21 Oktober 2019

Kenyataan Media Naib Presiden MCA , Datuk Lim Ban Hong

Harga minyak sawit terus menjunam, pekebun kecil terpaksa menebang pokok kelapa sawit

Harga komoditi minyak sawit semakin menjunam, namun kerajaan Pakatan Harapan masih tidak mengambil langkah yang sepatutnya untuk menjaga kepentingan peladang dan pekebun kecil sehingga ada di antara mereka terpaksa menebang 700 pokok kelapa sawit untuk tanaman lain kerana terlalu terdesak.

Menteri Industri Utama Teresa Kok digesa mengambil serius masalah yang dihadapi pekebun dan peladang kecil sawit, dan merangkakan pelan untuk menyelesaikan masalah mereka dan menyediakan bantuan. Untuk membuat demikian, menteri-menteri PH wajar turun ke padang dan mendengar keluhan rakyat.

Menurut laporan media, para pekebun kecil telah meluahkan kemarahan terhadap kerajaan, kerana tidak memberi bantuan sejak pertukaran kerajaan baharu, walaupun harga minyak sawit mencatat penurunan mendadak sejak PRU14.

Sebelum ini, harga minyak sawit mencecah lebih RM400 setan, tetapi sekarang ia hanya RM260 hingga RM270 setan, yang memang tidak cukup selepas mengambil masuk kos bayar upah, baja dan pestisid. Jadi, tidak hairanlah pekebun kecil tidak puas hati.

Inilah sebab mereka mengambil keputusan menebang pokok-pokok sawit mereka, walaupun sudah ditanam sejak 9 tahun lalu, untuk tanaman lain.

Ramai menteri Pakatan Harapan, terutama sekali Teresa Kok, pernah berjanji untuk mengambil langkah menaikkan semula harga minyak sawit, malah ada yang meluahkan keyakinan bahawa harga minyak sawit akan menaik semula. Teresa Kok juga pernah mengumumkan dengan bangganya bahawa kementerian beliau sedang menerokai pasaran baharu dan telah berjaya meningkatkan permintaan minyak sawit negara. 

Kempen “Sayangi Sawitku” juga dilancarkan Teresa Kok, yang menasihatkan rakyat meminum sesudu minyak sawit setiap hari, namun adakah kesemua usaha beiau membuahkan hasil? Adakah permintaan minyak sawit meningkat dengan ketara? Adakah masih terdapat lebihan stok minyak sawit? Adakah harga minyak sawit meningkat? Jawapannya adalah, tidak.

Walaupun Teresa Kok telah mengetuai rombongan ke India dan negara-negara lain, namun sehingga hari ini, masalah tersebut masih belum diselesaikan.

Sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, nasib pekebun kecil dan peladang kelapa sawit semakin diabaikan. Janji-janji mereka tidak ditepati, dan ramalan bahawa harga minyak sawit akan menaik dibukti salah. Sebaliknya, harga minyak sawit semakin menghampiri paras terendah yang dicatatkan lebih sedekad lalu.

Larangan Kesatuan Eropah (EU) melaksanakan larangan import minyak sawit , dan desas-desus bahawa India akan mengambil langkah yang sama meningkatkan kerisauan para pengusaha industri sawit negara.

Dalam Bajet 2020, kerajaan telah memperkenalkan dana pinjaman mudah RM550 juta untuk penanaman semula dan benih sawit dengan kdar aedah rendah 2% untuk pekebun kecil persendirian. Dasar ini tidak diterima dengan baik, dan ramai menyatakan bahawa mereka lebih memerlukan subsidi, bukannya pinjaman.

Dasar penggunaan bio-diesel B20 dalam sektor pengangkutan negara juga dijangka bermula pada akhir tahun 2020. Dalam tempoh tersebut, adakah pekebun-pekebun kecil persendirian mampu bertahan sehingga masa tersebut jika harga minyak sawit masih rendah?

Menurut kajian CIMB lagi, syarikat penapis minyak sawit India telah mula henti membeli minyak sawit dari Malaysia untuk penghantaran November dan Disember.

Jika ini benar, maka pekebun kecil perlu berhadapan dengan keadaan yang lebih teruk.

Komoditi minyak sawit merupakan industri utama negara Malaysia, dan jika harganya tinggi maka pekebun kecil dan peladang akan menerima manfaat, diikuti oleh sektor-sektor lain. Oleh itu, ia diharapkan bahawa kerajaan akan menunaikan tanggungjawabnya untuk meluaskan pasaran minyak sawit dan menstabilkan harga minyak sawit. 

Keluhan pekebun kecil dan peladang kelapa sawit membuktikan bahawa kerajaan sudah mengabaikan mereka, dan mereka dalam keadaan terdesak sekarang. Justeru itu, kerajaan Pakatan Harapan dinasihati mengambil berat aduan rakyat, dan merangka dasar untuk membantu pekebun-pekebun kecil, menambahkan eksport minyak sawit dan menstabilkan harganya di pasaran antarabangsa.

-MCA online-