Mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyambut baik Langkah terkini Kementerian Pengangkutan untuk Kembali menggunakan laluan asal projek ECRL.
Melalui satu hantaran di Laman Facebooknya, Liow berkata keputusan itu adalah tepat dimana ianya akan memacukan pembangunan di kawasan terlibat khususnya di Pantai Timur
“ Saya menyambut baik kenyataan YB Dato Seri Dr Wee Ka Siong berkenaan dengan ECRL laluan Utara, yang menyambungkan Bentong – Gombak ITT – Serendah dan Pelabuhan Klang”
“ Ini adalah keputusan yang tepat, dimana ianya akan memacukan pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan, khususnya di Pantai Timur”.
Semalam Kementerian Pengangkutan mengumumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asalnya, iaitu Jajaran Utara dengan kos anggaran pembinaan sebanyak RM50 bilion.
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, jajaran baharu dikenali sebagai ECRL 3.0 itu dilaksanakan selepas mengambil kira hasil perbincangan dan permuafakatan dengan pihak berkepentingan yang terbabit dengan projek ECRL
Menurut Wee lagi Jajaran Utara projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Mentakab ke Pelabuhan Klang yang kembali ke jajaran asal cadangannya, tidak akan merentasi kawasan Permatang Kuartza Gombak dan Empangan Batu kerana Jajaran Utara direka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar.
Beliau berkata oleh itu, Kementerian Pengangkutan akan memastikan projek ECRL tidak akan menjejaskan Permatang Kuartza Gombak yang sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Dalam pada itu, Liow Tiong Lai turut menyeru agar penduduk Bentong Bersatu padu dan menyokong Projek kerana ianya akan memanfaatkan penduduk di sekitar Pantai Timur dan Bentong.
“ Saya menyeru agar penduduk-penduduk Bentong bersatu padu dan menyokong keputusan ini secara sebulat suara untuk memastikan perlaksanaannya” katanya lagi.
-BN News Online