MCA menegaskan tidak akan hadir ke muktamar PAS walaupun diundang oleh parti Islam itu.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kepada Oriental Daily.

Menurut Ka Siong, beliau tidak tahu menahu mengenai jemputan PAS ini.

Kami tidak menerima apa-apa jemputan daripada PAS dan sekiranya dijemput, pemimpin-pemimpin MCA pun tidak akan menghadirinya,” kata Wee yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS dipetik sebagai berkata, jemputan telah disampaikan kepada semua parti pembangkang termasuk UMNO, MIC dan MCA, namun hanya UMNO yang mengesahkan untuk hadir, diketuai presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi dan 10 wakil daripada biro politik.      

-Sinar Harian-