8 Januari 2020
Kenyataan Media Jurucakap MCA, Dato’ Leong Kim Soon
Kenyataan Mohd Khairul menjejaskan keharmonian kaum
Amaran Naib Presiden Parti Buiputera Perkasa Malaysia (Putra) Mohd Khairul Azam kepada SMK Pusat Bandar Puchong 1 untuk menurunkan perhiasaan Tahun Baru Cina boleh dianggap sebagai sikap ekstremis yang tidak boleh diterima di sebuah negara pelbagai kaum, dan kami menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap beliau.
Tindakan pengetua sekolah berkenaan yang mengarahkan penurunan hiasan Tahun baru Cina tersebut juga mengecewakan kerana ia seolah-olah menunduk kepada ekstremis dan telah memberi gambara salah kepada para pelajar dan masyarakat tempatan. Perhiasaan perayaan di sekolah sebenarnya menonjolkan semangat keharmonian kaum dan kepelbagaian di dalam negara kami. Malah, ini tidak pernah menjadi isu sebelum ini semasa kerajaan BN.
Tambahan pula, sambutan Tahun Baru Cina tidak mengandungi mana-mana elemen “keagamaan” sepertimana yang didakwa, dan ia juga tidak berniat menyebarkan agama bukan Islam kepada para pelajar. Fitnah sebegini seakan menghasut kebencian antara perkauman, dan dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian agama. Oleh itu, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Mohd Khairul dengan serta-merta.
Jika pihak polis boleh melarang perhimpunan Dong Zong atas sebab keselamatan, maka tindakan juga harus diambil terhadap Mohd Khairul atas sebab yang sama.
-MCA online-