Sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara sejak beberapa dekad dalam senario politik Malaysia, Dr Wee pernah memegang jawatan-jawatan
kanan dalam kerajaan sebelum menjadi Presiden MCA semasa pemilihan parti pada tahun 2018.
Dari tahun 2014 sehingga 2018, Dr Wee telah berkhidmat sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab terhadap
pembangunan dasar-dasar Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), program-program mikrokredit dan pembangunan kampung-kampung baharu Cina.
Sebelum itu, beliau juga berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pendidikan dari tahun 2008 sehingga 2013.
Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1968 di Jasin, Melaka, dan telah menamatkan penggajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya sehingga mencapai Ijazah Doktor Falsafah dalam Pengurusan Pengangkutan dari Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Pada tahun 2017, beliau menjadi pelajar pertama yang bukan warga Singapura untuk menerima Anugerah “The Nanyang Distinguished
Alumni Award” dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) susulan penerimaan Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Trafik pada tahun 1996.
Dr Wee juga pernah memegang jawatan Ketua Pemuda MCA dan Timbalan Presiden MCA, dan dipilih sebagai ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor untuk 5
penggal berturut-turut sejak 2004. Beliau juga memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCA Johor, dan juga pernah berkhidmat
sebagai Pengerusi untuk MCA Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan.
Semangat Dr Wee untuk membangunkan pendidikan dicerminkan melalui hubungan rapatnya dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej
Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dimana beliau merupakan ahli majlis kedua-dua institusi tersebut. Selain itu, beliau juga pernah
mempengerusikan Jawatankuasa Perundingan Pendidikan Cina Kebangsaan dan merupakan ahli majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Dr Wee juga aktif dalam beberapa persatuan kejuruteraan profesional termasuk Pertubuhan Kejuruteraan Jalan Malaysia (MIEM) dan Persatuan
Kejuruteraan Jalan Asia dan Australasia (REAAA).
Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor
Penggal semasa (2022 hingga sekarang) dipilih 19 November 2022
Penggal keempat (2018-2022) dipilih 9 Mei 2018
Penggal ketiga (2013-2018) dipilih 5 Mei 2013
Penggal kedua (2008-2013) dipilih 8 Mac 2008
Penggal pertama (2004-2008) dipilih 21 Mac 2004
Menteri Pengangkutan (2020 - 2022) Dilantik 9 Mac 2020
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2014 - 2018) Dilantik 27 Jun 2014
Timbalan Menteri Pendidikan (2008 - 2013) Dilantik 19 Mac 2008