Pemuda MCA akan bantu pemandu lori terima kompaun tidak munasabah
Vaksin COVID-19 bawa sinar, hentikan persepsi tidak tepat yang mengelirukan orang ramai  

Pemuda MCA akan bantu pemandu lori terima kompaun tidak munasabah

Pada Sabtu    20-02-2021 09:23:00

19 Februari 2021

Kenyataan media Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai How

Pemuda MCA akan bantu pemandu lori terima kompaun tidak munasabah

MCA Bahagian Kampar baru-baru ini menerima aduan daripada seorang pemandu lori, Yong Yoon Kok yang mengatakan bahawa beliau bersama dua rakannya telah dikenakan kompaun RM1000 setiap satu oleh polis di sekatan jalan raya (SJR) di Batu Gajah kerana tidak memiliki surat kebenaran polis atau surat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), walaupun telah menunjukkan dokumen sokongan yang sah termasuk surat pengesahan majikan.

Komunikasi saya melalui emel dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan bahawa pengusaha-pengusaha sektor pengangkutan sebagai perkhidmatan perlu (essential) sememangnya tidak memerlukan surat kebenaran daripada pihak polis mahupun MITI bagi tujuan pengoperasian atau pergerakan di jalan raya.

Bagaimanapun, apabila saya membawa pengadu ke Jabatan Kesihatan dan Balai Polis Batu Gajah untuk meminta dibatalkan kompaun tersebut, kedua-duanya mengatakan tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, walaupun seorang pegawai di Jabatan Kesihatan turut bersetuju bahawa kompaun tersebut tidak adil kepada pengadu.

Justeru itu, kami berjanji untuk membantu pengadu ini agar dapat membela diri di mahkamah nanti, sehingga kompaun tersebut berjaya dibatalkan.

Selain itu, Yoon Kok turut memberitahu, beliau telah memberikan kerjasama yang baik ketika hari kejadian, namun tetap dikenakan kompaun. Beliau berasa amat terkilan dan terpaksa menghadapi tekanan berat apabila dikompaun yang dilihat tidak munasabah, tambahan pula beliau bersama dua rakannya hanyalah bekerja sebagai penghantar barangan.

Kami juga berpendapat bahawa tindakan pegawai polis yang mengeluarkan kompaun tersebut seolah-olah bertindak tanpa usul periksa serta mengelirukan. Kami akan membuat aduan rasmi terhadap pegawai berkenaan agar tiada lagi mangsa yang menerima nasib sama pada masa hadapan.

-MCA online-

 

Berita Berkatian

Pemuda MCA akan bantu pemandu lori terima kompaun tidak munasabah