23 Ogos 2017

Kenyataan Media Setiausaha Organisasi MCA Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong

Phee Boon Poh, jangan mempergunakan tindakan mendakwa media untuk memutar-belit fakta

Setiausaha Organisasi MCA Negeri Pulau Pinang Dr Tan Chuan Hong mempersoalkan EXCO Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Hal Ehwal Alam Sekitar YB Phee Boon Poh bahawa adakah beliau berasa serba salah ketika laporan mengenai 4 akaun bank yang dimilikinya  berjumlah RM 2 juta dibekukan, dan marah mahu mendakwa pihak media?

Dr Tan Chuan Hong berpendapat bahawa media hanya menjalankan tugas menyampai maklumat kepada orang awam, dan ini adalah tanggungjawab media, oleh itu sekiranya mahu mendakwa, haruslah mendakwa pemberi maklumat, dan bukan pihak media.

Beliau terus berkata, media hanyalah satu medium untuk menyampai dan menyalurkan maklumat, pemberita di syarikat akhbar hanyalah menjalankan tugas, dan ini tidak ada apa-apa yang salah. Sekiranya maklumat yang diberi adalah salah, maka pemberi maklumat patut dikenakan tindakan, dan bukan pihak media.

Dr Tan Chuan Hong bertanya adakah Kerajaan Negeri mengambil langkah yang adil dan SOP yang standard tentang laporan media, iaitu laporan yang memihak kepada sendiri boleh diterima, dan sekiranya tidak memihak kepada sendiri akan membuat dakwaan, supaya ia mencapai tahap intimidasi??

“Saya tidak faham apakah standard yang diberi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang kebebasan bersuara, ia serupa laporan yang tidak memihak kepadanya akan dilabelkan, tindakan ini tidak berprofesional.

Beliau berpendapat bahawa sekiranya YB Phee Boon Poh tidak bersalah, maka seharusnya menerima proses perundangan untuk membuktikannya. Tetapi sekiranya masih mahu membuat perbuatan yang berkanak-kanakan berniat memutar-belit fakta, fitnah, menghasut, serta memberi tekanan kepada pihak media, perbuatan sedemikian tidak boleh diterima.

Akhirnya, Dr Tan Chuan Hong menyeru kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng dan EXCO YB Phee Boon Poh supaya mereka ingat bahawa, rasuah tidak semestinya menunjuk kepada mengambil wang orang, malah mempergunakan kemudahan jawatan sendiri, menandatangani dokumen yang memberi manfaat kepada orang lain, juga adalah salah satu kelakuan rasuah. (Salahguna kuasa)

“Kali ini mangsa adalah penduduk di kampung, tetapi saya tidak faham kenapa kerajaan negeri biar begitu sahaja, serta menjadikan YB Phee Boon Poh serupa mangsa, untuk meraih undi”

Beliau menegaskan bahawa dalam hal ini, “Satu ayat minta maaf daripada Lim Guan Eng adalah tidak mencukupi, malah apa rakyat mahu adalah keadilan dan kesaksamaan”.

-MCA online-