Pertimbangkan laksana PKP separa – MCA
AGM peringkat Bahagian MCA akan diadakan dalam bulan November; AGM Negeri MCA diadakan serentak pada 5 Disember   

Kenderaan bawa barangan dibenarkan beroperasi di kawasan PKPB – MOT

Pada Jumaat    09-10-2020 10:54:00

Semua kenderaan perdagangan atau komersial yang membawa barangan dibenarkan untuk terus bergerak seperti biasa semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).

Ia termasuk di Klang dan daerah-daerah Sabah yang kini diletakkan bawah PKPB.

Ini termasuk kenderaan yang berkaitan seperti bas pekerja, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Wee Ka Siong dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ia selaras dengan keputusan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) iaitu membenarkan semua sektor ekonomi di daerah Klang untuk terus beroperasi seperti biasa dengan pematuhan ketat kepada Prosedur Operasi Standard
(SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan MKN, demi kepentingan negara untuk pemulihan semula ekonomi yang terjejas teruk.

“Di Klang misalnya, merupakan pusat aktiviti perindustrian yang besar dan memiliki pelabuhan kontena terbesar di Malaysia. Pada tahun 2019, nilai aktiviti perdagangan di Pelabuhan Klang (eksport dan import) menyumbang lebih RM400 bilion, iaitu 22 peratus daripada jumlah keseluruhan aktiviti perdagangan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan itu turut mengambilkira maklumbalas dan perbincangan antara kerajaan Selangor, agensi-agensi yang berkaitan dan MKN menerusi persidangan televideo hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun kerajaan mendukung kemampuan sektor perniagaan dan komersial untuk meneruskan aktiviti perniagaan, kerajaan dalam masa sama tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ketidakpatuhan SOP yang ada untuk memerangi wabak itu, katanya.

Ka Siong berkata, syarikat-syarikat juga perlu memastikan persekitaran dan para pekerjanya selamat daripada terdedah kepada Covid-19 setiap masa termasuk menyediakan peralatan-peralatan penting seperti pengimbas suhu badan, pembasmi kuman, pakaian pelindung diri (PPE) dan seumpamanya.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) juga mendesak semua pihak dalam sektor logistik, pembekalan dan syarikat pengangkutan awam untuk mematuhi SOP yang ditetapkan terhadap para pekerja, pelanggan, dan semua pihak berkepentingan yang lain.

Kerajaan akan terus membenarkan aktiviti perniagaan beroperasi secara bertanggungjawab sesuai dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan manakala penguatkuasaan di lapangan akan sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan.

Dengan langkah-langkah ini, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat kekal selamat dan sihat sementara negara terus
menuju pemulihan ekonomi susulan penularan wabak sejak beberapa bulan ini.

Sebagaimana pengumuman sebelum ini, PKPB akan berkuatkuasa selama 14 hari mulai esok di Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran bagi mengekang penularan Covid-19.

- MalaysiaGazette

Berita Berkatian

Semua pihak wajar patuh titah YDP Agong, dahulukan melawan COVID-19 dan pulihkan ekonomi

MAHB unjur shopMYairports sumbang RM280j jualan

COVID-19: KPPK berbincang dengan syarikat komoditi untuk sedia peluang pekerjaan

Kerajaan bantu individu tidak dapat keluar, masuk Sarawak

169,728 penerbangan dibatalkan akibat Covid-19