Permohonan

a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
b) Warganegara Malaysia yang bukan berbangsa Cina;
c) Bukan ahli atau bersekutu dengan mana-mana parti politik lain.

Hak dan tanggungjawab Ahli Bersekutu

a) Tiada hak untuk mengundi dalam parti.
b) Tidak boleh memegang jawatan dalam parti.
c) Ahli Bersekutu dibenarkan menghadiri mesyuarat khas atau umum (Artikel 17)

Proses Permohonan

Hanya menerima permohonan sebagai Ahli Biasa. Lengkapkan Borang Permohonan Keahlian Bersekutu, lampirkan dokumen-dokumen sokongan serta yuran keahlian dan hantar ke Ibu Pejabat MCA – Bahagian Keahlian.

  • Dokumen yang diperlukan
    1. Satu salinan MyKad (depan dan belakang atas kertas bersaiz A4)
    2. Sekeping gambar bersaiz pasport yang berwarna (gambar terkini)
  • Yuran Keahlian
    RM10 untuk 5 tahun (RM2/- setahun)
  • Proses Pengesahan Biometrik

Yuran Keahlian

a) RM2 /-setahun yang berakhir pada 31 Disember setiap tahun atau pertengahan tahun (Artikel 13.4).
b) Ahli yang tidak membayar yuran keahlian selama 5 tahun berturut-turut akan dikeluarkan dari senarai keahlian serta-merta.
c) Nama yang dikeluarkan dari senarai keahlian perlu membuat permohonan baharu untuk kembali menjadi ahli.

Pertukaran Bahagian Keahlian

Permohonan bagi pertukaran bahagian keahlian tertakluk pada alamat tempat tinggal pemohon.

Pengunduran Diri sebagai ahli

Dengan memberi notis secara bertulis kepada Setiausaha Agung dan Setiausaha Agung akan melaporkan pengunduran tersebut kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA. (Artikel 19).

Faedah Ahli

Sama seperti Ahli Seumur Hidup dan Ahli Biasa, Ahli Bersekutu juga dapat menikmati tawaran istimewa Kad Keahlian MCA.

Manual

  • Lengkapkan borang permohonan
  • Lampirkan dokumen-dokumen sokongan
  • Pembayaran melalui
    • Tunai
    • Cek (Bayaran kepada MCA HQ)
    • Bayaran secara atas talian
      Bayaran kepada: MCA HQ
      Bank: Alliance Bank
      Nombor akaun: 14185-00100-33376
    **Catatan: Slip Bank-in perlu dihantar ke alamat e-mel membership@mca.org.my sebagai bukti pembayaran
  • Hantar permohonan kepada Ibu Pejabat MCA Bahagian Keahlian
  • Proses Pengesahan Biometrik*
  • Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian
  • Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkan permohonan kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan
  • Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu

Pertanyaan

Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
8th floor Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2716 5911-5915
Fax: 03-2203 3820
Email: membership@mca.org.my

*Berdasarkan terma & syarat