Notis Tuntutan kepada YB Chong Zhemin supaya memohon maaf atas tuduhan tidak berasas terhadap MCA
Kerajaan perlu gubal undang-undang perlindungan keselamatan sosial untuk pekerja gig  

MCA Sokong padu calon BN

Pada Sabtu    11-01-2020 12:51:00

Kenyataan media Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung

BONGAWAN: MCA Sabah memberi sokongan penuh kepada calon BN di PRK Kimanis Datuk Mohamad Alamin. Kami bukan sahaja akan memastikan supaya ahli-ahli MCA di kawasan Parlimen Kimanis mengundi calon BN, tetapi juga akan berkempen untuk menggerakkan pengundi-pengundi Cina di Kimanis untuk mengundi Datuk Mohamad Alamin.

Selain pemimpin-pemimpin tempatan dari Sabah, pemimpin-pemimpin dari MCA pusat  juga turun padang bertungkus lumus untuk berkempen bersama calon BN, untuk memastikan kemenangan BN dalam PRK Kimanis ini.

Walaupun jumlah pengundi Cina di Kimanis tidaklah ramai sangat, iaitu sekitar 1000 orang, namun MCA tidak memandang ringan, tetapi tetap berusaha dengan sedaya upaya dalam kerja-kerja berkempen.

Kemenangan BN dalam PRK Kimanis adalah amat penting untuk memperkuatkan suara pembangkang dari Sabah, terutamanya suara BN untuk semak dan imbang pentadbiran kerajaan, demi hak dan kepentingan orang Sabah.

Berita Berkatian

MCA Sabah persoal langkah kerajaan keluar PSS kepada pendatang asing

Jangan perkecil kebijaksanaan rakyat, MCA Sabah beritahu Maszlee

Naik taraf KKIA, Pelabuhan Sepanggar lonjak ekonomi Sabah

MOT Setuju Bincang Semula Dasar Kabotaj Di Sabah