Hukuman lebih berat dan pemantauan rapi perlu untuk mencegah pencemaran sungai
MIDA kenal pasti 23 projek berprofil tinggi yang berpotensi dengan nilai pelaburan RM75.4 bilion bagi 2021  

Dasar “wang helikopter” - Cadangan yang tidak bernas, tidak membantu ekonomi

Pada Jumaat    20-11-2020 10:33:00

20 November 2020

Kenyataan Media Naib Presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng

Dasar “wang helikopter” - Cadangan yang tidak bernas, tidak membantu ekonomi

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal giesa menumpukan fokusnya kepada isu belia dan sukan sepertimana yang tertakluk di bawah portfolionya, terutamanya apabila krisis Covid-19 ini telah meninggalkan impak yang besar terhadap golongan belia dan industri sukan. Usahlah membuat kenyataan yang tidak membantu keadaan ekonomi sekarang, apatah lagi dijadikan bahan jenaka oleh pihak pembangkang untuk memperli kerajaan hari ini. 

Dari manakah beliau mendapat idea bahawa Bank Negara Malaysia wajar mencetak lebih banyak wang kertas, atau dasar “wang helicopter”, dan memberikannya kepada rakyat untuk meningkatkan perbelanjaan? Adakah ia dibuat berdasarkan perbincangan mendalam oleh para pakar mengenai keadaan ekonomi negara hari ini?

Sesiapan pun boleh memberi cadangan, namun sebagai seorang yang memegang portfolio Timbalan Menteri, beliau disaran untuk membuat pemeriksaan atau kajian terdahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan mengenai isu yang tidak begitu difahaminya.

Sebaliknya, kritikan dan cadangan yang konstruktif memang dialu-alukan untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapun yang tertinggal daripada bantuan kerajaan. 

Justeru itu, ia diharap bahawa semua orang akan memainkan peranan masing-masing semasa tempoh pandemik ini, dan menjaga diri mereka sendiri. Berilah peluang kepada kerajaan untuk menguruskan ekonomi negara dengan cekap dan lancar demi meringankan beban rakyat. Cadangan yang diberi Wan Ahmad Faysal tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara, dan hanya menjadi satu bahan jenaka oleh pihak pembangkang dan pembaziran sumber masyarakat. 

-MCA online-

Berita Berkatian

Wan Ahmad Fayhsal perlu fokus portfolio dipegang: MCA