13 Jun 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Sikap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang degil masih tidak diubah, projek naiktaraf yang gagal.

Setelah satu projek lampu tiang yang gagal terbongkar, Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang sekali lagi membongkar suatu projek yang gagal, dan terus mengkritik “Kerajaan Negeri gagal memperbaiki satu papan tanda jalan, macam mana nak uruskan sebuah negeri?”

Beliau menceritakan bahawa hari ini beliau melalui jalan tersebut dan ingin masuk ke Jalan Ong Yi How, beliau ternampak papan tanda yang berdiri di jalan tersebut tergoyang dan hampir jatuh ke atas jalan, keadaan sebegini serupa projek susulan menarik keluar lampu jalan.

Beliau menunjukkan bahawa kerajaan negeri masih tidak menyerap pengajaran yang sebelum itu, dan masih melakukan kesalahan yang serupa, tambahan lagi, sekiranya berlaku angin kencang, ia akan melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau bertambah lagi mengatakan bahawa setelah Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pulau Pinang, pernah berjanji akan mengikut budaya dan latar belakang jalan tersebut dengan membina papan tanda bahasa Cina, tetapi janji ini hanyalah ditunaikan di beberapa jalan di Georgetown sahaja.

Beliau berkata di Raja Uda ada 90% pengundi ialah bangsa Cina, tetapi sudah 9 tahun sehingga hari ini, tidak nampak wujud papan tanda jalan yang berbahasa Cina, ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil manifesto dan janji-janji diingat dalam hati.

-MCA online-