Rancangan pembangunan di Yong Peng dan Ayer Hitam seperti kemudahan rekreasi dan mercu tanda utama menjadi antara intipati perbincangan EXCO Kerajaan Johor, Ling Tian Soon bersama Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Tian Soon yang juga ADUN Yong Peng turut menzahirkan harapan agar Yong Peng dan Ayer Hitam akan menjadi hab Johor Tengah dan hab Pengangkutan, selain membawa cadangan penambahbaikan taman rekreasi dan kemudahan terutamanya bagi warga emas serta gelanggang bola keranjang atau fustal untuk belia.