Lesen latihan penerbangan My Heli Club digantung serta-merta - Ka Siong
MoT benar guna kenderaan sendiri hantar barangan, makanan  

Selangor juara dalam 3 kategori - Gangguan bekalan air, kes baharu COVID-19 dan demam denggi

Pada Rabu    06-01-2021 12:21:00

6 Januari 2021

Kenyataan Media Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok

Selangor juara dalam 3 kategori - Gangguan bekalan air, kes baharu COVID-19 dan demam denggi

Selangor merupakan negeri paling maju di Malaysia, tetapi malangnya negeri itu telah mengalami kekerapan gangguan bekalan air yang paling tinggi di negara ini. Selain itu, Selangor juga memegang rekod paling tinggi mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 dan juga negeri yang paling banyak berlakunya kes denggi. Ini bukan sesuatu perkara yang membanggakan, sebaliknya amatlah merisaukan.

Hampir setiap bulan, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air, dan hampir setiap hari, Selangor mencatatkan jumlah kes harian baharu COVID-19 yang tertinggi di Malaysia. Malah, setiap tahun Selangor juga merekodkan jumlah kes denggi yang paling banyak. Ini membangkitkan persoalan, apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu ini? Adakah mereka tidak kisah mengenai kebajikan dan kesihatan rakyat?

Tidak dinafikan, pada masa ini, tumpuan lebih diberikan kepada jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat setiap hari sehingga terlupa mengenai ancaman wabak demam denggi yang menyebabkan lebih 10 kematian setiap tahun.

Setakat 21 Disember 2020, sebanyak 88,560 kes denggi dilaporkan di Malaysia, dan sebanyak 49.52% daripadanya adalah di Selangor (43,848). Pada tahun 2019, Selangor juga mencatatkan kes tertinggi dengan 57,980 (71%) daripada 81,635 di seluruh negara; pada tahun 2018 Selangor mencatat kes tertinggi dengan 32,614 kes (40.45%) daripada 80,615 di seluruh negara, dan pada 2017, sebanyak 42,392 kes (50.56%) daripada 83,849 kes di seluruh negara.

Lebih mengecewakan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Selangor bagi Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga, YB Dr Siti Mariah binti Mahmud seolah-olah tidak mahu membuat apa-apa tindakan, sebaliknya hanya menguar-uarkan jumlah kes denggi pada tahun 2020 telah menurun. Namun, tiada langkah diumumkan oleh beliau untuk menangani kenaikan jumlah kes denggi. 

Justeru itu, kerajaan negeri Selangor digesa supaya berhenti berlengah dan mencari alasan berhubung kes denggi yang semakin meningkat ini. Jangan hanya memberi alasan dan menuding jari sepertimana yang dibuat semasa berlakunya krisis gangguan bekalan air dan kes  COVID-19.

Selain itu, penduduk Selangor juga dinasihati mengambil langkah perlindungan diri daripada ancaman wabak denggi, contohnya meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk memeriksa keadaan sekelilling rumah bagi memastikan tiada air bertakung yang mampu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Kerajaan Selangor juga digesa supaya segera mengumumkan pelan untuk menangani wabak denggi ini.

Berikut adalah data jumlah kes denggi di Selangor dari tahun 2017 hingga 2020.

Tahun

Jumlah kes di seluruh negara

Jumlah kes di Selangor

Peratus

2020

88,560

43,848

49.52%

2019

81,635

57,980

71.02%

2018

80,615

32,614

40.45%

2017

83,849

42,392

50.56%


-MCA online-

Berita Berkatian

Demam Denggi: Tindak segera untuk elak berperang di dua medan

MoT benar guna kenderaan sendiri hantar barangan, makanan

Perangi pandemik, GoCare CRSM lancar pengumpulan dana dan hab pekerjaan

MCA mohon kelulusan tidak mengadakan AGM tahun ini

“TIDAK” untuk PERTUKARAN KERAJAAN