22 Julai 2019

Kenyataan Media ahli GMC Kevin Koo Seng Kiat

Kerajaan harus telus jika Indonesia telah memohon untuk ekstradisi Paul Yong

Pasukan Pemantau Kerajaan (Government Monitoring Group: GMC) MCA bimbang akan kekurangan perhatian oleh pihak berkuasa dalam siasatan tuduhan rogol terhadap Exco Perak, YB Paul Yong Choo Kiong.

Tanpa membuat apa-apa anggapan terhadap kebersalahan orang yang dituduh, kami ingin menekankan bahawa penangguhan keadilan adalah penafian keadilan. Ia tidak adil kepada orang yang dituduh, mahupun kepada mangsa, kerana mewujudkan ketidakpastian bagi mereka.  Oleh itu, pihak polis digesa selesaikan siasatan secepat mungkin supaya kedua-dua pihak tidak terus dalam ketidakpastian, lebih-lebih lagi bagi YB Paul Yong kerana isu ini bakal menjejaskan kerjaya politiknya.

Kami faham bahawa Malaysia dan Indonesia ada persetujuan untuk mengekstradisikan seseorang tertuduh untuk tujuan siasatan dan juga untuk menghadapi tuduhan di mahkamah. Sepertimana yang kami tahu, permohonan ekstradisi boleh dibuat atas tuduhan rogol. Oleh itu, kami menggesa kerajaan Malaysia untuk memaklumkan kami jika ada permintaan daripada kerajaan Indonesia untuk mengekstradisikan YB Paul Yong Choo Kiong untuk membantu dalam siasatan. Jika ya, kami berharap bahawa kerajaan Malaysia akan bersikap telus dan memaklumkan rakyat Malaysia mengenainya.

Akhir sekali, kami berharap bahawa wakil-wakil rakyat DAP di Parlimen akan membantu untuk pastikan kes ini disiasat dengan secepat mungkin. Sebelum ini, wakil-wakil rakyat DAP sering lantang bersuara apabila adanya kes jenayah rogol, namun setelah membentuk kerajaan baharu, mereka telah kurang bersuara. Kami berharap bahawa wakil-wakil rakyat DAP bersikap adil dan membantu untuk memudahkan siasatan.

-MCA online-