Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat labur hampir RM230 juta di Johor
Ka Siong komited laksana pembaharuan parti MCA  

Terima kasih kerana mempertahankan kedaulatan Sabah

Pada Rabu    07-06-2023 15:44:00

7 Jun 2023

Kenyataan Media Ketua Wanita MCA Sabah, Datuk Dr. Pamela Yong

Terima kasih kerana mempertahankan kedaulatan Sabah

Tahniah dan syabas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato’ Sri Azalina Othman dan Sekretariat Khas Sulu Malaysia atas kemenangan Malaysia terhadap tuntutan daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu di Mahkamah Rayuan Paris semalam.

Keputusan mahkamah untuk membatalkan anugerah sebanyak AS$14.94 bilion, atau RM68.83 bilion oleh Mahkamah Timbang Tara Paris mengukuhkan lagi kedaulatan negeri Sabah, di samping menyerlahkan keazaman kerajaan perpaduan hari ini untuk mempertahankan hak dan aset negara di peringkat antarabangsa.

Sepertimana kata Azalina, keputusan Mahkamah Rayuan Paris juga bermaksud bahawa penuntut tidak lagi boleh bergantung kepada anugerah yang diputuskan di Perancis pada bulan Februari tahun lepas, di mana Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati bahawa penimbang tara Dr Gonzalo Stampa telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

Kejayaan ini juga diharapkan dapat menutup kesilapan yang dilakukan kerajaan terdahulu yang diterajui Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana Peguam Negara yang dilantik pada masa itu, Tan Sri Tommy Thomas telah secara tidak langsung “mengiktiraf” tuntutan waris Sulu apabila beliau telah menjawab sepucuk surat kepada peguam waris Sulu pada tahun 2019. Kesilapan sedemikian membawa Malaysia kepada masalah hari ini, di mana kedaulatan negara hampir tergugat, dan kegagalan kerajaan pada masa itu untuk menangani isu ini hampir mengorbankan hak dan kedaulatan negeri Sabah. 

Semoga keputusan Mahkamah Rayuan Paris ini dapat menolak tepi semua percubaan pada masa depan oleh pihak yang berniat jahat untuk “mencuri” aset negara.

- MCA online-

Berita Berkatian

Kasihani warga Sabah Sarawak hadapi masalah sama menjelang musim perayaan

Hasil ujian Covid-19 atas pemimpin MCA adalah negatif

MCA Batu Sapi berdepan penggantungan selepas ketuanya letak jawatan

Pemimpin dan akar umbi MCA Sabah tetap bersatu, Batu Sapi di bawah seliaan MCA negeri

Bersungguh pertahan kedaulatan negara, jadikan kesilapan lalu sebagai iktibar