10 Januari 2020

Kenyataan Media Jurucakap MCA Mike Chong Yew Chuan

Notis Tuntutan kepada YB Chong Zhemin supaya memohon maaf atas tuduhan tidak berasas terhadap MCA

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya pada 7 Januari 2020 mengesahkan bahawa “Bajet (RM150 juta bagi pembinaan Hospital Kampar) masih berada di tangan Kementerian Kewangan dan tidak disalurkan kepada Kementerian Kesihatan (https://www.malaysiakini.com/news/506253 )”.

Pengesahan ini secara langsung menyangkal tuduhan palsu Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Keranji, YB Chong Zhemin seperti yang diterbitkan di blognya bertarikh 3 Januari 2020 bertajuk, “MCA merampas/menyalahgunakan peruntukan RM150 juta dengan membatalkan hospital kerajaan di Kampar bagi membina hospital swasta UTAR”.

Sebagaimana kenyataan media saya pada 7 Januari 2020, saya telah menuntut YB Chong Zhemin supaya meminta maaf atas kata-katanya yang melulu dan tidar benar. Jika tidak, MCA tiada pilihan lain melainkan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Tiada sebarang permohonan maaf dibuat setakat ini walaupun telah lebih 24 jam berlalu.

Hari ini, MCA telah mengarahkan peguam kami untuk mengemukakan secara rasmi Notis Tuntutan kepada YB Chong Zhemin, menuntut supaya beliau, antara lain, memohon maaf kepada MCA serta mengaku janji tidak akan mengeluarkan tuduhan seumpamanya kepada MCA lagi. Sekiranya beliau gagal mematuhi syarat-syarat Notis Tuntutan tersebut, MCA tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding undang-undang terhadapnya.

Mike Chong Yew Chuan
Jurucakap MCA

-MCA online-