Isu Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam
Indonesia menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 19 tahun: Bilakah giliran Malaysia?  

Pencemaran jerebu: Hilangnya Pesta Tanglung dan Kuih Bulan

Pada Rabu    11-09-2019 16:48:00

11 September 2019

Kenyataan Media Naib Presiden Datuk Tan Teik Cheng 

Pencemaran jerebu: Hilangnya Pesta Tanglung dan Kuih Bulan

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin bertindak terlalu lambat. Walaupun pencemaran jerebu melanda Malaysia sejak enam minggu lalu, namun Yeo Bee Yin hanya bertindak menghubungi kerajaan Indonesia untuk menyuarakan masalah jerebu pada 10 September.

Fenomena jerebu ini berlaku setiap tahun, dan walaupun kerajaan terdahulu tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut secara keseluruhan, namun sekurang-kurangnya penyebaran jerebu dapat dikawal. Malangnya, kelemahan kerajaan baru yang lambat bertindak telah menjejaskan kesihatan dan keselamatan rakyat.

Sekolah-sekolah terpaksa ditutup, sementara murid-murid Tahun Enam terpaksa memakai topeng muka untuk menduduki UPSR. Kesihatan rakyat diancam, dan ekonomi negara terjejas. MCA amat kecewa, apatah lagi apabila Pesta Tanglung dan Kuih Bulan bakal disambut pada hujung minggu ini, di mana ramai kanak-kanak Cina akan keluar rumah untuk bermain tanglung dan melihat bulan purnama.

Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menjalankan kerja-kerja penyelarasan dan mengambil langkah-langkah pencegahan dari awal lagi, serta kelewatan menyuarakan kebimbangan negara kepada kerajaan Indonesia, adalah punca jerebu tahun ini lebih teruk berbanding tahun lepas. Usaha-usaha kerajaan sekarang dianggap terlalu lewat, kerana rakyat sudah menderita.

Prestasi Yeo Bee Yin yang lemah membuktikan beliau tidak sesuai untuk portfolio tersebut. Tambahan lagi, kegagalan beliau menjelaskan isu lesen kilang Lynas sebelum ini juga menyerlahkan ketidakcekapan beliau, dan mengecewakan rakyat yang mengharapkannya.  

-MCA online-

Berita Berkatian

Jerebu: Nak ikut arahan siapa?