Pasport Vaksin Covid-19 dibangunkan
Vaksin COVID-19 bawa sinar, hentikan persepsi tidak tepat yang mengelirukan orang ramai  

Masyarakat Cina bukan ‘pendatang’ tapi dijemput bangunkan Johor – Sultan Ibrahim

Pada Ahad    21-02-2021 14:35:00

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menghargai peranan serta penglibatan masyarakat Cina ketika pembukaan dan pembangunan negeri ini sejak awal zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

Dalam satu wawancara khas sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baginda memberi penghormatan kepada masyarakat Cina yang turut bersama-sama bekerja keras dalam membantu membangunkan serta memodenkan negeri itu.

Di samping menggambarkan masyarakat Cina sebagai antara ‘tiang ekonomi Johor’, Sultan Johor bertitah, sumbangan mereka yang luar biasa perlu turut diiktiraf.

Mengimbas sejarah, baginda bertitah, masyarakat Cina diundang ke Johor sebagai ‘tetamu’ pada zaman nenek moyang Baginda bagi bersama membantu mengembangkan Negeri, dan bukannya dilihat sebagai ‘pendatang’.

“Nenek moyang saya mempunyai pandangan jauh untuk menjalin hubungan yang unik dengan masyarakat Cina. Mereka bukan “pendatang”. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah dan mengusahakan ladang.

“Mereka adalah” Bangsa Johor” sama seperti orang Melayu, orang India dan lain-lain… semuanya orang Malaysia,” titah baginda.

- MalaysiaGazette

Berita Berkatian

MCA selar DAP kaitkan belanjawan dengan isu perkauman

DAP tidak berhenti-henti main taktik kotor untuk menghasut emosi benci bukan Melayu

Sokongan bukan Melayu perlu dipertingkatkan

PRK DUN Slim: MCA yakin sokongan pengundi Cina 50 peratus

Kenyataan Mohd Khairul menjejaskan keharmonian kaum