Syarat-syarat menjadi ahli MCA

a) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
b) Warganegara Malaysia berbangsa Cina;
c) Bersetuju untuk mematuhi semua peraturan, perundangan serta syarat-syarat yang ditetapkan untuk keahlian parti dari semasa ke semasa; mematuhi Perlembagaan Parti, prinsip serta dasar Parti; dan
d) Bukan ahli dan tidak berafiliasi atau bersekutu dengan mana-mana parti politik lain.

Bagaimana menjadi ahli MCA?

Lengkapkan borang permohonan keahlian (secara atas talian: emember.mca.org.my ataupun secara manual) dan hantar ke Ibu Pejabat MCA (Bahagian Keahlian) dengan dokumen-dokumen sokongan dan yuran keahlian.

Dokumen yang diperlukan

1. Satu salinan MyKad (depan dan belakang atas kertas bersaiz A4)
2. Satu salinan gambar bersaiz pasport berwarna (Gambar terkini atau sepadan dengan umur ketika permohonan dibuat)

Yuran Keahlian

Biasa
RM10 untuk 5 tahun
(RM2/- setahun)
Seumur hidup
RM100/- seumur hidup
*Permohonan yang dibuat atas talian hanya untuk Keahlian Seumur Hidup sahaja

Manual

  • Lengkapkan borang permohonan
  • Lampirkan dokumen-dokumen sokongan
  • Pembayaran melalui
    • Tunai
    • Cek (Bayaran kepada MCA HQ)
    • Bayaran secara atas talian
      Bayaran kepada: MCA HQ
      Bank: Alliance Bank
      Nombor akaun: 14185-00100-33376
    **Catatan: Slip Bank-in perlu dihantar ke alamat e-mel membership@mca.org.my sebagai bukti pembayaran
  • Sila hantar borang permohonan ke Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
  • Proses Pengesahan Biometrik
  • Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian
  • Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan
  • Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu

Atas Talian

  • Lengkapkan borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan, dan membuat bayaran secara atas talian
  • Proses Pengesahan Biometrik
  • Pengesahan dibuat oleh Bahagian Keahlian
  • Bahagian Keahlian akan mengumpul dan menyerahkannya kepada Ahli Jawatankuasa Pusat MCA untuk kelulusan
  • Kad Keahlian dihantar kepada ahli baharu

Pertanyaan

Ibu Pejabat MCA - Bahagian Keahlian
8th floor Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2716 5911-5915
Fax: 03-2203 3820
Email: membership@mca.org.my

*Berdasarkan terma & syarat