22 Januari 2021

Ketua Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Kebangsaan Dato’ Natalie Lim Chong Ly

CRSM mohon sumbangan orang ramai bantu mangsa membina semula kehidupan

Ketua Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) Kebangsaan Dato’ Natalie Lim Chong Ly berkata, CRSM telah melancarkan satu siri aktiviti pungutan derma melalui GoCare susulan banjir besar di beberapa buah negeri di Malaysia sebelum ini yang telah mengakibatkan banyak kemusnahan.

Setakat ini, barangan dan wang tunai berjumlah lebih RM200 ribu telah berjaya dikutip hasil sumbangan para dermawan. CRSM juga mengerahkan lebih 500 sukarelawan untuk mengagihkan barangan serta menghulurkan bantuan dengan segera di kawasan-kawasan bencana.

Para sukarelawan mendapati, banyak kelengkapan, barangan elektrik dan sebagainya turut musnah akibat ditenggelami air. Banjir dan pandemik COVID-19 bagaikan malapetaka berganda menimpa mangsa-mangsa ini.

“Oleh itu, melalui program pembinaan semula selepas bencana di bawah GoCare, CRSM berharap untuk mengutip barangan dan wang tunai bagi membantu 5,000 isi rumah, dengan sasaran kutipan RM500 ribu. Orang ramai dirayu menghulurkan sumbangan wang ringgit atau barangan keperluan seperti tilam, bantal, cadar, dapur gas, periuk serta lain-lain peralatan elektrik.”

Chong Ly menyeru orang ramai supaya turut serta menjayakan program amal ini, dengan menyumbang seikhlas hati bagi membantu mangsa-mangsa membina semula rumah kediaman mereka, lebih-lebih lagi perayaan Tahun Baharu Cina menjelang tiba tidak lama lagi. Bantuan sebegini tentunya akan menjadi amat bermakna kepada mereka.

Selain itu, Ketua Pemuda MCA Datuk Nicole Wong turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para dermawan yang telah menyumbangkan tilam, bantal, pakaian, pelitup muka dan sebagainya sebelum ini. Katanya, barangan tersebut akan diedarkan hari ini, dengan lokasi persinggahan pertama di kawasan-kawasan bencana di negeri Pahang. Beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada ahli-ahli perniagaan atau korporat, bagi menjayakan program pembinaan semula ini. Sementara itu, mereka yang menderma melebihi RM10 ribu layak mendapat pelepasan cukai.

Bagi yang sudi menderma, sila layari laman www.gocare.org.my  atau menghubungi talian 03 2203 3920.

-MCA online-