7 September 2018

Kenyataan Media Naib Pengerusi Pemuda MCA Nicole Wong Siaw Ting

Kedegilan Pakatan mengakui krisis ekonomi bakal menbankrapkan negara

Kerajaan Pakatan Harapan disaran tidak selalu mengubah pendirian atau keputusannya apabila menggubal atau mengubah dasar-dasar negara yang mampu menjejaskan kemasukan pelaburan asing. Jika tidak, kesilapan kerajaan akan menjadi punca negara bankrap.

Situasi ekonomi antarabangsa sekarang tidak stabil, dan telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham Asia, dan ia secara langsung juga meninggalkan kesan terhadap pasaran saham Malaysia. Akan tetapi, kerajaan baharu dilihat masih gagal mengambil langkah untuk melindungi ekonomi negara, dan ini telah menyebabkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi Malaysia.

Walaupun faktor-faktor luaran adalah salah satu punca kejatuhan nilai Ringgit, tetapi perubahan pendirian berturut-turut oleh kerajaan, kadang kala dalam tempoh satu hari sahaja, telah menghalau pelaburan asing. Ketidaktentuan inilah juga salah satu punca kekurangan keyakinan terhadap pasaran Malaysia. Sebaliknya, Pakatan Harapan seolah-olah lebih minat mengkaji semula projek-projek mega, dan mencari salah kerajaan dahulu, dan bukannya menggubal dasar-dasar baharu yang praktikal.   

Sejak membentuk kerajaan, Pakatan Harapan gagal menangani beberapa masalah ekonomi. Contohnya, kejatuhan nilai Ringgit kepada 4.14 berbanding ASD, yang merupakan tahap terendah dalam tempoh 9 bulan, dan secara langsung menyebabkan ketidaktentuan dalam pasaran saham tempatan. Firma penarafan Standard & Poor (S&P) turut menjangkakan bahawa Malaysia akan menghadapi risiko kewangan pada masa hadapan. Analisis CIMB Research pula menyatakan bahawa risiko dasar-dasar oleh kerajaan baharu akan menjejaskan anggaran keuntungan korporat. Ia juga dijangkakan bahawa Bursa Malaysia akan mencatat penurunan sebanyak 7.1% pada akhir tahun ini. Kerajaan baharu harus member perhatian dalam ramalan tersebut.

Sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan, Ringgit Malaysia telah mencatat penurunan. Sebanyak RM66 bilion dilaporkan telah dibelanjakan kerajaan untuk “selamatkan Malaysia”, tetapi tidak terjadi. Jumlah tersebut boleh dijimatkan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan tidak gagal mentadbir negara dengan baik.

Selain itu, rizab antarabangsa negara setakat 31 Julai turun 0.096% kepada ASD104.5 bilion berbanding ASD104.6 bilion pada 13 Julai. Ini membuktikan bahawa rizab negara semakin menurun. Jika Pakatan Harapan masih enggan mengakui fakta ini, dan terus mentadbir sesuka hati, ia tidak mustahil negara akan menjadi bankrap.  

Rakyat berhak tahu jika Pakatan Harapan mampu mengambil langkah proaktif untuk menangani masalah-masalah dalaman dan luaran, dan pada masa sama, strategi kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan kehidupan rakyat dan memperbaiki ekonomi negara, dan bukanny asyik mencari salah kerajaan dahulu.

Nicole Wong Siaw Ting
Naib Pengerusi Pemuda MCA

-MCA online-