9 November 2020

Kenyataan media Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon

Susulan pelanjutan PKPB, MCA mohon kelulusan tidak mengadakan AGM tahun ini

Memandangkan bilangan pesakit positif jangkitan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, dan untuk mematuhi prosedur operasi standard lebih ketat yang dikenakan kerajaan susulan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri, Ibu Pejabat MCA telah mengutus surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), memohon kelulusan untuk MCA, Pemuda MCA serta Wanita MCA tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) di peringkat-peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat, tahun ini.

Kami percaya, penangguhan AGM ini akan mengurangkan perhimpunan berkaitan, dalam membantu mencegah penularan pandemik. Menurut nasihat Kementerian Kesihatan serta pengalaman lepas, pengurangan mahupun larangan perhimpunan memang merupakan salah satu pendekatan perlu untuk meratakan lekuk jangkitan.

Keputusan ini juga sebagai menyahut titah Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini, supaya parti-parti dan pemimpin-pemimpin politik mengurangkan sebanyak mungkin aktiviti politik, sebaliknya menumpu kepada melawan pandemik, mengusahakan pemulihan ekonomi serta menyelesaikan masalah rakyat.

-MCA online-