Jangan biarkan pandemik COVID-19 menewaskan kita, kerajaan wajar laksana semula sebahagian PKP
AGM peringkat Bahagian MCA akan diadakan dalam bulan November; AGM Negeri MCA diadakan serentak pada 5 Disember   

Pertimbangkan laksana PKP separa – MCA

Pada Rabu    07-10-2020 10:25:00

Kerajaan disarankan meneliti cadangan untuk memperkenalkan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) separa bagi melandaikan lekungan gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, ini kerana PKP sepenuhnya tidak sesuai dilaksanakan ketika kerajaan berusaha melindungi pertumbuhan ekonomi, kebajikan dan taraf kehidupan rakyatnya.

“Tetapi langkah-langkah utama untuk melandaikan lekungan jangkitan kes Covid-19 ini boleh dimulakan semula sehingga vaksin untuk pandemik maut itu dapat dibangunkan dengan jayanya selamat digunakan.

“Beberapa langkah diutarakan di sini untuk pertimbangan Majlis Keselamatan Negara selepas ini antaranya mewajibkan individu yang tiba ke Semenanjung dan juga negara lain dari Sabah atau kawasan lain berisiko tinggi menjalani kuarantin mandatori di pusat kuarantin dan bukannya di rumah mereka.

“Melarang rakyat daripada meneruskan perjalanan antara negeri kecuali untuk keperluan dan sebarang perjalanan rentasi negeri perlu dilarang sama sekali kecuali seseorang individu itu memohon dan memiliki kebenaran Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan menghadkan perhimpunan kepada 50 orang pada satu-satu masa untuk mengurangkan risiko jangkitan secara berkumpulan.

Selain itu, Sin Woon mencadangkan supaya kerajaan menggalakkan sektor awam dan swasta membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah.

– MalaysiaGazette

Berita Berkatian

Perkasakan perniagaan dalam talian untuk menangani masalah kehilangan pekerjaan

CRSM membantu golongan kurang bernasib baik, menghantar PPE kepada barisan hadapan

Penularan COVID-19 di Sabah semakin serius, Kerajaan Pusat diseru salurkan peruntukan khas

Semua pihak wajar patuh titah YDP Agong, dahulukan melawan COVID-19 dan pulihkan ekonomi

Kenderaan bawa barangan dibenarkan beroperasi di kawasan PKPB – MOT