ADUN Paloh ikhtiar sumbang pondok wakaf di hospital Kluang
Ka Siong komited laksana pembaharuan parti MCA  

Pekebun digalak hasilkan produk hiliran

Pada Ahad    04-06-2023 15:00:00

Pekebun dan petani di negeri ini digalak melakukan transformasi profuk pertanian mereka dengan menghasilkan produk hiliran untuk menjana pendapatan sampingan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata, kumpulan ini bukan hanya memfokuskan kepada penjualan hasil segar, bahkan ia boleh dikembangkan menjadi produk makanan lain.

“Industri hiliran ini boleh dibangunkan oleh pekebun dalam mempelbagaikan produk pengeluaran mereka contohnya jika mereka menanam buah-buahan ia boleh dikembangkan menjadi produk jus atau buah-buahan kering.

“Kita lakukan dengan mengikut konsep keusahawanan dan secara tidak langsung dapat menambah hasil pendapatan,” katanya selepas melawat kebun jambu Setulang Daeng, Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Menurutnya, pekebun yang berminat mempelbagaikan hasil pertanian mereka kepada produk makanan boleh tampil memohon bantuan dengan kementerian yang terbabit.

“Sudah pasti untuk menjadikan hasil keluaran seperti buah-buahan ini kepada jus misalnya pekebun memerlukan peralatan dan mesin,” katanya.

Sementara itu, Ban Hong berkata, pekebun juga digalakkan merebut peluang membangunkan kebun mereka dengan menjadikannya sebagai lokasi agropelancongan.

“Pekebun ini mereka ada pengalaman dan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 tahun hadapan, mereka boleh merancang bangunkan ‘agro- tourism’. Misalnya kebun jambu batu ini, ia dilihat sesuai sebagai lokasi dan secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai penanaman buah-buahan.

“Jika pekebun ini betul-betul berminat dan perlukan bantuan, saya sebagai wakil rakyat akan cuba membantu merealisasikan hasrat itu,” katanya.

-Melaka Hari Ini-

Berita Berkatian

Tubuh pasukan khas CRSM setiap negeri

Melaka mohon enam klinik kesihatan baharu

Tindakan tegas selesaikan isu pencemaran sungai di Klebang

Klebang Walk jadi produk baharu TMM2024

Pesisir Pantai Klebang bakal dikenali Klebang Walk