Kenyataan Media Ketua Pemuda MCA Johor, Sdr Ling Tian Soon (14 Mac 2019)

Mengapa pihak berkuasa lambat bertindak menangani bencana pencemaran Pasir Gudang?

Dalam sidang media semalam, pihak Menteri Besar Johor menyeru semua pihak supaya tidak perlu mempersalahkan pihak sesiapa dan turut mengkritik pihak pembangkang yang telah mempolitikkan isu ini. Kenyataan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Johor telah menimbulkan satu persoalan bahawa adakah ingin melarikan diri daripada kelewatan tersebut? Sejak berlaku bencana pencemaran toksik minggu lepas, pihak berkuasa bawah naungan kerajaan negeri tidak mengumumkan dan menjelaskan laporan perkembangan penyiasatan serta kerja pembersihan dari semasa ke semasa. Nama syarikat dan pesalah yang terbabit dalam kes pembuangan ini juga tidak diumumkan. Adakah terdapat sebarang perkara sulit yang tersembunyi di sebaliknya? YAB Menteri Besar yang berpendapat keadaan di Pasir Gudang tidak membahayakan, tidak perlu pindah kerana rumah boleh ditutup pintu dan tingkap, adakah YAB jelas dan prihatin terhadap situasi sebenar yang menimpa Pasir Gudang?

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim yang mengemukakan usul ke Parlimen pagi tadi merupakan satu tindakan yang agak lambat bagai sudah terhantuk baru tengadah. Setelah seminggu bencana ini berlaku sehingga merebak ke seluruh Pasir Gudang, barulah pihak YB Ahli Parlimen munculkan diri dan memohon pengisytiharan darurat dalam parlimen. Namun, cadangan ini telah diusulkan oleh YB Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong dalam persidangan parlimen semalam. Pihak kami Pemuda MCA menyeru YB Parlimen Pasir Gudang kembali ke kawasan, turun padang untuk memahami perkembangan terbaru, merasai kebimbangan serta ancaman toksik terhadap warga ratusan ribu penghuni Pasir Gudang.

Pihak kami ingin menegaskan bahawa bencana ini merupakan suatu ancaman toksik yang membahayakan. Kemelut ini perlu diselesaikan melalui kaedah saintifik yang profesional dengan kadar segera. Setiap pihak berkuasa perlulah sebulat suara dan berganding bahu untuk menjalin jaringan komunikasi yang lebih rapat dan efisien untuk berhadapan dengan bencana yang buat julung kalinya berlaku di Pasir Gudang.

-MCA online-