Tahniah diucapkan kepada Recep Tayyip Erdogan atas kejayaannya dipilih semula sebagai Presiden Turkiye, dalam pilihan raya penentu yang diadakan pada Ahad.

Ketika demokrasi dunia sedang berdepan cabaran baharu yang belum pernah dilihat sebelum ini, Turkiye wajar dipuji kerana telah mengadakan pilihan raya dengan aman.

Presiden Erdogan diyakini berupaya membawa negara serta rakyatnya ke tahap kemakmuran dan kecemerlangan yang lebih tinggi.

MCA juga penuh yakin hubungan akrab yang terjalin di antara Malaysia dan Turkiye semenjak sekian lama akan terus diperkukuhkan di bawah kepimpinan beliau.

Kedua-dua negara tentunya akan dapat meneruskan perkongsian strategik dengan lebih erat lagi dalam pelbagai isu dua hala, serantau dan global.

Dr Tee Ching Seng
Pengerusi Biro Komunikasi dan Diplomasi Antarabangsa MCA
29 Mei 2023

- MCA Online