Setiap sekolah wajib patuhi SOP: KPM
AGM cawangan dan bahagian MCA diadakan pada bulan September dan Oktober ini  

Ka Siong ikrar terus bekerja keras

Pada Khamis    18-06-2020 11:52:00

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berikrar bekerja keras bagi memastikan kementerian itu mencapai visi sebagai peneraju transformasi sistem pengangkutan bersepadu, efisien dan selamat.

Menerusi catatan di Facebooknya Ka Siong berkata, beliau berdepan cabaran menggalas tanggungjawab ketika pandemik koronavirus (Covid-19) melanda negara.

"Ketika saya mula diamanahkan dengan tanggungjawab besar ini, kita sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan saya banyak memberikan fokus terhadap langkah-langkah pencegahan yang perlu ditangani khususnya melibatkan MOT," katanya.

Genap 100 hari memegang jawatan itu hari ini, Ka Siong tetap mencari ruang untuk memberikan fokus terhadap portfolio MOT secara menyeluruh.

"Jika tidak di pejabat, saya pasti akan membaca, meneliti dan memahami secara mendalam apa jua perkara berkaitan MOT di mana saja sama ada di rumah mahu pun dalam kenderaan," katanya.

-Sinar Harian-

Berita Berkatian

Pembukaan sempadan mampu rancakkan kembali sektor pengangkutan darat dan udara

Pastikan sektor logistik beroperasi, cabaran awal Wee

Pemandu mabuk: MoT, JPJ akan teliti pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

APAD bantu pemandu teksi kad tamat tempoh nikmati bantuan tunai

6,000 kakitangan KTMB dapat bantuan khas RM500