Wabak Influenza A serius, vaksin kurang bukti kerajaan tidak kompeten
ECRL pelengkap jaringan sistem kereta api sedia ada  

Mengapa mengugut media?

Pada Selasa    14-01-2020 17:49:00

14 January 2020

Kenyataan Media Jurucakap MCA, Sdri Chan Quin Er

Mengapa mengugut media?

Ia amat mengecewakan apabila Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador mengeluarkan kenyataan ancaman terhadap media.

Semasa sidang media di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman pada 13 Januari 2020, KPN telah menyatakan bahawa polis akan mengambil pendirian yang lebih tegas dalam isu perkauman. Ini adalah sesuatu yang baik, kerana ada segelintir rakyat Malaysia yang sering membangkitkan kebencian dalam isu bangsa, bahasa dan agama, dan pihak polis wajar mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Malangnya, KPN kemudian mengugut pihak media dengan mengatakan bahawa jika laporan mereka (media) dianggap mencetuskan kebencian dalam isu-isu perkauman, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka tanpa amaran. 

MCA sebagai sebuah parti politik yang mewakili kepentingan semua kaum mengalu-alukan tindakan polis yang sewajarnya terhadap pihak yang membangkit kebencian. Tetapi, adakah pihak polis patut mengambil tindakan terhadap pihak media yang hanya melaporkan isu perkauman? Adakah Malaysia akan kembali ke zaman di mana rakyat kehilangan kebebasan bersuara kerana takut dipenjarakan? Sememangnya keharmonian kaum itu harus diutamakan, tetapi janganlah mengorbankan kebebasan bersuara. Proses perundangan haruslah diikuti, dan hukuman yang diberi haruslah setimpal dengan kesalahan. Janganlah mengugut media dengan ancaman penjara.

Seperti kata ahli falsafah Perancis Albert Camus, “Sebuah media yang bebas mungkin baik, mungkin tidak, tetapi tanpa kebebasan, sebuah media sudah tentunya tidak baik”  

-MCA online-

Berita Berkatian

PEMASSA terima sumbangan daripada MCA Batu Sapi

Media perlu berani laporkan isu rakyat – Ka Siong

AGENSI MEDIA GULUNG TIKAR SELEPAS 9 MEI 2018

Kekang berita palsu bukan sekat kebebasan bersuara - Liow

Komen pembaca Malaysiakini bawa pengaruh negatif