Hina anggota keselamatan : Mohamaddin wajar berhenti bertanding dalam PRN Sabah
AGM peringkat Bahagian MCA akan diadakan dalam bulan November; AGM Negeri MCA diadakan serentak pada 5 Disember   

Hasil ujian Covid-19 atas pemimpin MCA adalah negatif

Pada Rabu    23-09-2020 22:37:00

Kenyataan media Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Sabah, Dr, Pamela Yong

Sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan adalah positif COVID-19, langkah telah diambil untuk menghantar semua pemimpin MCA yang ada kontak rapat dengannya untuk menjalani ujian saringan. Mujurnya, semua hasil ujian tersebut adalah negatif.

Sepanjang tempoh berkempen di PRN Sabah ini, MCA telah mematuhi kesemua SOP dan peraturan yang ditetapkan kerajaan, termasuk mengamalkan penjarakkan fizikal. Oleh itu, kami menggesa semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita palsu.

MCA juga menegaskan bahawa memastikan kesihatan dan keselamatan calon-calon, pemimpin, jentera parti serta orang ramai adalah keutamaan kami, dan kami akan terus mengambil langkah untuk memastikan pematuhan SOP mencegah jangkitan COVID-19 berada di tahap yang tertinggi.

Berita Berkatian

Mendukung sepenuhnya keputusan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

MCA tidak akan menyokong atau menyertai DS Anwar Ibrahim yang kononnya ingin menubuhkan kerajaan baharu

Kedaulatan Sabah tiada ruang untuk perundingan, Chin Tong sanggup jadi badut kerana politik

Kenyataan akhbar Lembaga Disiplin MCA menyokong keputusan Majlis Presiden MCA

Kenyataan akhbar Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon