25 Mac 2019

Kenyataan Media Pemuda MCA Kedah

Mengapa maruah negara digadaikan? - Kerajaan negeri digesa menubuhkan tugu wira anti-Jepun!

Pemuda MCA Kedah berpendirian bahawa perbuatan kerajaan PH negeri Kedah yang mengagung-aguangkan tugu askar jepun sebagai tugu wira, serta menganjurkan majlis perasmian untuk tugu tersebut, adalah sesuatu yang menggadaikan maruah masyarakat Cina dan juga menghina pengorbanan nenek moyang serta wira-wira negara yang menentang pencerobohan tentera Jepun.

Pada pagi ini, Pemuda MCA Kedah telah membawa kain rentang yang tertulis perkataan “Tugu Wira Anti Jepun” untuk menutup tugu Jepun tersebut. Ini kerana kami berpendapat bahawa rakyat lebih memerlukan sebuah “Tugu Wira Anti Jepun didirikan.

Kami sedia menghadapi apa-apa tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan PH ke atas kami.

Pemuda MCA Kedah juga mengecam kenyataan Exco Kedah Tan Kok Yew (Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan) bahawa pembinaan tugu askar Jepun tersebut adalah untuk “memupuk keamanan dan keharmonian”. Alasan sebegini memang tidak masuk akal!

Apabila tentera Jepun telah sampai ke Malaya, mereka berbuat demikian dengan senjata dan pedang. Pemerintahan tentera Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan telah menyaksikan pelbagai cabaran dan kesusahan melanda rakyat Malaya. Malangnya hari ini, ada juga di kalangan kita yang sanggup menyanjung perbuatan kejam askar-askar Jepun sehingga menubuhkan sebuah tugu wira kepada mereka yang menyerang dan membunuh warganegara kita. 

Mengapakah penceroboh negara diperingati dan disanjung tinggi, tetapi mereka yang mempertahankan negara kita pula diketepikan dan dilupakan? Bagaimana pula dengan orang-orang awam yang dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh tentera Jepun?

Janganlah kita sering menunduk kepada mereka yang membuli atau mengambil kesempatan ke atas kita.

Dengan ini, Pemuda MCA Kedah telah mengambil pendirian untuk memperbetulkan kesilapan ini dan menegakkan kebenaran dan fakta sejarah.

Kami menegaskan bahawa tentera Jepun pada masa itu bukanlah wira negara, sebaliknya mereka telah mencabul kedaulatan negara. Mengapakah mereka dianggap “layak” menerima sebuah tugu, manakala wira-wira sebenar negara pula tidak?

Mengapakah kerajaan negeri sudi menggadai maruah negara demi menarik lebih banyak pelaburan dari Jepun?

Mengapakah kerajaan negeri tidak menubuhkan sebuah tugu anti-wira Jepun?

Perkara ini harus dijelaskan oleh kerajaan negeri PH!

-MCA online-