Ka Siong ikrar terus bekerja keras
AGM cawangan dan bahagian MCA diadakan pada bulan September dan Oktober ini  

Pembukaan sempadan mampu rancakkan kembali sektor pengangkutan darat dan udara

Pada Sabtu    20-06-2020 21:14:00

Pembukaan semula sempadan antara negara di rantau ini mampu merancakkan kembali sektor pengangkutan darat dan udara yang sebelum ini tertangguh akibat penularan COVID-19.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata Wisma Putra kini sedang berbincang dengan beberapa negara seperti Thailand, Brunei dan Singapura untuk membenarkan warganegara masing-masing berkunjung ke negara ini tanpa halangan.

Katanya, terdahulu Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berjumpa dengan rakan sejawatnya dari Singapura untuk membincangkan beberapa perkara termasuklah berkaitan tempoh kuarantin sekiranya melepasi sempadan negara.

“Sebelum ini, Malaysia, Thailand, Brunei dan Singapura mempunyai perhubungan pelancongan melalui pengangkutan sama ada melalui darat dan udara dan diharapkan selepas ini ia akan dapat diteruskan kembali seperti sedia sediakala.

“Perbincangan ini perlu diputuskan segera dan antara perkara yang perlu disegerakan adalah berkaitan pengecualian kuarantin wajib selama 14 hari bagi pelancong dari negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama wakil industri pelancongan di kawasan parlimennya iaitu Ayer Hitam, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi,  beliau juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk mengizinkan ekspatriat kembali ke Malaysia kerana ini akan membantu industri penerbangan apabila sebilangan besar dijangka menaiki pengangkutan berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai cadangan supaya hukuman lebih berat dikenakan kepada pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, beliau berkata kementeriannya telahpun menyiapkan draf untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan membentangkannya dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Katanya pindaan itu turut meliputi kesalahan memandu secara berbahaya dan draf berkenaan akan diperincikan lagi sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memandang serius akan isu itu.

-- BERNAMA

Berita Berkatian

Ka Siong ikrar terus bekerja keras

Pastikan sektor logistik beroperasi, cabaran awal Wee

Pemandu mabuk: MoT, JPJ akan teliti pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987

APAD bantu pemandu teksi kad tamat tempoh nikmati bantuan tunai

6,000 kakitangan KTMB dapat bantuan khas RM500