20 November 2020
Kenyataan Media Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng
Apa hubungan antara DAP dengan DM-LTAT?
Mengapakan ahli Parlimen DAP Seremban Anthony Loke dan ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim telah melantik diri mereka sebagai wakil untuk mempertahankan Dhaya-Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DM-LTAT), iaitu kontraktor terdahulu bagi projek Laluan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2)?
Sedangkan sebelum ini pada September 2018, Anthony Loke sendiri mengaku bahawa projek KVDT2 dapat dikurangkan jika dilakukan secara tender terbuka? Oleh itu, mengapa pula beliau membuat pusingan U hari ini untuk mengecam langkah sama yang dibuat Menteri Pengangkutan sekarang?
Jangan kita lupa bahawa pada Julai 2019, Anthony Loke telah mengesahkan di dalam Parlimen bahawa Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) sebagai pengguna landasan kereta api, telah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan dengan menyatakan kebimbangan mereka berhubung DM-LTAT yang dijadikan sebagai kontraktor projek. Soalannya, jika Anthony Loke sedar akan masalah yang dihadapi oleh DM-LTAT, mengapa pula beliau masih memberi tender fasa kedua kepada syarikat yang sama?
Apakah hubungan di antara DAP dan DM-LTAT sehingga Anthony Loke dan Steven Sim sanggup mempertahankan syarikat tersebut walaupun ia didedahkan oleh KTMB bahawa terdapat pelbagai masalah yang semasa pelaksanaan projek tersebut?
Kementerian Pengangkutan di bawah Datuk Seri Wee Ka Siong telah mengambil keputusan untuk membuka semula tender projek KVDT2 supaya kontrak ini boleh diberi kepada syarikat yang paling layak dan sesuai. Ini dibuat demi menjaga kepentingan rakyat. Oleh itu, DAP disaran berhenti mempolitikkan isu ini dengan melempar fitnah-fitnah yang tidak berasas.
-MCA online-