ECRL: Kenyataan EXCO Selangor bermotif politik
Industri rel sasar guna 45 peratus kandungan tempatan  

CRSM sasar 100,000 daftar terima vaksin menerusi Kempen Kesedaran GoCare #BeMyHero

Pada Khamis    08-04-2021 11:44:00

CRSM sasar 100,000 daftar terima vaksin menerusi Kempen Kesedaran GoCare #BeMyHero

Sebagai usaha menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), GoCare #BeMyHero telah melancarkan kempen “Care Zone”. Melalui satu siri kempen kesedaran kesihatan dengan slogan “Lindung Diri, Lindung Semua”, Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) akan menganjurkan beberapa aktiviti khidmat masyarakat termasuk: pendaftaran vaksinasi, pemeriksaan kesihatan, jualan amal peralatan perlindungan diri (PPE), kegiatan amal dan lain-lain. Salah satu objektif adalah untuk menggalakkan dan membantu orang ramai supaya mendaftarkan diri mereka untuk menerima vaksin. Setakat ini, CRSM telah menjalankan beberapa kempen pendaftaran di beberapa lokasi seluruh negara, dan telah membantu seramai 40,000 orang mendaftar. Diharapkan kempen ini berjaya melepasi sasaran kami iaitu seramai 100,000 orang.

Kempen GoCare ‘BeMYHero’ anjuran bersama GoCare Crowfunding dan LA Branding yang dilancarkan pada Januari 2021 melibatkan lima platform utama iaitu laman perkongsian kasih, laman kasih hab pekerjaan, laman seminar kasih, laman pertandingan fotografi serta laman kasih dana khalayak. Ia bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Kelima-lima platform ini mendapat penyertaan daripada setiap lapisan masyarakat yang juga berbeza latar belakang. Laman perkongsian kasih dan laman pertandingan fotografi telah menerima 250 penyertaan; laman kasih hab pekerjaan telah membantu 27 syarikat  untuk merekrut pekerja; manakala laman seminar kasih sudah menjayakan lebih kurang 20 seminar komuniti. Kempen kasih sayang kali ini telah berjaya mengutip sumbangan dalam bentuk tunai dan barangan bernilai lebih RM400 ribu.

Kempen kasih sayang ‘BeMYHero’ GoCare ini akan meneruskan misinya menyantuni golongan kurang berkemampuan dan petugas barisan hadapan selain mempromosikan cara hidup dalam norma baharu. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan menggalakkan dan membantu orang ramai mendaftar untuk menerima suntikan vaksin, bagi menjayakan matlamat Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai imuniti kelompok.

Salah satu peranan utama ‘care zone’ ini ialah untuk menggalakkan dan membantu orang ramai mendaftar untuk vaksinasi. Setakat ini, pelbagai program pendaftaran telah dianjurkan di pelbagai lokasi dan telah membantu lebih 40 ribu orang untuk mendaftar. Diharapkan sasaran 100 ribu orang untuk mendaftar vaksinasi akan dapat dicapai dalam waktu terdekat.

Sempena pelancaran ‘care zone’ ini, lebih banyak syarikat rakan kongsi akan menyertai projek khidmat masyarakat termasuk Savelives yang membekalkan barangan anti-pandemik, Kinsmedic (alatan pemeriksaan kesihatan), AST Chemical Group (cecair sanitasi) serta Medilink Healthcare (pemeriksaan kesihatan).

Untuk keterangan lanjut sila layari: https://gocare.org.my/ 03-22033979

Gambar: Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato’  Sri Ti Lian Ker bersama syarikat rakan kongsi melancarkan GoCare #BeMyHero “Care Zone”.

-MCA online-

Berita Berkatian

CRSM bantu lebih 32,000 orang mendaftar dalam masa sebulan untuk dapatkan suntikan vaksin

CRSM prihatin, santuni keluarga kurang bernasib baik

CRSM bantu aktiviti nyahkuman, mohon sumbangan pam disinfeksi

Majlis pelancaran Share Zone, semarakkan kempen kasih sayang ‘BeMYHero’

CRSM mohon sumbangan orang ramai bantu mangsa membina semula kehidupan