Kenapa parti pemerintah melenting usul pembangkang sokong PM?
Kementerian cadang tingkat campuran getah-bitumen dalam pembinaan jalan  

Media perlu berani laporkan isu rakyat – Ka Siong

Pada Khamis    13-02-2020 11:54:00

Agensi berita dan pengamal media di negara ini disarankan supaya meneruskan tahap profesionalisme dengan sentiasa melaporkan isu semasa demi manfaat dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerjasama dan dedikasi pengamal media yang tidak pernah leka dalam menyampaikan berita mutakhir untuk tatapan rakyat dengan mengharungi pelbagai risiko harus dihargai semua pihak.

“MCA setiap tahun tidak pernah gagal meraikan pengamal media yang telah bertungkus lumus senantiasa membantu kita dan negara membuat laporan berita benar dan dinikmati rakyat selama ini.

“Saya terhutang budi dengan semua pengamal media yang melaporkan setiap isu pelbagai sektor tidak kira politik mahupun kemasyarakatan yang memanfaatkan rakyat jelata dan ia harus diteruskan ke tahap lebih tinggi,” katanya dalam ucapan meraikan pengamal media pada majlis Media Nite 2020 di Dewan San Choon Wisma MCA, malam ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Dr. Mah Hang Soon dan barisan kepimpinan tertinggi parti tersebut bagi meraikan lebih 500 pengamal media.

Beliau turut mengharapkan, pengamal media berani melaporkan setiap isu yang melibatkan rakyat.

Dalam masa sama, Ka Siong mahu media terus memainkan peranan sebagai kuasa yang memantau parti memerintah di negara ini.

“Kita bukan minta laporkan 100 peratus apa yang kita cakap, setiap ayat dan perkataan jangan dipotong, serah kepada pengarang menentukan nilai berita supaya menepati hasrat dan naluri hati rakyat terhadap kerajaan.

“Walaupun suasana muram ekoran sesetengah pengamal media yang akan dibuang kerja, kami agak keliru dan tidak pasti apa nasib media di bawah Malaysia Baharu selepas ini.

“Selamat maju jaya kepada yang bakal meninggalkan kerjaya wartawan dan kami sentiasa terhutang budi dengan sumbangan penulisan anda selama ini,” katanya.

– MalaysiaGazette

Berita Berkatian

PEMASSA terima sumbangan daripada MCA Batu Sapi

Mengapa mengugut media?

AGENSI MEDIA GULUNG TIKAR SELEPAS 9 MEI 2018

Kekang berita palsu bukan sekat kebebasan bersuara - Liow

Komen pembaca Malaysiakini bawa pengaruh negatif