjaga kepentingan rakyat Malaysia di Kabinet dan kerajaan. Wakil-wakil MCA yang dilantik adalah:
Menteri
| Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Dato’ Seri Ong Ka Chuan |
| Kementerian Pengangkutan | Datuk Ong Tee Keat |
| Kementerian Kesihatan | Tan Sri Liow Tiong Lai |
| Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Dato’ Dr Ng Yen Yen |
Timbalan Menteri
| Kementerian Kewangan | Dato’ Kong Cho Ha |
| Kementerian Dalam Negeri | Dato’ Chor Chee Heung |
| Kementerian Pendidikan | Dr Ir Wee Ka Siong |
| Kementerian Pendidikan Tinggi | Dr Hou Kok Chung |
| Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan | Sdr Teng Boon Soon |
| Kementerian Belia dan Sukan | Sdr Wee Jeck Seng |
Kejayaan MCA dalam mengekalkan 4 Menteri dan 6 Timbalan Menteri dalam kementerian yang penting dan strategik walaupun mengalami kekalahan teruk dalam PRU adalah hasil usaha Presiden MCA untuk memastikan bahawa MCA diwakili dalam Kabinet melalui amalan perkongsian kuasa BN, dan melalui perundingan dengan Perdana Menteri.
“Mentadbir bersama rakyat, Berkongsi antara kaum”
Dengan akhirnya PRU 12, Jawatankuasa Pusat telah bermesyuarat untuk membincangkan hala tuju masa depan Parti.
Pada 26 April, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan untuk mengguna pakai tema “Mentadbir bersama rakyat, Berkongsi antara kaum” untuk hala tuju Parti, dan juga mencadangkan 4 Nilai Utama sebagai agenda perubahan baru Parti; iaitu:
- Prinsip demokrasi
- Hak rakyat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
- Mengutamakan rakyat
- Kehendak rakyat
MCA akan terus mematuhi prinsip yang diperjuangkan oleh pengasas-pengasas Parti, iaitu “Parti berteraskan satu kaum, hala tuju yang menjurus kepada kepelbagaian kaum”. Ini memastikan bahawa kepentingan masyarakat Cina sentiasa dijaga, dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan, demokrasi dan hak-hak asasi kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
Presiden Dato’ Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatannya
Pada 28 Jun, Presiden Parti telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Parti. Beliau menekankan bahawa MCA telah menjadi stabil semula 3 bulan selepas PRU dan kini menuju ke arah transformasi. Oleh itu, beliau akan memberi akar umbi Parti masa untuk memilih Presiden baru.
Bebas daripada hutang
Pada 24 Julai, Presiden Dato’ Sri Ong Ka Ting mengumumkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat bahawa MCA telah melunaskan semua hutangya dengan bank pada 18 April. Presiden juga mengumumkan bahawa Parti kini sedia membeli balik 20.33% ekuitinya dalam Wisma MCA Sdn Bhd yang terpaksa dijual pada tahun 80an kerana kegawatan ekonomi masa itu.
Pada 15 Ogos, Presiden dan Bendahari Agung Tan Sri Lau Yin Pin telah menandatangani kontrak jual-beli dengan wakil-wakil Koperasi Jayadiri (Kojadi) yang berjumlah RM27.6 juta. Dengan itu, matlamat Parti untuk memiliki 100% ekuiti dalam Wisma MCA Sdn Bhd telah dicapai.
Pemilihan Parti
Jawatankuasa Pusat telah mengumumkan 13 Oktober sebagai hari penamaan calon, dan 18-19 Oktober sebagai hari mengundi dan Mesyuarat Agung Tahunan. Presiden Dato’ Sri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden Dato’ Seri Chan Kong Choy telah mengumumkan hasrat mereka untuk tidak bertanding.
Pada 18 Oktober, Datuk Ong Tee Keat dan Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah dipilih sebagai Presiden dan Timbalan Presiden baru. Dari 25 ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, lebih daripada 50% merupakan muka baru.
Berikut adalah senarai barisan kepimpinan Jawatanakuasa Pusat:
Presiden
Timbalan Presiden
Naib-Presiden
Dato’ Seri Kong Cho Ha
Tan Sri Liow Tiong Lai
Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen
Sdr Tan Kok Hong
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat
Sdr Lee Wei Kiat
Senator Dato’ Wong Foon Meng
Datuk Seri Tan Chai Ho
Sdri Tan Cheng Liang
Sdr Dr Hou Kok Chung
Dato’ Lee Chee Leong
Sdr Gan Ping Sieu
Dato’ Yu Chok Tow
Sdr Wong Nai Chee
Dato’ Lee Sing Chooi
Datuk Wee Jeck Seng
Datuk Gan Tian Loo
Dato’ Dr Yeow Chai Thiam
Dato’ Chong Itt Chew
Dato’ Hoh Khai Mun
Dato’ Ti Lian Ker
Dato’ Liew Yuen Keong
Dato’ Wong Mook Leong
Dato’ Paul Kong Sing Chu
Datuk Edward Khoo Keok Hai
Datuk Tee Siew Kiong
Sdr Loh Seng Kok
Senator Dato’ Wong Siong Hwee
Sdr Dr Por Choo Chor
Dato’ Loke Yuen Yow
Barisan kepimpinan baru MCA
Selepas “tsunami politik 308”, MCA telah memilih barisan kepimpinan baru. Jawatankuasa Pusat yang baru telah dinasihati bahawa “reformasi” bukan hanya satu slogan, tetapi merupakan hasrat rakyat. Walaubagaimanapun, reformasi bukanlah sesuatu yang boleh dicapai serta-merta, dan MCA memerlukan sokongan ahli-ahlinya. Dengan itu, MCA harus melaksanakan strategi-strategi baru untuk memenangi semula negeri-negeri yang telah dirampas pembangkang.
2009
Rombongan ke China
Pada 18 Januari, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat telah menyahut jemputan kerajaan China untuk melawat dengan mengetuai satu rombongan yang terdiri daripada 68 ahli-ahli politik dan perniagaan ke Beijing. Semasa lawatan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukaran pandangan dan pengalaman mengenai perniagaan dan politik.
Rombongan tersebut telah bertemu dengan Ketua Jawatankuasa Tetap Politburo Parti Komunis China Tuan Jia Qinglin, En Wang Jiarui, Timbalan Menteri Liu Hongcai, Menteri Pengangkutan Li Shenglin, dan pemimpin-pemimpin lain dari Kementerian Jalan Kereta Api, Pentadbiran Penerbangan Awam China, COFCO, Kementerian Perdagangan China, dan Jabatan Pentadbiran Pelancongan China.
Antara hasil-hasil yang dicapai adalah:
- Universiti-universiti terkemuka di China telah dijemput membuka kampus cawangan di Malaysia
- Yayasan Al-Bukhary berjanji memberi biasiswa penuh kepada 50 pelajar-pelajar China yang miskin untuk belajar di Malaysia
- China bersetuju memulakan semula eksport beras ke Malaysia. Kewdua-dua pihak j membincang pembangunan produk pertanian dan minyak sawit
- Membangunkan pasaran makanan halal dalam China
- Laluan terus baru AirAsia ke Tianji, Xi’an dan Chengdu
- Liberalisai sektor penerbangan
- Syarikat-syarikat China dijemput melabur dalam pemgembangan dan pembangunan pelabuhan Tanjung Pelepas dan lapangan terbang Senai di Johor
- Mencadangkan Bank of China Malaysia untuk menawarkan pinjaman mikro-kredit faedah rendah kepada perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia
- Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan mengenai perubatan dan alatan
Menerima kunjungan Timbalan Speaker Taiwan
Pada 3 Januari, Setiausaha Agung merangkap Timbalan Presiden Dewan Negara Dato’ Wong Foon Meng, bersama-sama dengan ahli-ahli Parlimen dan Senator MCA, telah menerima lawatan rombongan dari Taiwan yang diketuai Timbalan Speaker Parlimen Taiwan, Encik Tsing Yon-Chun.
Menerima kunjungan Pengerusi Kuomintang
Pada 28 Februari, Presiden MCA dan Jawatankuasa Pusat telah menerima kunjungan rombongan yang diketuai Pengerusi Kuomintang, En Wu Poh-hsiung. Kedua-dua pihak telah saling bertukaran pandangan selama satu jam.
Menerima kunjungan rombongan dari China
Pada 25 Mac, Presiden MCA dan Jawatankuasa Pusat telah menerima kunjungan daripada Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China di Ibu Pejabat MCA.
Tiga Teras Utama Transformasi MCA
Memandangkan tsunami politik pada tahun 2008, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat telah mencadangkan Tiga Teras Utama Transformasi semasa sambutan ulang tahun MCA ke-60 dan telah menggesa ahli-ahli Parti untuk membantu mempromosikan tiga teras tersebut:
A) Menangani Cabaran Ekonomi
Meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat merangkap Menteri Pengangkutan telah berusaha membaiki dan mentransformasikan sistem pengangkutan awam, antaranya:
- Meningkatkan kualiti pengangkutan awam melalui penggunaan teknologi maklumat (IT) dan GPS untuk memantau bas, pelaksanaan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dengan penggunaan Kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV), serta pelaksanaan pusat perkhidmatan pelanggan dan pengurusan panggilan.
- Mempermudahkan prosedur bayaran saman
- Menubuhan pasukan khas untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mengelakkan pertindihan dan kekeliruan dalam bidang kuasa
- Menambahkan bilangan pegawai penguatkuasa untuk memastikan undang-undang dipatuhi, serta memberi latihan kepada pemandu-pemandu pengangkutan awam
Program HOPE (Higher Opportunities for Private Education)
Melalui Program HOPE, MCA telah membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka melalui pemberian subsidi kepada pelajar-pelajar yang layak, dan seramai 1,200 pelajar telah dibantu melanjutkan pelajaran mereka ke university-universiti awam tempatan.
Jaringan Sumber Teknikal dan Latihan Internship (TRAIN)
MCA, di bawah kepimpinan Dato’ Sri Ong Tee Keat, telah menyokong dengan sepenuhyna penubuhan sebuah rangkaian jaringan untuk membekalkan latihan vokasional untuk semua pelajar untuk mempelajari kemahiran hidup. Sebanyak 1,500 pelajar telah manfaat daripada projek ini, dan sebanyak 10,000 kupon pendidikan yang bernilai RM50 juta telah diberi kepada pelajar-pelajar yang berminat.
Pencapaian Baru untuk UTAR
Kursus sarjana muda sastera Bahasa Cina yang ditawarkan UTAR telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, lalu membolehkan mahasiswa-mahasiswi kursus tersebut bekerja di sektor pekhidmatan awam.
B) Proaktif dalam Politik Arus Perdana dan Penggubalan Dasar-dasar
Siasatan ke dalam isu Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
Kementerian Pengangkutan telah melantik firma audit Privewaterhouse Coopers (PwC) untuk menyiasat penyalahgunaan dan wang rakyat dalam PKFZ. Hasil siasatan tersebut telah mendedahkan unsur-unsur penipuan, dan laporan telah dibuat kepada polis dan SPRM.
Mengharamkan Surat Sokongan
Pada bulan Januari, Dato’ Sri Ong Tee Keat merangkap Menteri Pengangkutan telah melarang semua jabatan-jabatan kerajaan daripada memberi surat sokongan kepada mana-mana pihak yang membida untuk kontrak kerajaan. Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 juga digubal untuk menggalakkan pihak awam melaporkan penyalahgunaan wang rakyat.
Pemansuhan Dasar-dasar Bermonopoli
Pada 14 Oktober 2008, Kementerian Pengangkutan telah menghapuskan programe e-kesihatan untuk pemandu kenderaan awam kerana telah menerima maklum balas bahawa ia terlalu mahal dan akan membebankan 700,000 pemandu teksi, disamping mewujudkan sistem monopoli. Selain itu, kontrak PUSPAKOM dengan kerajaan untuk tempoh 15 tahun telah dikaji semula dan dipendekkan kepada 5 tahun untuk mengelakkan monopoli. Kontrak tersebut akan diberi berdasarkan tender buka selepas ia tamat.
Liberalisasi Ekonomi
Pada 22 April, Kabinet telah mengumumkan pemansuhan 30% ekuiti untuk Bumiputera di 27 sub-sektor perkhidmatan dengan tujuan meliberalisaskan ekonomi. Proses tersebut juga melibatkan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Langkah ini membantu ekonomi negara menjadi lebih bebas dan adil. Kebanyakan 27 sub-sektor yang terlibat adalah di bawah wakil-wakil MCA dalam Kabinet, termasuk perindustrian kecil dan sederhana Cina.
Pembiayaan terus untuk Lembaga Pengarah SJKC, dan pembinaan 20 SJKC baru
MCA telah mencadangkan bahawa peruntukan dana untuk SJKC diberi secara terus kepada Lembaga Pengarah SJKC tersebut. Selain itu, kerajaan telah memperuntukkan RM95 juta untuk pembinaan 20 SJKC yang baru.
C) Mengeratkan Hubungan Antara Kaum
Program 1Malaysia
Seawal 2009, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telah memperkenalkan program 1Malaysia. Konsep ini sebati dengan konsep keharmonian kaum sepertimana yang ditekankan oleh pengasas MCA, Tun Tan Cheng Lock, yang pernah mengatakan bahawa tujuan penubuhan MCA adalah untuk bekerja sama dengan masyarakat Melayu dan kaum-kaum lain untuk menjadi “Satu Bangsa, Satu Negara, Satu Kerajaan”.
MCA membantu Gereja Metro Tabernacle
Apabila Gereja Metro Tabernacle dibakar pada 8 Januari, MCA telah mengutuk perbuatan tersebut dan tegas mempertahankan kebebasan beragama sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Dato’ Sri Ong Tee Keat juga telah menawarkan Dewan San Choon untuk penggunaan ahli-ahli gereja tesebut secara percuma.
Mesyuarat Agung Luar Biasa
Pada 26 Ogos, Majlis Presiden telah menerima cadangan Lembaga Disiplin MCA untuk memecat Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Le kerana melanggar Kod Tatakelakuan untuk ahli-ahli MCA.
Pada 27 Ogos, penyokong-penyokong Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah mengemukakan petisyen untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat.
Pada 11 September, Setiausaha Agung telah menerima tuntutan bertulis daripada 921 ahli perwakilan (satu pertiga) untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk memutuskan resolusi-resolusi tersebut:
- Bahawa para perwakilan tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat
- Bahawa keputusan Majlis Presiden pada 26 Oktober 2009 (menerima syor-syor Lembaga Disiplin Parti) dan keputusan susulan oleh Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk menggusir atau menggantung keahlian Tan Sri Dr. Chua Soi Lek adalah terbatal,
- Bahawa ekoran daripada Resolusi 2, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek secara betulnya dikembalikan semula sebagai Timbalan Presiden MCA
- Bahawa jika menjelang EGM ini telah dipanggil, sebarang perlantikan yang dibuat Jawatankuasa Pusat selaras dengan Perlembagaan Parti untuk mana-mana pegawai Parti yang disebutkan dalam Artikel 20, termasuk juga Timbalan Presiden MCA, maka perlantikan berkenaan adalah ditarik balik,
- Bahawa jika menjelang EGM ini dipanggil, sebarang tindakan disiplin ke atas mana-mana atau semua pihak yang membuat tuntutan EGM oleh mana-mana anggota MCA atau Lembaga Disiplin, Jawatankuasa Pusat atau Majlis Presiden ataupun sebarang hukuman sudah pun dijatuhkan terhadap satu atau lebih pihakmembuat tuntutan itu, maka Perhimpunan Agung di sini menyelesaikan:
- bahawa sebarang dan semua tindakan disiplin ditolak
- bahawa sebarang hukuman yang dijatuhkan dibatalkan, DAN
- bahawa sebarang aduan atau tindakan disiplin dipertimbang dan dianggap telah ditolak
Selepas perundingan antara kedua-dua pihak, Setiausaha Agung telah membuat keputusan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 10 Oktober di Dewan San Choon, Wisma MCA. Pada hari EGM tersebut, Speaker Dato’ Yik Phooi Hong mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah mengemukakan permohonan bertulis bagi menjelaskan pengundian untuk Resolusi 4 dan 5 tidak akan dilakukan kerana tiada pelantikan ataupun tindakan disiplin dikenakan.
Keputusan EGM
1) Bahawa para perwakilan tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat
Setuju : 1155 undi
Bantah: 1141 undi
Rosak : 8 undi
Jumlah: 2304 undi
2) Bahawa keputusan Majlis Presiden pada 26 Oktober 2009 (menerima syor-syor Lembaga Disiplin Parti) dan keputusan susulan oleh Jawatankuasa Pusat (jika ada) untuk menggusir atau menggantung keahlian Tan Sri Dr. Chua Soi Lek adalah terbatal
Setuju : 1204 undi
Bantah: 1095 undi
Rosak : 5 undi
Jumlah: 2304 undi
3) Bahawa ekoran daripada Resolusi 2, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek secara betulnya dikembalikan semula sebagai Timbalan Presiden MCA
Setuju : 1110 undi
Bantah: 1184 undi
Rosak : 10 undi
Jumlah: 2304 undi
Memandangkan timbulnya kontroversi daripada keputusan EGM, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 15 Oktober telah mengarahkan Setiausaha Agung untuk mengadakan satu lagi EGM selaras dengan Artikel 30.1 dalam Perlembagaan Parti untuk mengundi atas resolusi-resolusi berikut:
- Bahawa Jawatankuasa Pusat sekarang dibubarkan dan pemilihan parti baharu diadakan, atau,
- Menyokong Jawatankuasa Pusat yang diketuai oleh Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat
Jawatankuasa Pusat juga telah melantik Tan Sri Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden selaras dengan Artikel 174 dan Artikel 23 Perlembagaan Parti.
Pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-8 yang diadakan pada 3 November, Presiden mengumumkan bahawa dia telah menerima sepucuk surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang menyatakan bahawa keputusan EGM pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi Artikel 35 Perlembagaan Parti yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dua pertiga undi perwakilan diperlukan untuk menolak seseorang pemimpin yang dipilih.
Ini mengesahkan bahawa jawatan Timbalan Presiden tidak pernah dikosongkan, dan mengesahkan bahawa Tan Sri Dr. Chua Soi Lek masih memegang jawatan Timbalan Presiden. Jawatankuasa Pusat turut menerima pakai pandangan ROS.
Presiden juga menekankan bahawa semua lantikan ke Jawatankuasa Pusat yang dibuat olehnya pada tahun lepas hanya untuk tempoh satu tahun sahaja dan semua perlantikan tertakluk untuk dikaji semula. Sehubungan itu, beliau telah melantik Dato’ Donald Lim Siang Chai, Dato’ Tan Chin Meng dan Sd Chua Tee Yong untuk menggantikan Dato’ Wira Chor Chee Heung, Sdr Yoo Wei How, Sdr Gan Hong Su dan Dato’ Chai Kim Sen yang pelantikan mereka telah dirombak. Beliau juga mengumumkan bahawa jawatan Setiausaha Organisasi Nasionao yang sebelum ini dipegang oleh Sdr Yoo Wei How akan diisi pada masa depan.
Presiden juga telah melantik Sdr Lim Hong Sang untuk menggantikan Datuk Leong Tang Chong sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin MCA dan Senator Heng Seai Kie sebagai Pengerusi Biro Komunikasi dan Maklumat MCA bagi menggantikan Sdr Lee Wei Kiat. Beliau juga membentangkan sebuah pelan perpaduan MCA di mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang telah diluluskan oleh 27 ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.
Pelan Perpaduan MCA
Pada 22 Oktober, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat, bersama-sama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat telah mengadakan siding media di Ibu Pejabat MCA untuk mengumumkan pelan perpaduang tersebut.
Di bawah Pelan ini, Timbalan Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek akan dikembalikan kepada Jawatankuasa Pusat. Beliau berkata bahawa pelan perpaduan juga disokong oleh Perdana Menteri, dan bahawa beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung menkaji kesasihan keputusan EGM 1128.
Dato’ Sri Ong Tee Keat menkankan bahawa kini masa untuk semua pihak mengetepikan perbezaan pendapat dan bekerjasama untuk masa depan Parti, lalu membolehkan barisan kepimpinan Parti menumpukan usahanya untuk menguatkan Parti dan memenangi semula keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA.
Dialog dengan Pemimpin Akar Umbi Parti
Pada 15 November, MCA telah mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin akar umbi Parti di Dewan San Choon yang dihadiri 625 orang, atau lebih daripada 80% ketua-ketua Bahagian.
Timbalan Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah mempengerusikan dialog mengenai 5 agenda utama tersebut:
- Peruntukan dana untuk aktiviti-aktiviti Bahagian, memandangkan Parti mempunyai sumber yang mencukupi
- Sama ada resolusi EGM 1128 adalah selaras dengan Perlembagaan Parti
- Cadangan pemilihan secara langsung untuk jawatan Presiden dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, dan modal yang yang akan digunakan jika ia diluluskan
- Cara-cara melaksanakan Pelan Perpaduan dan menstabilkan Parti
- Persediaan untuk pilihan raya umum yang akan datang
Dalam sesi dialog tersebut, para pemimpin parti dan akar umbi telah bertukar pendapat, menganalisis dan memberi ulasan mengenai beberapa isu.
1128 EGM
Sebuah pasukan khas untuk mengembalikan integriti Parti telah ditubuhkan dan diketuai oleh Naib Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai dan terdiri daripada 13 ahli-ahli yang dihormati semua. Tujuannya adalah untuk mempertahankan integriti Parti dengan mengadakan pemilihan parti baru untuk menyelesaikan masalah yang timbul dari EGM yang diadakan pada 10 Oktober.
Pasukan khas tersebut telah meminta sebuah EGM diadakan selaras dengan Artikel 30.2 Perlembagaan Parti yang menyatakan bahawa sekurang-kurangnya persetujuan 13 ahli Jawatankuasa Pusat (satu pertiga) diperlukan. Walaubagaimanapun, pada 18 November Jawatankuasa Pusat telah menolak permohonan tersebut dengan undi 23-10.
2010
Tabung Biasiswa Penggajian Bahasa Cina UTAR - Datuk Sim Mow Yu
Pada 3 Januari, Presiden Dato’ Sri Ong Tee Keat mengumumkan penubuhan Tabung Biasiswa Penggajian Bahasa Cina UTAR - Datuk Sim Mow Yu sebagai penghormatan kepada Datuk Sim Mow Yu atas sumbangan beliau kepada pendidikan Cina dan masyarakat.
Presiden mengatakan bahawa kursus Ijazah Sarjana Muda Penggajian Cina yang ditawarkan UTAR telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, lalu pelajar-pelajar tersebut kini boleh bekerja dalam sektor awam. Beliau menambahkan bahawa MCA juga telah menderma RM1juta untuk memulakan Tabung Biasiswa tersebut.
Dato’ Sri Ong Tee Keat juga mengumumkan bahawa salah sebuah dewan serbaguna dalam Ibu Pejabat MCA akan dinamakan Dewan Sim Mow Yu sebaga tanda penghargaan kepada sumbangannya dan supaya Parti boleh meneruskan usahanya.
Anak perempuan mendiang, Sim Kay Hong, juga telah hadir di upcara tersebut.
328 Pemilihan Parti Baharu
Pada 4 Mac, Timbalan President Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah menyerahkan surat perletakan jawatannya bersama-sama dengan 7 ahli Jawatankuasa Pusat. Bersama-sama dengan 13 ahli Jawatankuasa Pusat yang telah meletak jawatan lebih awal lagi, ini bermakna sebanyak 21 ahli-ahli Jawatankuasa pusat (dua pertiga) telah meletak jawatan, sekali gus membuka jalan bagi pemilihan parti baharu.
Sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 41 Perlembagaan Parti, pemilihan parti baharu mesti diadakan dalam tempoh 1 bulan jika sekurang-kurangnya dua pertiga ahli-ahli Jawatankuasa Pusat meletak jawatan. Pada 5 Mac, ahli-ahli Jawatankuasa Pusat yang tertinggal telah melantik Setiausaha Agung Dato’ Wong Foon Meng sebagai penyelaras pemilihan parti, dan beliau telah mengumumkan 28 Mac sebagai tarikh membuang undi.
Pada 28 Mac, sebanyak 101 wakil telah menyerahkan nama calon-calon mereka. Kadar kehadiran telah mencecah 97.52%, atau 2,318 ahli perwakilan.
Proses pengundian dijalankan secara telus di bawah pemantauan para perwakilan dan calon-calon, dan melalui siaran langsung dengan televisyen yang diletakkan di luar dewan.
Keputusan pemilihan parti adalah seperti berikut:
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen
Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Senator Gan Ping Sieu
Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat
Dato’ Lee Chee Leong
Dato’ Dr Hou Kok Chung
Senator Heng Seai Kie
Datuk Wee Jeck Seng
Sdr. Toh Chin Yaw
Datuk Gan Tian Loo
Dato’ Seri Ong Ka Chuan
Sdr. Lee Wei Kiat
Sdr. Loh Seng Kok
Dato’ Hoh Khai Mun
Dato’ Liew Yuen Keong
Sdri. Tan Cheng Liang
Dato’ Koh Nai Kwong
Sdr Dr Por Choo Chor
Sdr. Tan Ken Ten
Datuk Paul Kong Sing Chu
Dato’ Chong Itt Chew
Sdr. Yoo Wei How
Sdri Tan Ah Eng
Sdr Wong Koon Mun
Dato’ Ti Lian Ker
Dato’ Teh Kim Poo
Sdr Chuah Poh Khiang
Rombakan Kabinet
Pada 4 Jun, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak telah menjalankan rombakan Kabinet, dan MCA telah diberi 2 portfolio penting; iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Secara keseluruhan, MCA berjaya mendapat 4 Menteri dan 7 Timbalan Menteri.
| Menteri Kesihatan | Tan Sri Liow Tiong Lai |
| Menteri Pengangkutan | Dato’ Seri Kong Cho Ha |
| Menteri Pelancongan | Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen |
| Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Dato’ Wira Chor Chee Heung |
| Timbalan Menteri Kewangan | Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai |
| Timbalan Menteri Belia dan Sukan | Senator Gan Ping Sieu |
| Timbalan Menteri Pendidikan | Datuk Dr. Wee Ka Siong |
| Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | Dr Hou Kok Chung |
| Timbalan Menteri Dalam Negeri | Dato’ Lee Chee Leong |
| Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat | Senator Heng Seai Kie |
| Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani | Sdr. Chua Tee Yong |
Pelan Tindakan 8-Poin untuk Menghadapi Pilihan Raya Umum
Pada 20 Jun, sebagai persediaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-13, Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah meringkaskan Pelan Tindakan 8-Poin seperti berikut:
- Pendaftaran pengundi. Ibu Pejabat telah mendedahkan bahawa sebanyak 15% ahli-ahli Parti tidak didaftar sebagai pengundi. Denga ini, Ibu Pejabat akan memberi senarai keahlian Parti dan senarai pengundi, manakala Bahagian ditugaskan mencari dan membantu ahli-ahli tersebut mendaftarkan diri.
- Berinteraksi dengan pengundi muda. Kampung-kampung baru menghadapi penuaan penduduk di mana sekurang-kurangnya 30% pengundi-pengundi kampung baru adalah belia yang bekerja di luar kampung. Para belia tersebut mungkin tidak akan memahami keadaan dalam kawasan pengundian sendiri, dan mudah dihasut dan mengundi berdasarkan emosi. Oleh itu, Ibue Pejabat akan meminta ahli-ahli mendapat nama dan nombor telefon para pemuda tersebut supaya MCA boleh berinteraksi dengan mereka.
- Memperkukuhkan aspek peperangan eletronik. Semua Bahagian MCA diarahkan untuk memberi penekanan terhadap publisiti, terutamanya dalam internet. Semua Bahagian harus melatih lebih ramai pakar peperangan media baharu, dan menjalankan propaganda dengan blog, Facebook dan Twitter.
- Penyebaran propaganda pemimpin MCA melalui internet. Semua Negeri MCA dikehendaki menubuhkan laman web sendiri untuk mengyangkal dakwaan pembangkang, mendedahkan penyelewengan Pakatan Rakyat, dan mempromosikan agenda BN.
- Memperkukuhkan publisiti dalam media-media arus perdana. Ahli-ahli MCA di semua peringkat harus mengetahui kepentingan publisiti di media arus perdana. Publisiti MCA di bidang ini kurang memuaskan dan menyebabkan ramai pengundi mempunyai imej negative terhadap MCA.
- Meneri penekanan terhadap isu-isu demokrasi dan keadilan. Ahli-ahli MCA harus mengubah pandangan mereka. Mereka tidak boleh terlalu menekankan isu pembersihan longkang tetapi pada dasar-dasar yang adil dan demokratik seperti peluang yang sama dalam pendidikan
- Penyampaian pendirian Parti dengan segera. MCA harus mengambil pendirian untuk semua dasar-dasar penting. Ia haruslah mengutamakan isu, dan bukan kaum. Para pemimpin MCA harus mengadakan dialog dengan ketua negeri BN masing-masing dan menunjukkan sumbangan MCA kepada masyarakat Cina.
- Pengurusan aset Parti dengan baik. Sebuah syarikat pengurusan aset telah dilantik untuk memastikan bahawa aset-aset Parti dijaga dengan baik, dan mereka harus menyerahkan laporan kepada Majlis Presiden 3 kali setahun.
Perhimpunan Agung Tahunan
Perhimpunan Agung Tahunan Ke 57 diadakan pada 10 Oktober, dan merupakan AGM pertama yang diadakan selepas pemilihan baru 328. Ia juga merupakan acara bersejarah dimana Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Sri Najib Razak telah melancarkan upacara pembukaan untuk kali pertama.
Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah menggesa semua ahli untuk bersatu-padu, kerana jika Parti tidak ada perpaduan ia susah mendapat sokongan masyarakat awam. Beliau juga mengingati ahli-ahli MCA bahawa jika BN memenangi PRU seterusnya tanpa sokonga masyarakat Cina, MCA akan dianggap sebagai tidak berkesan dalam bidang politik.
Acara tersebut juga menyaksikan pelancara laman web baharu dan akaun Facebook rasmi Parti bersama-sama dengan Perdana Menteri. Selain itu, Presiden juga telah memperkenalkan akaun Facebook rasminya.
Ke Arah Pilihan Raya Kecil, Kepulangan Sokongan Masyarakat Cina
Sejurus mengambil alih tampuk kepimpinan Parti, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek telah menghadapi cabaran pertamanya dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada 25 April.
Berbanding dengan PRU 308 dimana sebanyak 35% masyarakat Cina telah menyokong BN, satu kajian sebelum PRK Hulu Selangor menunjukkan bahawa jumlah tersebut telah jatuh ke 14%. Selain itu, MCA baru sahaja selesaikan pertikaian dalamannya yang berlangsung selama setahun. Walaubagaimanapun, keputusan PRK menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Cina telah meningkat ke 28% yang dianggap agak memuaskan memandangkan keadaan semasa.
Pada 4 November, pilihan raya kecil untuk kerusi DUN Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah diadakan. BN telah berjaya mengekalkan undi masyarakat Cina, dan menang dengan majoriti 1,190 dan 6,359 undi masing-masing. Kemenangan ini diikuti oleh PRK DUN Tenang, Johor pada 30 Januari 2011, serta PRK DUN Merlimau, Melaka dan PRK DUN Kerdau, Pahang yang diadakan pada 6 Mac 2011. Dalam semua PRK tersebut, MCA berjaya meningkatkan sokongan masyarakat Cina terhadap BN untuk mencapai kemenangan. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa barisan kepimpinan MCA baharu telah melaksanakan strategi dan cara kepimpinan yang betul.
Konvensyen Barisan Nasional Ketiga”
Pada 5 Disember, Konvensyen BN ketiga diadakan di Wisma MCA untuk kali pertama. Dalam ucapannya, Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek mengatakan bahawa tidak harusnya ada hubungan “abang besar” dan “adik bongsu” dalam BN kerana semua komponen-komponen mempunyai suara sama. Beliau juga menyuarakan pendapat MCA bahawa dasar-dasar kerajaan tidak boleh diumumkan semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO atau Majlis Tertinggi UMNO kerana ia bukan Kabinet. Beliau juga menasihati pemimpim-pemimpin BN untuk elak menggunakan perkataan-perkataan sensitive seperti “pendatang”, “penumpang”, dan “ketuanan Melayu”. Walaupun beliau dikritik oleh pemimpin-pemimpun UMNO, termasuk Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein, beliau tidak berganjak daripada pendiriannya.
Yayasan Perubatan 1MCA
Pada 28 September, Yayasan Perubatan 1MCA telah ditubuhkan untuk membantu semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan perubatan tetapi tidak miliki insurans atau tidak mampu membayar perbelanjaan tinggi dari hospital swasta.
Pada 14 Oktober, seorang bayi berusia 4 bulan, Ang Tien Teck, yang mengalami penyakit jantung berlubang telah menjadi penerima pertama Yayasan Perubatan 1MCA, dan Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek juga mengumumkan bahawa MCA akan membayar apa-apa kekurangan dalam bil hospital apabila melawatnya di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Kuala Lumpur.
Pelajar-pelajar UEC dibenarkan belajar di kolej perguruan
Pada 6 Disember, Presiden telah mengumumkan bahawa kerajaan telah menerima candangan MCA untuk membenarkan pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat kredit dalam BM dan 3 subjek yang lain (termasuk Bahasa Cina) boleh memohon untuk belajar di kolej perguruan. Ini merupakan kejayaan besar yang pertama untuk sekolah-sekolah persendirian Cina dalam tempoh 30 tahun lalu.
Laporan Pengurusan Aset Parti
Jawatankuasa khas yang bertanggungjawab mengurus aset-aset Parti telah menghantar laporan pertamanya kepada Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat pada bulan Disember.
2011
Peningkatan Jumlah SJKC; 15 sekolah baru dibina dan 76 ditempatkan semula
Sejak kemerdekaan negara, ia tidak boleh dinafikan bahawa jumlah SJKC telah menurun sejak beberapa tahun lalu. Ini kerana taburan masyarakat Cina di kawasan Bandar telah meningkat, lalu menyebabkan penurunan pelajar-pelajar SJKC di kawasan luar Bandar. Kerajaan BN tidak pernah menutup SJKC dengan sengaja, dan semua SJKC yang ditutup adalah kerana kekurangan pelajar. Ia merupakan keperluan undang-undang bagi setiap sekolah, tidak kira SJKC, SK, SJKT atau sekolah agama, untuk menutup jika mengalami kekurangan pelajar. Akan tetapi, pihak pembangkang telah menggunakan isu ini untuk membuat tuduhan yang tidak benar.
Kerajaan BN memberi keutamaan terhadap hak-hak pelajar Cina untuk membelajari Bahasa ibunda mereka. Melalui usaha MCA, kerajaan telah mengumumkan bahawa mana-mana SJKC yang mengalami kekurangan pelajar tidak akan ditutup secara automatic. MCA pula akan membantu menempatkan semula sekolah tersebut ke kawasan yang lain.
Dari 1999 hingga 2011, kerajaan telah membina 15 sekolah baru dan menempatkan semula 76 SJKC. Dalam tempoh 2008 hingga 2011, MCA telah bekerjasama dengan Dong Zong dan PIBG untuk mendapat pertuntukan RM95 juta dari kerajaan untuk membina 7 SJKC baru dan menempatkan semula 13 SJKC. Kerajaan juga telah meluluskan cadangan untuk merizabkan tanah-tanah tertentu untuk pembinaan SJKC baru.
Semasa tempoh ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai Menteri Pendidikan, jumlah SJKC hanya 1,281, tetapi kini jumlahnya telah meningkat ke 1,291 atas usaha-usaha MCA.
Penubuhan Yayasan 1MCA
Pada 27 Februari, MCA telah menubuhkan 1Malaysia Community Alliance Foundation (Yayasan 1MCA) untuk memberi perkhidmatan awam kepada masyarakat. Dalam tempoh 3 bulan, ia telah berkembang ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu. Melalui penggunaan kenderaan mudah alih perkhidmatan, MCA berjaya mencapai matlamatnya untuk berkomunikasi dengan rakyat dan meringankan beban mereka. Kenderaan-kenderaan tersebut membekalkan bantuan dan perkhidmatan dari segi pemeriksaan kesihatan percuma, nasihat guaman percuma, permohonan bantuan kebajikan, permohonan pinjaman PKS, dan permohonan kewarganegaraan.
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)
Pada 22 Februari, sebanyak 2,201 ahli perwakilan (03.18%) daripada jumlah 2,362 ahli perwakilan telah menuntut sebuah EGM diadakan untuk meminda Perlembagaan Parti untuk menangguhkan pemilihan parti untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum.
Pada 13 Mac, EGM tersebut telah diadakan dan dihadir 1,894 (80.19%) ahli perwakilan. Cadangan meminda Perlembagaan Parti telah menerima sokongan 1,827 (99.07%) ahli perwakilan. Dengan ini, pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada bulan Mac telah ditangguh tidak lebih daripada 6 bulan selepas adanya Pilihan Raya Umum.
Tidak Menerima Jawatan Kerajaan
Pada 28 April, Majlis Presiden telah mengumumkan keputusan untuk tidak menerima jawatan kerajaan, dari peringkat Kabinet dan kerajaan persekutuan sehingga kerajaan tempatan, jikalau prestasi MCA dalam PRU akan datang adalah lebih teruk daripada PRU ke-12. Keputusan tersebut akan menjejaskan seramai 11,000 pemimpin MCA, dan membuktikan bahawa MCA berpegang teguh kepada prinsip demokrasi dan menghormati kehendak masyarakat Cina. Dalam sejarah negara, tidak pernah ada parti politik yang telah membuat keputusan seperti ini.
Kerjasama dengan university-universiti Taiwan
Pada 3 Ogos, MCA mengumumkan bahawa pelajar-pelajar Malaysia sekarang boleh mempelajari latihan vokasional di 6 universiti-universiti Taiwan di bawah “Program Kemahiran Malaysia-Taiwan”. Kursus-kursus tersebut yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Vokasional MCA adalah percuma kerana ia dibiayai oleh kerajaan Taiwan. Program tersebut dijangka akan membantu para pelajar menjimatkan RM20,000.
Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA
Pada bulan September, MCA telah melancarkan Skim Pinjaman Pendidikan 1MCA yang berjumlah RM30juta untuk membantu pelajar-pelajar tanpa mengira kaum. Pinjaman 5 tahun pertama adalah tanpa faedah, dan program tersebut bertujuan memberi pinjaman kepada 250 pelajar setiap tahun untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Pendirian Teguh Terhadap Hukum Hudud PAS
Pada bulan September, PAS telah menimbulkan kontroversi apabila PAS menghidupkan semula isu hukum hudud. MCA enggan berganjak daripada pendirian kami, dan ini membawa kepada bantahan daripada PAS. Walapun DAP telah menyuarakan bantahannya, tetapi DAP tidak mengambil apa-apa langkah konkrit. Ini membuktikan DAP tidak berani menentang PAS dan telah gagal mengawal PAS daripada melaksanakan hukum hududnya di Kedah dan Kelantan.
Enam Konsensus Isu SMJK
Pada bulan November, MCA telah mencapai 6 persetujuan dengan kerajaan mengenai SMJK, termasuk: penubuhan dana khas tambahan, pembinaan lebih banyak SMJK, mengadakan sekurang-kurangnya 5 waktu pelajaran Bahasa Cina seminggu, kenaikan pangkat automatik untuk pengetua ke gred DG52, tindakan susulan menyelesaikan kekurangan guru, dan langkah susulan menjadikan Bahasa Cina sebagai subjek wajib dalam SPM.
Selain itu, SMJK Chan Wan, Seremban dan SMJK Jit Sin 2, Pulau Pinang juga dibenarkan beroperasi sebagai SMJK yang mempunyai lembaga, pengetua dan pentadbiran tersendiri, lalu meningkatkan jumlah SMJK dari 78 ke 80 sejak kemerdekaan negara.
Anugerah Kebudayaan 1Malaysia
MCA telah mengadakan Anugerah Kebudayaan 1Malaysia dari 4 Januari hingga 28 Februari. Anugerah tersebut dibuka kepada semua rakyat Malaysia atau persatuan-persatuan, dan anugerah dibahagikan kepada kategori Cina dan bukan Cina, dengan hadiah bernilai sehingga RM50,000. Tujuannya adalah untuk menghargai sumbangan pekerja-pekerja dalam bidang kebudayaan serta menggalakkan konsep 1Malaysia.
Anugerah Kebudayaan 1Malaysia yang pertama telah diadakan pada 19 November, dan dimenangi oleh composer terkenal, Shen Ping Kwang untuk filem “Proudly We Sing Our Songs, We Love Malaysia”, dalam kategori Cina, manakala pengarah filem mendiang Yasmin Ahmad untuk filem “Muallaf” dalam kategori bukan Cina.
2012
Skim Mikro-Kredit untuk Belia 1MCA
Pada bulan Januari, MCA telah menubuhkan Skim Mikro-Kredit untuk Belia yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur antara 21-40 tahun tanpa mengira bangsa. Jumlah maksimum pinjaman yang boleh dimohon adalah RM20,000 dengan kadar faedah 7% setiap tahun. Tempoh pinjaman adalah dari 3 hingga 5 tahun. Skim tersebut ditubuhkan untuk menggalakkan golongan belia menceburi bidang keusahawanan dan memulakan atau mengembangkan perniagaan sendiri.
Kadar faedah 7% juga amat rendah kalau dibandingkan dengan kadar faedah 11-12% yang ditawar skim pinjaman yang lain. MCA juga telah membekalkan kursus latihan kepada para pemohon skim tersebut mengenai konsep keusahawanan, pinjaman bank, perancangan cukai dan pengetahuan undang-undang. Para pemohon juga akan dilibatkan dalam rangkaian untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan produktiviti. Skim tersebut merupakan kerjasama antara Kojadi dan KSM.
Program-program Kebajikan Ahli-Ahli MCA
Pada 26 April, Jawatankuasa Pusat telah mengambil keputusan membeli Skim Insurans Berkelompok 1MCA bagi ahli-ahli Parti. Premium skim insuran tersebut akan dibiayai oleh Ibu Pejabat Parti. MCA merupakan parti politik yang pertama di Malaysia yang menawarkan skim insurans kepada ahli-ahlinya. Ini kerana MCA selalu menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan ini merupakan salah satu cara menunjukkan penghargaan Parti kepada mereka.
Selain daripada skim insurans untuk ahli-ahli Parti, MCA juga telah melancarkan beberapa program kebajikan lain, seperti “Penghargaan Kepada Veteran” dimana semua ahli yang berumur 60 tahun ke atas telah menerima angpow bernilai RM100, dan “Happy Mama” dimana angpow bernilai RM200 diberi kepada semua ibu bapa baru.
Debat antara MCA dengan DAP
Pada 18 Februari, Presiden Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah membahas mengenai tajuk “Adakah sistem 2 parti menjadi sistem 2 kaum?”. Debat tersebut dijalankan dalam Bahasa Cina dan disiarkan secara langsung di televisyen. Antara isu yang dibangkitkan adalah percanggahan pendirian DAP dan PAS atas isu hudud.
Pada 8 Julai, Presiden dan Lim Guan Eng telah bertemu sekali lagi untuk membahaskan tajuk “DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat” yang diadakan dalam Bahasa Inggeris. Antara isu yang dibangkitkan adalah isu Talam Corporation dan kelemahan tadbir urus dalam kerajaan PKR Selangor, serta langkah-langkah transformasi yang diambil Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.
Walaubagaimanapun, Majlis Presiden telah memutuskan untuk tidak lagi mengambil berbahas dengan DAP kerana Lim Guan Eng sering mengelak daripada menjawab soalan yang dituju kepadanya, dan kerana Guan Eng selalu mengkritik MCA tanpa bukti.
2013
Pilihan Raya Umum Ke-13
Parlimen telah dibubarkan pada 3 April, dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan 20 April sebagai hari pencalonan dan 5 Mei sebagai hari pengundian. MCA telah bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.
MCA dan BN telah menekankan program-program transformasi yang telah dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Politik (PTP), serta pemansuhan undang-undang yang dianggap tidak berdemokratik, dan perkembangan ekonomi yang kuat.
MCA juga telah mengkritik kelemahan pakatan pembangkang seperti ketidaktentuan calon Perdana Menteri, dan janji-janji populis yang tidak boleh dilaksanakan kerana ia akan membawa negara menjadi bankrap. MCA juga menekankan bahawa PAS tidak pernah melepaskan agendanya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
Akan tetapi, pihak pembangkang telah menyebarkan fitnah melalui media baru dan media sosial bahawa proses pengundian tidak telus dan tidak berdemokratik. Ini telah membangkitkan perasaan marah terhadap BN, walaupun ia kemudiannya dibuktikan tidak benar.
Akhirnya, MCA mengalami kekalahan teruk dan hanya memenangi 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. Keseluruhannya, BN gagal memenangi majoriti dua pertiga (2/3) dalam Parlimen, serta gagal menang balik Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, tetapi berjaya tumpaskan Pakatan Rakyat di Kedah. Hampir 90% pengundi Cina telah menolak BN dalam satu fenomena yang digelar sebagai “tsunami Cina”. Ini telah menghasilkan sebuah sistem 2-kaum, dimana masyarakat Melayu dilihat sebagai pro-BN, manakala masyarakat Cina dilihat sebagai pro-pembangkang.
MCA Menolak Jawatan Kerajaan
Sejurus akhirnya PRU-13, Presiden mengumumkan bahawa MCA akan menunaikan janjinya untuk menolak jawatan kerajaan. Sementara itu, beliau juga mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden dalam pemilihan Parti yang akan datang.
Pada 11 Mei, Majlis Presiden mengumumkan bahawa walaupun MCA tidak akan menerima jawatan kerajaan, MCA tidak akan menutup pusat perkhidmatannya. Selain itu, Timbalan Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai dilantik untuk mengetuai jawatankuasa khas untuk mengkaji hala tuju Parti yang baru untuk masa depan.
Isu Pelantikan Tee Siew Kiong sebagai Exco Johor
Pada 14 Mei, ADUN Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong, telah dilantik sebagai ahli exco oleh Sultan Johor. Langkah ini mencetus kontroversi kerana ia bercanggah dengan keputusan MCA untuk menolak semua jawatan kerajaan. Sultan Johor telah menjelaskan bahawa lantikan tersebut dibuat walaupun baginda mengetahui keputusan MCA kerana baginda berpendapat bahawa semua rakyat mesti diwakili dalam exco negeri.
Walaupun Datuk Tee Siew Kiong tidak boleh menolak perlantikannya, Presiden mengumumkan bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadapnya. Akhirnya, pada 14 Jun Datuk Tee Siew Kiong telah meletak jawatan sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor MCA, dan Ketua Bahagian Pontian MCA. Majlis Presiden kemudian melantik Dato’ Tan Chin Meng sebagai Setiausaha Organisasi yang baru.
Pada 5 September, Jawatankuasa Pusat telah menarik balik keputusan awalnya untuk menggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong selama 3 tahun.
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM 1020)
Pada 9 September, Tan Sri Liow Tiong Lai, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dato’ Yu Chok Tow, bersama-sama dengan 11 ahli Jawatankuasa Pusat, telah mengemukakan permohonan untuk satu Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk membatalkan keputusan Jawatankuasa Pusat untuk meggantung keahlian Datuk Tee Siew Kiong.
Pada 10 September, Majlis Presiden telah memutuskan untuk menangguhkan permohonan tersebut berikutan beberapa isu teknikal yang melibatkan nasihat perundangan mengenai Perlembagaan Parti.
Pada 30 September, 20 ahli Jawatankuasa Pusat yang diwakili Datuk Edward Khoo Keok Hai, Dato’ Ei Kim Hock dan Datuk Tan Chin Meng telah mengemukakan permohonan untuk satu EGM untuk mengundi mengenai usul-usul tersebut:
- Mencela Tan Sri Liow Tiong Lai di atas sebab-sebab di bawah:
- Keengganan beliau untuk menerima dan menghormati keputusan kolektif Majlis Presiden dan Jawatankuasa Pusat yang disertainya, contohnya kes-kes disiplin dan sebagainya.
- Gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik selaku Pengerusi Jawatankuasa Persediaan Pilihan Raya Imim untuk membuat persediaan yang diperlukan, melaksanakan strategi yang efektif dan hubungan media yang baik yang membawa kepada prestasi buruk Parti dalam PRU-13
- Membatalkan resolusi Parti yang diluluskan pada Mesyuarat Agung MCA 2011 dan 2012 untuk membolehkan ahli Parti menerima jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan sebarang jawatan Kabinet lain
- Ahli Parti boleh menerima pelantikan sebagai ahli Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan seperti ahli Lembaga Pelawat Hospital dan syarikat milik kerajaan (GLC)
- Ahli Parti boleh menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, Exco, Ahli Majlis Tempatan, Ketua Masyarakat atau sebarang jawatan kerajaan negeri yang dianggap bersesuaian untuk Parti.
Pada 3 Oktober, Jawatankuasa Pusat telah memutuskan bahawa EGM akan diadakan pada 10 Oktober di Dewan San Choon.
Seramai 2,199 (92.2%) para perwakilan telah hadir untuk undi. Speaker Datuk Yik Phooi Hoong kemudian mengumumkan keputusan seperti berikut:
Resolusi (1) : 965 Sokong ; 1,190 Tidak Sokong ; 34 Undi Rosak
Resolusi (2) : 1,080 Sokong ; 1,090 Tidak Sokong ; 18 Undi Rosak
Resolusi (3) : 1,666 Sokong ; 513 Tidak Sokong ; 10 Undi Rosak
Resolusi (4) : 1,709 Sokong ; 472 Tidak Sokong ; 7 Undi Rosak
Pemilihan Parti - Tan Sri Liow Tiong Lai Presiden Baru MCA
Pada pemilihan Parti tahun ini, sebanyak 72 calon telah bertanding menjadi ahli Jawatankuasa Pusat pada 21 Disember.
Tan Sri Liow Tiong Lai telah dipilih sebagai Presiden, dan Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Timbalan Presiden. Naib-naib Presiden yang dipilih adalah Dato’ Lee Chee Leong, Dato’ Dr Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Mei Fun. Sementara itu, Chong Sin Woon dan Datuk Heng Seai Kie telah dipilih sebagai Ketua Pemuda dan Wanita masing-masing.
2014
Penubuhan Jawatankuasa Transformasi MCA
Selepas kekalahan teruk MCA pada PRU-13, Majlis Presiden telah melantik Tan Sri Liow Tiong Lai untuk mengetuai Jawatankuasa Transformasi MCA pada 11 Mei 2013.
Tugas-tugas jawatankuasa tersebut adalah untuk mengkaji dan membentangkan Pelan Transformasi dalam tempoh 3 bulan. Antara langkah-langkah yang diambil jawatakuasa tersebut adalah memulakan dialog di seluruh negara untuk mengumpul pendapat akar umbi Parti, mengadakan seminar dengan pertubuhan-pertubuhan Cina dan pihak media, seta mengadakan lawatan bekerja ke Taiwan dan China.
Laporan tersebut telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pusat pada 5 September 2013, dan pada 16-18 Januari 2014, sebuah kem brainstorming telah diadakan di Genting Highlands bersama-sama dengan barisan kepimpinan baru dari MCA, Pemuda dan Wanita untuk membincangkan plean transformasi MCA.
Hasil daripada perbincangan tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Presiden pada 21 Januari 2014 untuk perbincangan selanjutnya, di mana ianya telah menggariskan bidang tugas, jadual waktu dan KPI untuk pemimpin-pemimpin yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan transformasi.
Bagi membolehkan akar umbi Parti memahami dengan lebih mendalam Pelan Transformasi MCA, Ibu Pejabat telah menerbitkan buku “Panduan Transformasi MCA” yang merangkumi 11 hala tuju:
- Pembersihan daftar keahlian, pembaharuan proses pemilihan Parti
- Mekanisme pemilihan calon PRU
- Pemubuhan Bilik Gerakan PRU Tetap
- Mendokumentasi sejarah Parti
- Pembaharuan latihan kader
- Mekanisme latihan menghadapi PRU
- Kajian sikap dan pendapat umum
- Mendekati golongan belia dan wanita
- Semangat sukarelawan Parti
- Pembaharuan publisiti dan media dalam talian
- Peranan MCA dalam kerajaan dan pembaharuan BN
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM 223)
Pada 12 Februari, Setiausaha Agung telah menerima petisyen yang ditandatangani 1,936 para perwaklian pusat (81.3%) untuk mengadakan EGM untuk mengundi atas usul bahawa Parti harus menerima semua jawatan kerajaan pada semua peringkat.
EGM tersebut diadakan pada 23 Februari, bersama dengan sambutan ulang tahun MCA ke-65, dan sebanyak 1,982 para perwakilan (83.28%) telah hadir. Pengundian dilakukan secara mengangkat tangan, dan resolusi tersebut diluluskan dengan sokongan majoriti, di mana hanya 5 undi tidak bersetuju dan 4 undi berkecuali.
Pilihan Raya Kecil DUN Kajang - Sokongan Cina meningkat
Pada 28 Januari, ADUN Kajang PKR Lee Chin Cheh telah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Walaupun ada beberapa pemimpin BN yang berpendapat bahawa UMNO patut bertanding, tetapi MCA tegas mahu bertanding.
Pada 21 Februari, MCA telah membuat tinjauan untuk mendapat maklum balas mengenai calon yang paling sesuai, dan hasilnya menunjukkan bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon terbaik. Ini merupakan salah satu langkah utama dalam pelan transformasinya.
Pada hari penamaan calon pada 11 Mac, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dapat bertanding kerana menghadapi kes mahkamah. Akhirnya, Datin Seri Wan Azizah menjadi calon PKR untuk bertanding.
Keputusan hari pengundian pada 23 Mac menunjukkan bahawa calon MCA Datin Paduka telah kalah dengan majoriti 5,379 undi. Walaupun begitu, MCA telah berjaya meningkatkan sokongan Cina dari 18% ke 25% berbanding PRU-13 dan berjaya mengurangkan majoriti PKR.
Tragedi MH370
Pada 8 Mac, kapal terbang Malaysia Airlines MH370 telah hilang secara mengejut. Sejurus mengetahui berita ini, Ketua Turus Pejabat Presiden MCA, Dato’ Yu Chok Tow telah bergegas ke KLIA untuk mendapatkan maklumat terkini. Pasukan CRSM turut bergerak ke KLIA untuk memberi bantuan. Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai juga telah mengiringi Perdana Menteri di KLIA untuk sidang media pertama.
Pasukan CRSM telah memberi bantuan kepada keluarga-keluarga mangsa dari segi kaunseling dan penterjemahan. Pada 10 Mac, Naib Presiden dan calon MCA di PRK DUN Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun, telah mengambil masa dari kempennya di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang untuk memberi sokongan kepada para sukarelawan CRSM. Pada 28 Mac, Datin Paduka Chew Mei Fun telah dilantik sebagai Duta Khas untuk keluarga-keluarga mangsa dari China. Pada 31 Mac hingga 1 April, beliau telah mengiringi Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Hamzah Zainuddin ke China.
Pada 19 Mac, MCA telah menganjurkan satu sesi “Sembahyang untuk MH370” semasa Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dimana pemimpin-pemimpin pelbagai agama telah dijemput untuk berdoa bersama-sama. Pada 6 April, MCA sekali lagi menganjurkan sesi sembahyang bersama-sama dengan Persatuan Buddha Malaysia, Fo Guang Shan Malaysia, Buddha’s Light International Association of Malaysia, Persatuan Belia Buddha MalaysiaBuddhist Maha Vihara, Majlis Buddha Vajrayana, Majlis Perundingan Buddha Malaysia di Wisma MCA yang dihadiri 4,000 orang.
Hukum Hudud PAS
Pada awal bulan April, PAS mengumumkan niatnya untuk membentangkan Rang Undang-undang Prersendirian di Parlimen pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Pada 17 April, MCA bersama-sama dengan parti-parti komponen BN Gerakan, SUPP dan LDP telah mengeluarkan satu kenyataan bersama yang mengisytiharkan pendirian kami untuk menentang hukum hudud PAS serta mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
Pada 10 Mei, sebuah Jawatankuasa Pertahankan Perlembagaan telah ditubuhkan di bawah Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong untuk menggembleng tenaga dari semua pihak untuk menentang rancangan PAS. Sementara itu, Jawatankuasa Pusat serta biro-biro dan jawatankuasa khas semua peringkat dari MCA, Pemuda dan Wanita telah melancarkan petisyen untuk menaikkan kesederana pihak awam dan menyuarakan bantahan terhadap hukum hudud.
Akhirnya, PAS terpaksa mengalah dan menangguhkan rancangannya untuk membentangkan Rang Undang-undang Persendiriannya di Parlimen.
Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gelugor
Pada 17 April, ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP Karpal Singh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas mengambil kira keadaan politik semasa, MCA telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding kerana ingin menumpukan usaha untuk mempertahankan Perlembagaan dan menghalang niat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dalam Malaysia.
Kempen Teguh Bersama
Pada 17 April, satu bengkel “Teguh Bersama” telah dianjurkan dimana ahli-ahli dari MCA, Pemuda dan Wanita telah membincangkan program-program transformasi jangka masa pendek dan panjang dalam 6 bidang; iaitu politik, ekonomi, budaya, pendidikan, belia dan wanita.
Pada 3 Mei, kempen “Teguh Bersama” telah diadakan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) yang dihadiri 4,000 ahli-ahli Parti. Kempen tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak. Dalam ucapannya, beliau telah menggambarkan masyarakat Cina sebagai inovatif, bersemangat keusahawanan dan bekerja keras untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Kempen “Teguh Bersama” meliputi 3 aspek; iaitu perpaduan Parti, perpaduan masyarakat Cina, dan perpaduan sejagat. Kepentingan perpaduan diberi penekanan dalam ucapan Presiden kerana ia mampu membantu MCA berkembang dan membawa masyarakat Cina masa depan yang cerah, di samping bekerjasama dengan kaum-kaum lain.
Rombakan Kabinet
Pada 25 Jun, Perdana Menteri telah mengumumkan rombakan Kabinet dimana MCA telah diberi 2 jawatan Menteri dan 3 Timbalan Menteri. Dalam ucapannya, Perdana Menteri telah menekankan kepentingan kemasukan semula MCA dalam Jemaah Menteri yang merupakan kesinambungan amalan perkongsian kuasa dalam BN.
Presiden menjelaskan bahawa kemasukan semula MCA dalam Kabinet merupakan tanggungjawab Parti kepada masyarakat Cina.
Wakil-wakil MCA dalam Kabinet adalah seperti berikut:
| Menteri Pengangkutan | Tan Sri Liow Tiong Lai |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Datuk Dr Wee Ka Siong |
| Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Dato’ Lee Chee Leong |
| Timbalan Menteri Kewangan | Datuk Chua Tee Yong |
| Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat | Datin Paduka Chew Mei Fun |
Lawatan Rasmi MCA ke China
Dari 17 hingga 20 Julai, Presiden Tan Sri Liow Tiong Lai telah mengetuai satu rombongan atas lawatan kerja ke China. Akan tetapi, malang tidak berbau apabila tragedy MH17 berlaku di Ukraine pada hari pertama lawatan tersebut. Selaku Menteri Pengangkutan, Presiden terpaksa pulang balik ke Malaysia untuk menguruskan tragedi tersebut. Rombongan kemudian diketuai oleh Setiausaha Agung Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan Naib Presiden Dato’ Dr Hou Kok Chung,
Dalam lawatan 3 hari tersebut, rombongan MCA telah mengunjungi Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China (CPC), pemimpin-pemimpin sekolah politik, pusat-pusat aktiviti dan alin-lain lagi.
Hasil utama daripada lawatan tersebut adalah memorandum kerjasama (MoC) antara 2 parti yang telah ditandatangani Setiausaha Agung Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan Timbalan Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Chen Fengxiang, dan disaksikan oleh Naib Presiden Dato’ Dr Hou Kok Chung dan Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Wang Jiarui.
Kedua-dua pihak turut mencapai persefahaman mengenai perkara-perkara berikut:
- Mengekalkan hubungan rapat di peringkat atasan, meningkatkan pertukaran pengalaman dalam mentadbir parti dan urusan kerajaan
- Mengukuhkan pertukaran kakitangan di pelbagai peringkat, dan melalui perkongsian maklumat, pertukaran ideologi politik dan pengalaman dalam pembangunan parti dan peningkatan pemahamanberkenaan parti dan negara di antara satu sama lain demi menggalakkan pembangunan bersama
- Bekerjasama dalam melatih pegwawai parti untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan pegawai bagi kedua-dua parti
- Menggalakkan badan pemikir (think-tanks), mediadan pertubuhan-pertubuhan lain dari kedua-dua pihak untuk menjalankan pertukaran mesra, untuk menyatukan pendapat awam berkenaan hubungan baik di antara kedua-dua negara
Tragedi MH17
Pada 17 Julai, kapal terbang Malaysia Airlines MH17 yang membawa 298 penumpang dan kru dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia dan mengorbankan semua orang. Presiden Dato’ Sri Liow Tiong Lai selaku Menteri Pengangkutan telah bergegas pulang dari tugasnya di Beijing, China dengan serta merta.
Pada hari berikutnya, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak telah berhubungan dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, untuk menyuarakan 3 tuntutan Malaysia, iaitu; bahawa semua pihak yang terlibat akan memastikan keselamatan anggota operasi pemulihan bangkai MH17; bahawa pihak-pihak tersebut tidak mencemari buktil dan jika hasil siasatan mengesahkan bahawa MH17 ditembak, bahawa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Sebaik sahaja Presiden tiba di KLIA pada 18 Julai, beliau telah menerima taklimat daripada unit-unit berkenaan dan menyeleraskan operasi pencarian. Kemudian, beliau telah menyampaikan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa dan mengadakan sidang media untuk menyampaikan maklumat terkini.
Pada waktu pagi 19 Julai, Presiden telah mengiringi Perdana Menteri untuk melawat keluarga-keluarga mangsa. Pada waktu malam hari sama, beliau telah berlepas ke Ukraine untuk mengendalikan operasi pencarian. Di sana, beliau telah bertemu dengan Duta Malaysia di Ukraine, dan bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine. Pada 21 Julai, beliau telah mempengerusikan mesyuarat Siasatan Khas dimana beliau telah berjaya memperolehi kebenaran bagi 3 pakar Malaysia untuk memasuki kawasan kemalangan.
Pada 22 Julai, Perdana Menteri Dato’ Sri Najib telah mengumumkan bahawa Malaysia telah mencapai persetujuan kumpulan pemisah pro-Rusia di Ukraine untuk menghantar semua mayat mangsa-mangsa ke Amsterdam, bahawa kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan siasatan Malaysia, dan pasukan siasatan antarabangsa dibenar memasuki kawasan kemalangan. Ini merupakan satu kejayaan diplomatik yang besar bagi kerajaan Malaysia. Dato’ Sri Liow kemudian telah berjumpa dengan Perdana Menteri Belanda untuk menyeleraskan penerimaan dan pengendalian mayat-mayat mangsa.
Pada 24 Julai, Presiden telah mewakili Malaysia semasa upacara penerimaan mayat-mayat mangsa di Belanda. Sementara itu, 39 ahli Pasukan Pengenalpasti Mayat Mangsa (DVI) dari Malaysia yang terdiri daripada pakar ahli forensik dan profesional perubatan akan berpusat di Belanda untuk membantu mengenalpasti mayat mangsa.
Walaupun Presiden telah pulang ke Malaysia pada 24 Julai, tetapi beliau terus mengendalikan kerja-kerja susulan. Kementerian Pengangkutan di bawah kepimpinan Tan Sri Liow telah teruskan fungsinya sebagai sekretariat tragedi MH17. Selain itu, Timbalan Presiden Datuk Dr Wee Ka Siong telah dilantik Kabinet untuk mengendalikan mayat-mayat mangsa Malaysia yang bukan Islam.
Pada 22 Ogos, kumpulan pertama 20 jenazah mangsa telah selamat dikembalikan ke Malaysia dalam satu upacara penerimaa mayat, dan Ibu Pejabat MCA telah mengadakan majlis berkabung pada masa sama yang dihadiri seribu orang.
Bantuan Banjir Pantai Timur
Pada bulan Disember, sebuah banjir yang terbesar dalam 40 tahun telah melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang lalu menjejaskan berpuluh ribu penduduk yang terpaksa dipindahkan. MCA dengan segera telah mengerahkan pasukan sukarelawan CRSM untuk menghulu bantuan di samping melancarkan Dana Bantuan Banjir Pantai Timur pada 23 Disember.
Pada 29 Disember 2014, MCA telah menubuhkan Pusat Operasi Bantuan Banjir Pantai Timur di Ibu Pejabat untuk memantau dan menyelaraskan pengumpulan derma dan bekalan, logistik, dan pengagihan bahan bantuan. Sebanyak RM5 juta berjaya dikumpul untuk membantu mangsa-mangsa, iaitu bekalan bantuan bernilai RM2 juta dan wang tunai sebanyak RM3juta. Lebih daripada 1,200 sukarelawan juga telah tampil ke hadapan untuk membantu.
Selepas banjir surut, Pemuda MCA, CRSM dan persatuan-persatuan Cina telah membantu mencari sukarelawan untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli MCA, Pemuda dan Wanita di semua peringkat.
MCA juga melancarkan program “Kembali ke Sekolah” untuk membantu para pelajar yang terjejas menyambungkan pelajaran mereka dengan selesa. CRSM telah membeli dan mengagihkan sebanyak 10,000 pakaian seragam kepada pelajar-pelajar tersebut dan memperuntukkan RM330,000 kepada 15 SJKC, 2 SMJK dan Sekolah Persendirian Cina Chung Hwa di Kelantan, serta RM100,000 kepada 6 SJKC di Pahang.
MCA juga telah membawa isu banjir tersebut ke Kabinet untuk membincangkan cara-cara membantu mangsa serta merangkakan pelan mitigasi banjir untuk jangka masa panjang. Kerajaan kemudian telah memperuntukkan RM893 juta dalam Bajet 2015 untuk projek mitigasi banjir serta RM800 juta tambahan untuk pembinaan semula infrastruktur di kawasan banjir.