1.

HAL-EHWAL PARTI

 

 

 

 

1.1

Perhimpunan Agung menggesa ahli-ahli parti bersatu menentang ancaman luar, serta semua Bahagian di seluruh negara meningkatkan program-program mesra rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 untuk memastikan parti mencapai keputusan yang lebih baik.

 

 

 

 

1.2

Perhimpunan Agung menggesa transformasi parti dipercepatkan dan kuasa politik diperkukuhkan agar parti dapat terus di barisan hadapan melindungi hak-hak dan kepentingan masyarakat Cina, dan juga kepelbagaian dalam negara.

 

 

 

2.

POLITIK

 

 

 

 

2.1

Perhimpunan Agung membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan enakmen hudud dan tegas mempertahankan sistem demokrasi berparlimen kita, Perlembagaan sekular kita, rakyat serba berbilang dan kesederhanaan kita untuk menjuangkan kelangsungan kepelbagaian negara semenjak Merdeka lagi.

 

 

 

 

2.2

Perhimpunan Agung mengutuk segala bentuk ekstremisme dan politik kebencian, serta membantah semua aktiviti demonstrasi jalanan yang mengganggu gugat perpaduan rakyat demi untuk memelihara kestabilan negara dan keharmonian kaum, serta mewujudkan satu budaya politik sihat yang berteraskan kerasionalan.

 

 

 

3.

KERAJAAN

 

 

 

 

3.1

Perhimpunan Agung menggesa supaya tindakan bersungguh-sungguh diambil untuk membanteras gejala rasuah dalam sektor perkhidmatan awam, serta menyokong pengamalan tadbir urus yang terbaik; meningkatkan ketelusan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan; dan memikul sikap kebertanggungjawaban yang tinggi di kalangan kakitangan perkhidmatan awam.

 

 

 

 

3.2

Perhimpunan Agung menyokong penggubalan undang-undang dan peraturan yang dapat memantau dan mengawal dengan berkesan sumbangan, aset serta perbelanjaan politik ke arah mencorakkan visi sebuah negara yang mengamalkan budaya politik bersih dan telus

 

 

 

 

3.3

Perhimpunan Agung menyokong penuh pindaan kepada Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 [Akta 164] yang bertujuan memastikan perkahwinan yang diupacarakan oleh undang-undang sivil hanya boleh dibubarkan oleh undang-undang yang sama, termasuk mematuhi semua tanggungjawab yang termaktub di dalam Akta 164, dan pindaan ini memberi penyelesaian terbaik dalam menangani perkara-perkara berbangkit berhubung penukaran agama oleh salah seorang pasangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4.

EKONOMI

 

 

 

 

4.1

Perhimpunan Agung menggesa mewujudkan persekitaran mesra dagangan di mana Kerajaan menawarkan kemudahan dan bantuan serta mengurangkan birokrasi dalam kalangan agensi-agensinya bagi membolehkan sektor swasta berkembang maju secara berterusan, lantas menggerakkan pembangunan ekonomi negara.

 

 

 

 

4.2

Perhimpunan Agung menyokong usaha Perdana Menteri meningkatkan hubungan Malaysia-China dan menjalin pertalian erat dengan Parti Komunis China, serta memberi sokongan penuh kepada “The Belt and Road Initiative” dan turut menyokong peranan parti di dalam Kerajaan untuk memimpin usahawan-usahawan tempatan mewujudkan pertalian dengan China agar meraih manfaat daripada ekonomi negara China yang berkembang.

 

 

 

 

4.3

Perhimpunan Agung menggesa kerajaan untuk terus mengamalkan dasar keterbukaan dan menggalakkan usahawan-usahawan tempatan memasuki pasaran antarabangsa, serta menyokong keputusan kerajaan untuk menandatangani Perjanjian-perjanjian perdagangan bebas dengan ekonomi-ekonomi antarabangsa, termasuk ASEAN, ASEAN+China dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

 

 

 

 

4.4

Perhimpunan Agung menggesa kerajaan meningkatkan ketelusan berhubung dasar berkaitan pekerja asing, dan menetapkan garis panduan penggajian serta pengagihan pekerja asing yang selaras dengan keperluan industri demi bagi memastikan pengambilan mereka boleh memanfaatkan perkembangan ekonomi negara tanpa menjejaskan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan juga kualiti hidup rakyat.

 

 

 

 

4.5

Perhimpunan Agung menggesa kerajaan supaya mengkaji semula dasar pengagihan sabsidi minyak masak berasaskan kumpulan sasaran, dan mewujudkan mekanisme yang lebih efektif agar ia tidak mengelirukan pasaran mahupun membebankan rakyat.

 

 

 

5.

PENDIDIKAN

 

 

 

 

5.1

Perhimpunan Agung menolak sebarang cadangan bahawa hanya sistem pendidikan satu aliran boleh mencapai perpaduan, dan juga berpendirian mempertahankan secara tegas sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekian lama adalah intipati kepada kepelbagaian negara kita.

 

 

 

 

5.2

Perhimpunan Agung menggesa pertimbangan untuk bersetuju mengiktiraf sijil UEC dipercepatkan agar pemegang-pemegang sijil tersebut boleh memohon untuk memasuki Universiti Awam dan juga membuka peluang untuk memohon dan berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

 

 

 

 

5.3

Perhimpunan Agung menggesa kerajaan supaya terus menyokong dan membantu pembangunan sekolah-sekolah Cina, termasuk menjadikan peruntukan dana kepada SJKC dan SMJK sebagai item tetap dalam bajet tahunan, serta menyatakan jumlahnya, sementara kerajaan-kerajaan negeri juga digesa membantu sekolah-sekolah Persendirian Cina dengan apa cara yang patut.

 

 

 

 

5.4

Perhimpunan Agung menyokong dasar kerajaan serta langkah memperuntukkan sumber bertambahan kepada pendidikan dan latihan vokasional dalam usaha memajukan dan mempromosikan bidang tersebut sebagai pendidikan mahupun profesion terpilih.

 

 

 

6.

PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

 

 

 

 

6.1

Perhimpunan Agung menyokong hubungan dua hala dengan parti-parti utama negara asing bagi membolehkan kerjasama politik rentas sempadan, di samping mengembangkan pertalian parti dan masyarakat Cina tempatan dengan masyarakat antarabangsa.

 

 

 

 

6.2

Perhimpunan Agung menggesa negara-negara Asia Tenggara yang berkaitan agar menubuhkan Pasukan Petugas Khas Anti-Keganasan untuk menghapuskan ancaman berulang-ulang oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina, sekaligus memelihara keselamatan di pantai timur Sabah.

 

 

 

 

6.3

Perhimpuan Agung menggesa negara-negara Asia Tenggara yang berkaitan agar berkerja sama menangani dan juga mencapai penyelesaian berkesan berhubung gejala pembakaran terbuka secara haram, khasnya di Indonesia, yang mencetuskan masalah jerebu rentas sempadan yang mengganggu gugat rantau ini setiap tahun

 

 

 

 

6.4

Perhimpunan Agung mempertahankan kedaulatan negara dan membantah segala bentuk campurtangan dalam urusan politik dalaman negara oleh penyanggak matawang George Soros, Open Society Foundation dan pihak-pihak lain yang mahu mempengaruhi perkembangan politik tanahair mengikut telunjuk mereka.