Kaji semula pembinaan KXP - Guan Eng sendiri pernah bantah atas alasan sama
Apa guna 6 menteri, 42 ahli Parlimen DAP jika tidak mampu menyuarakan kehendak rakyat?  

Berhenti berwayanglah – Lebih baik Kit Siang bersara dengan serta merta

Pada Isnin    13-05-2019 14:27:00

13 Mei 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA Dato’ Sri Ti Lian Ker

Berhenti berwayanglah – Lebih baik Kit Siang bersara dengan serta merta

Ugutan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang untuk bersara sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah sebagai satu wayang politik untuk memberi gambaran bahawa DAP masih berpengaruh dalam Pakatan Harapan.

Jika Kit Siang benar-benar ikhlas, beliau akan bersara dengan segera untuk menunjukkan ketidakpuashatinya terhadap sikap diktator dan kleptokrasi Tun Dr Mahathir yang mengingkari janjinya sebelum ini, malah telah melanjutkan tempohnya selama dua tahun lagi tanpa membincangkan keputusannya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, Kit Siang digesa berhenti berwayang, sepertimana beliau juga membuat wayang apabila berjanji bahawa DAP akan menyemak dan mengimbang Tun Dr Mahathir, dan juga akan menyiasat semula skandal-skandal yang berlaku dibawah Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri keempat selama 23 tahun.

Akan tetapi, tindakan Kit Siang mengugut bersara memang selari dengan sikapnya selama ini, iaitu untuk mewujudkan masalah dan membiarkan orang lain “membersihkannya”. Sebelum ini, DAP di bawah kepimpinannya telah menghasut rakyat membenci Tun Dr Mahathir. Alangkah terkejutnya rakyat apabila DAP sanggup bekerjsama dengan “diktator” ini semata-mata untuk mendapat kuasa.

Demi menyenangkan hati penyokong-penyokong mereka, Kit Siang telah berjanji akan menyemak dan mengimbangi Tun Dr Mahathir, dan Tun Dr Mahathir juga tidak akan terlepas dari kesalahannya terdahulu.

Apakah telah terjadi kepada janji-janji tersebut apabila kontrak-kontrak kerajaan diberi kepada anak-anak dan kroni-kroninya, seperti pemberian kontrak TM kepada Opcom milik Tan Sri Mokhzani Mahathir, dan projek RM30 bilion untuk membangunkan Langkawi kepada Tan Sri Ting Pek Khiing? 

Sebaliknya, apabila sikap “diktator” Tun Dr Mahathir mula menyerlah, Kit Siang pula mahu melarikan diri, malah sanggup berwayang untuk “bersara” supaya dilihat sebagai seorang “wira”.

Hakikatnya, DAP lah yang mengembalikan seorang diktator kepada pucuk pimpinan negara atas ketamakan kuasa mereka sendiri. Ia jelas dilihat bahawa Kit Siang memang tidak memainkan peranannya dengan baik, dan negara tidak akan kehilangan atau rugi jika beliau masih kekal ataupun bersara. Jadi, Kit Siang digesa berhenti membuat wayang mahu “bersara”, atau lebih baik lagi, menunaikan janjinya untuk menyiasat semula skandal-skandal yang didakwanya berlaku di bawah Tun Dr Mahathir.

-MCA online-

Berita Berkatian

Negara tidak rugi jika Kit Siang bersara

Hanya wayang politik Kit Siang

Tun M tidak patut memutarbelitkan fakta demi kepentingan politik