Pemuda MCA akan bantu pemandu lori terima kompaun tidak munasabah
Vaksin COVID-19 bawa sinar, hentikan persepsi tidak tepat yang mengelirukan orang ramai  

Parti ramai ahli tidak bermaksud menang PRU - MCA

Pada Sabtu    20-02-2021 14:51:00

Mana-mana parti yang mempunyai ramai ahli seperti MCA dan UMNO tidak menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menjelaskan, paling penting adalah sokongan serta jentera yang benar-benar baik untuk menawan pengundi termasuk membariskan calon-calon muda.
"MCA ada 1.15 juta ahli, UMNO ada 3 juta ahli, namun ia tidak dapat diterjemahkan dalam PRU lepas.
"Kalau kita lihat DAP, mereka tidak ramai ahli tetapi ada ramai sukarelawan dan memberi sokongan yang memberikan hasil pada PRU.
"UMNO dan MCA contohnya, melalui pertandingan parti dan mereka yang kalah sendiri menjadi pembangkang kepada parti, mereka lawan kita kembali," katanya semasa sesi Facebook live O2 Malaysia pada Sabtu.
Moderator pada sesi itu ialah Anis Huszainey selain seorang lagi panel, penganalisis politik, Prof Wong Chin Huat.
Siri siri wacana #RoadtoPRU15 itu merupakan episod pertama yang membincangkan bahang PRU15 yang semakin hangat diperkatakan bilam ana media sosial semakin rancak membangkitkan isu pertembungan penjuru, populariti para pemimpin dan keboleh menangan parti-parti yang akan beraksi di pentas demokrasi.
O2 Malaysia mengambil kesempatan itu untuk mengangkat wacana ilmiah dengan mengupas segala sisi pandang yang menarik untuk ditelusuri bersama.
Ia membawa tema perbincangan berhubung dengan Etnik Cina dan PRU memandangkan undi bagi komuniti ini dilihat begitu signifikan dalam memberi kelebihan bagi sesebuah parti meraih kemenangan.
Dalam pada itu kata Sin Woon, realitinya DAP membariskan calon-calon muda dan ia berbeza dengan budaya MCA sendiri.
"Di dalam MCA, kita (orang muda) kena menunggu lama untuk mendapat peluang.
"Bukan mudah pemimpin muda MCA untuk memegang jawatan, kalau ikut pengalaman sukar pemimpin lama ini untuk melepaskan jawatan berbanding DAP.
"Apa yang kita perlu buat adalah reformasi dalam parti seperti pemimpin terdahulu yang memberi fokus kepada keseluruhan rakyat dan bukan Cina semata-mata. MCA seharusnya menjadi jambatan kepada rakyat terutama semasa PRU," ujarnya.
Sementara itu, Chin Huat menjelaskan, MCA seharusnya mengubah fokus dari masyarakat Cina kepada semangat Barisan Nasional (BN).
"Ini adalah masa paling sesuai untuk menjenamakan semula parti dan mencari pemimpin yang terbuka dalam perjuangan.
"Mereka perlu saling hormat-menghormati dan kembali dalam perkongsian kuasa. Bukan mudah untuk menang, faktor pemimpin dalam parti-parti BN sangat penting untuk memastikannya menjadi kenyataan," katanya.
Sumber Facebook O2Malaysia

Berita Berkatian

Takziah atas pemergian Yap Yem Ming - kehilangan besar bagi wanita , parti dan negara

Buktikan parti politik PN Segambut terima dana RM3.5 juta – Daniel

Hannah Yeoh digesa tunjuk bukti peruntukan kerajaan disalurkan kepada PN

Ucapan Perasmian oleh Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong

Seorang kakitangan Ibu Pejabat MCA sah positif COVID-19, kerja disinfeksi dijalankan serta-merta