18 FEBRUARI 2017

KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI, MENTERI PENGANGKUTAN Merangkap PRESIDEN MCA
Liow: Kemenangan Tanjong Datu Mencerminkan Rekod Prestasi dan Keyakinan Rakyat terhadap wakil BN

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Amar Jamilah Anu yang berjaya dengan bilangan undi majoriti bagi Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu.
 
Saya pasti pencapaian ini amat bermakna bagi beliau dan akan terus membakar semangat untuk menyambung legasi, pengorbanan, jasa dan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem. 

Seiring dengan ini, rakyat Sarawak juga telah menyuarakan sokongan jelas mereka terhadap Barisan Nasional yang terus memperjuangkan keharmonian, inklusiviti dan kesederhanaan bagi segenap lapisan bangsa dan masyarakat. 

Parti komponen BN sedia memberi sokongan padu dan berganding bahu bersama Datuk Amar Jamilah Anu!
-MCA online-