MCA komited pelihara integriti dan wujudkan mekanisme anti rasuah dalam Parti dan Barisan Nasional untuk memerangi rasuah serta salah guna kuasa

MCA mengambil maklum mengenai kesalahan terjemahan kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada Perkara 2.2 Resolusi Perhimpunan Agung ke-69 MCA yang berbunyi : “Perhimpunan Agung berikrar memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam parti serta Barisan Nasional secara menyeluruh.”

Untuk makluman, Resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung pada 12 Disember 2022 ditulis dalam bahasa Mandarin.

Perkara 2.2 sepatutnya berbunyi: "Membudayakan integriti serta mewujudkan mekanisme anti-rasuah dalam Parti dan Barisan Nasional untuk memerangi rasuah serta salah guna kuasa."

MCA sentiasa memberi penekanan dalam membangunkan rangka kerja untuk tadbir urus yang baik dan menegakkan kedaulatan undang-undang; oleh itu, kami mengecam tindakan segelintir ahli politik yang cuba menidakkan komitmen kami.