9 Julai 2019
Kenyataan media Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie
Isu Exco DAP rogol pembantu rumah : Polis digesa segera siasat dan bertindak adil tanpa mengira pangkat
Berikutan pengesahan daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily bahawa satu laporan sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan berkenaan seorang ahli EXCO kerajaan negeri Perak telah merogol pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia , Wanita MCA amat kecewa dan memandang serius tentang kes ini kerana ia merupakan dakwaan kes jenayah yang serius . Kami berharap agar pihak polis bertindak adil dan telus dalam siasatannya tanpa mengira pangkat , bangsa dan agama . Yang lebih penting , janganlah pula ada campur tangan politik daripada mana mana pihak untuk mengaburi isu atau melengah-lengahkan masa.
Ini kerana , di depan undang-undang , semua pihak haruslah dilayan secara adil dan tiada sesiapa pun yang dapat mengatasi undang-undang. Oleh itu kedaulatan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka haruslah dihormati semua demi menegakkan keadilan kemasyarakat dan membela mangsa yang menderita ,
Sekiranya buktinya sahih, suspek mestilah dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan segera .
Datuk Heng Seai Kie selaku Ketua Wanita MCA menegaskan : "Oleh kerana mangsa adalah seorang pembantu rumah rakyat asing, kes ini perlulah ditangani dengan lebih berhati-hati lagi agar ia tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara, atau mencalar imej negara di persada antarabangsa." Sehubungan itu , kes penderaan pembantu rumah sebelum ini yang telah menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia dan mencetuskan suasana tegang di antara rakyat kedua-dua negara adalah satu pengajaran yang harus dielakkan daripada berulang .
Kita berharap hasil siasatan dan kebenaran dapat diketahui umum secepat mungkin. Oleh yang demikian Wanita MCA mengalu-alukan respons pantas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, ACP Choo Lily yang mengesahkan laporan sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan.
-MCA online-